Tips Cari Barang Hilang OCOC

 

Ramai mengadu. Letak barang tapi lupa di mana. Cuba mencari. Hilang masa begitu sahaja.

Dr Salmi (bukan nama sebenar) mengadu perkara yang sama. “Entahlah apa dah jadi dengan saya. Asyik tak ingat letak barang kat mana.” Kata Salmi mulakan bicara.

“Ada sekali cari cermin mata. Merata. Lepas dua jam baharu jumpa. Rupanya duduk atas kepala ni ha,” sambung Salmi siap tunjukkan letak duduk cermin matanya.

Saya hanya mendengar dan mengangguk. Senyum sekali sekala melihat gelagat lelaki separuh abad ini.

Habis dia bercerita saya kongsikan TIPs untuk cari barang ini.

Ada cara MUDAH untuk mencari barang yang tersalah letak. Contohnya kunci. Untuk mudahkan mencarinya lakukan perkara berikut:

1. Sebut nama barang yang dicari seperti kunci. Sebut berulang kali. Kunci, kunci,kunci.

Kaedah ini akan aktifkan visual cortex- bahagian mata yang uruskan hal-hal berkaitan visual. Mata akan hanya tertumpu pada kunci. Jelmakan dulu imej kunci di wayang minda.

2. Cara kedua ialah ulang tayang hidup kita sebelum barang itu ‘hilang’. Contohnya bermula dari masuk ke rumah. Lakukan semula lakonan itu. Biasanya barang akan menjelma di depan mata.

Minggu lepas jumpa balik Dr Salmi. Dia ucapkan terima kasih. Katanya kaedah MUDAH ini kesannya HEBAT.

Barang cepat dijumpai. Saya senyum dan angguk.

Alangkah baiknya OTAK dibaiki. Isu hilang atau salah letak barang tidak lagi berbaki. Senang rasa di hati.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

‘Suicide’ Antara 10 Penyebab Kematian Tertinggi Di Dunia!

Betul Ke Orang Bertangan Kidal Pendek Usia?

lab dr rizal

Rahsia Dr Rizal Tampil Awet Muda Di Usia 50an

Nyanyuk ‘Bukan’ Tanda Anda Menua Normal!

6 Fungsi Otot Sebagai ‘Organ For Longevity’

Scroll to Top
0