21 Tips Elak ‘Craving’

Makan sebab craving atau makan untuk penuhi nutrisi dalam badan?

Yang mana satu?

Andai pilih makan SEBAB CRAVING maka kita jadi orang rugi seumur hidup.

Sengsara kemudian hari.

Bayangkan apabila diri terlebih makan.

Apa terjadi?

Jawapannya ada pada anda..

Makanan Viral vs Umur Organ

neuro_unhealthy food

Pernah tak, tengok orang dok makan makanan viral. Kita terliur sama.

Ajak pasangan makan sama-sama. Makan tak ingat dunia.

Puas hati makan.

Hari-hari dok skrol tempat makan best.

Nampak orang dok viral tempat baru, kita pun nak cuba juga.

Kalau tak cuba ni rugi. Meleleh air liur satu pakej dengan ketap bibir.

Alasan:

Masa muda ni makan macam-macam atas alasan takpe, muda lagi. Badan kuat lagi,
Makan pula tak pantang. Apa yang terlintas depan mata semua ditelan.

Seiring dengan waktu. Umur makin lama makin bertambah.

Tuan punya badan baru 30 tahun tapi fizikal macam umur 57 tahun.

Menakutkan bukan?

Bukan kita tahu pun umur organ kita.

Kalau tak jaga makan, memang berlaku lah kes macam ni.

Nak tahu, cuba pergi jumpa doktor pakar. Cek tahap kesihatan kita.

Tengok result sendiri macam mana.

Kita Adalah Apa Yang Kita Makan

neuro_burger

Ada yang kata:

"Saya tak jaga pun makan, tak exercise, tapi badan tetap sihat je"

"Badan saya tak apa makan apa pun, bukan jenis cepat naik, so no hal la"

Ingat, kesihatan ni elemen paling penting dalam hidup.

Pemicu kepada segala aspek. Sihat atau sakit?
Pilih.

Bayangkan kalau dari muda lagi tak jaga?
Apa akan jadi?

Kita tak boleh umpamakan seperti “Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan”.

Ianya perlulah dijadikan gaya hidup yang kekal. Bukan sekejap-sekejap dan bukan sementara.

Hari ini 'cheat day' esok saya nak makan 'healthy food'.

Hakikatnya, 'calorie in' entah berapa kilo yang diangkut.

Sebab itu dalam hidup ini, kesederhanaan itu amat penting.

Daripada menjadi terlebih risau dengan sibuk mengira kalori, cuba fikir tentang diet anda dalam perspektif yang lebih menarik.

Usaha untuk sihat tu penting.

Jangan jadikan usaha untuk sihat sesuatu perkara yang membebankan.

6 Sebab Kenapa Rasa 'Craving'

Jam dah pukul 4. Masa untuk pulang semakin menghampiri.

Syanie lihat jam sekali lagi. Mahu pastikan.

Hari ini lain sikit rasanya. Mulut rasa seperti mahu kudap sesuatu.

Sedari pagi lagi perasaan mahu berkudap ini bermukim.

Tangan dan mulut Syanie jadi ringan.

Bertanya teman, “Makan apa kau ada? Biskut ada? Mee segera ada?”

Teman Syanie, Kak Kiah faham dengan gelagat Syanie.

Kalau dah naik syeikhnya habis semua makanan mahu dirembat Syanie.

Hari ini Syanie tidak peduli. “Diet miet,” katanya dalam hati.

“Janji craving aku ni hilang.” Tambah Syanie lagi.

“Nyum nyum. Esoklah diet balik!” Syanie terus bermonolog sendirian.

Syanie bukan sendirian dalam hal rasa nak berkudap ini.

Ramai orang alaminya. Mungkin anda sendiri atau orang yang ada kenal alaminya.

Ada 6 sebab kenapa kita tiba-tiba menjadi monster untuk berkudap.

Semua makanan nampak sedap pada waktu itu.

Pastinya tiada kata-kata atau manusia dapat menghalang craving luarbiasa pada saat itu.

Antara sebab kita ketagih pada makanan simple carbo seperti biskut, donut, jajan, roti canai dan lain lain ialah kerana:

1. Diet karbo ringkas – tubuh manusia akan proses makanan simple carbo dengan cepat.

Habis sahaja akan ada permintaan baharu.

Makanan simple carbo tidak bertahan lama. Jadikan kita cepat lapar.

Tubuh akan minta makan lagi. Di mulut kita akan terpacul perkataan “Lapar lagilah.”

Kata-kata ini akan sebabkan kita mencari makanan untuk dijamah.

Makin dijamah makin sedap. Sukar untuk berhenti. Begitulah ia berulang ulang.

Hinggalah kita membesar sebagai johan, menjadi jalur lebar.

2. Dopamin lintang pukang – dopamin adalah hormon feel good.

Ia keluar apabila motivasi meningkat. Keluar apabila kita capai sesuatu. Bantu kita terus lakukan perkara baik.

Sistem dopamin ini di hijack apabila kita ambil makanan simple karbo.

Makanan proses yang punya kandungan gula yang tinggi, tinggi perisa tambahan, guna gajet atau sosial media berlebihan.

Semua ini jadi punca dopamin keluar berpesta.

Mahu keluarkan dopamin bukan melalui makanan atau sosial media.

Ia semudah berjalan keluar dari bilik. Dapatkan sentuhan mentari.

Pasti dopamin akan turun keluar memberi bahagia.

3. Dehidrasi juga jadi punca kepada ketagihan makanan karbo ringkas.

Kita selalu tertipu antara lapar dan dahaga. Selalunya dahaga tertukar dengan lapar.

Natijahnya, ‘makanan’ dikudap. Sepatutnya air yang diminum.

Biasanya apabila air diambil, pasti ‘lapar’ itu akan hilang.

Perasaan ‘lapar’ itu asalnya adalah mesej tubuh perlukan air yang dihantar.

4. Tidur tidak cukup – Ya, gangguan pada tidur tingkatkan rasa ingin berkudap.

Puncanya ialah pada gula dalam darah menjadi tidak stabil.

Letih meninggi. Craving meningkat. Tubuh minta diisi lagi.

5. Jangkitan usus – Jangkitan pada usus sebabkan kulat candida tumbuh.

Sumber makanan candida ialah gula.

Apabila candida mula merakyat, ia pengaruhi keputusan kita untuk makan.

Caranya ialah menghantar signal yang tidak sepatutnya kepada otak.

6. Kekurangan Nutrisi – Nutrisi seperti magnesium, chromium dan vitamin B penting untuk menghalang craving atau ketagihan pada makanan.

Kekurangan chromium contohnya sebabkan glucose intolerance.

Vitamin B pula terlibat dalam proses metabolisme gula.

Apabila vitamin B cukup ia tukarkan gula kepada tenaga.

Sekiranya kurang, ketagihan menjulang tinggi.

Apabila rasa ingin berkudap naik mencanak, semak diri dulu.

Usah terus cari makanan.

Sekiranya kita mahu elakkan diri dari menjadi jalur lebar, pastikan makanan yang diambil punya nutrisi, buka dari sumber simple carbohidrats.

5 Tips Biohack Makanan 'Manis'

biohacki_manis

Terlajak perahu ambil makanan manis?

Apa kata 'recover' dengan makanan ini.

  1. Fish Oil
  2. Tinggi Omega-3 (anti-inflammatory)
  3. Elak Omega-6 (pro-inflammatory)
  4. Apple Cider
  5. Minum Air Putih Secukupnya

Ia mampu cegah gula naik mendadak disebabkan ambil karbo ringkas

Tapi kalau asyik makan karbo ringkas, processed food, makanan tinggi gula, mereka malas nak buat kerja.

Merajuk dia.

5 Tips Elak 'Craving'

neuro_craving

1. 'Negative Thinking' 
Amalkan 'negative thinking' apabila mahu ambil makanan tidak sihat.

Contoh: "Kalau aku makan benda ni, apalah yang terjadi pada usus aku. Mesti bakteria jahat sedang berpesta."

"Ishh, tak nak lah makan benda ni, nanti penuh jerawat muka aku"

"Apa manfaat aku makan benda macam ni, lepas makan ni mesti menyesal"

Boleh cuba?

2. 'Ubah Mindset'

Apabila mahu ambil makanan dalam kategori proses food, cuba fikir balik apa tujuan kita ambil.

Ambil hanya sekadar memenuhi rasa 'craving' atau 'trend' makanan viral.

Kalau sekadar itu, cuba ubah mindset. Jadikan diri orang yang tegas dalam bab pemilihan makanan.

3. Jarakkan Waktu Makan

Makan mengikut ketetapan waktu yang disarankan.

3 waktu makan utama yakni sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Kalau breakfast, makan di antara 30min selepas bangun dari tidur

Manakala makan tengahari masa yang sesuai adalah 4 jam selepas arapan.

Makan malam pula perlu di ambil 3 Jam sebelum tidur.

4. Guna teknik 'framing'

Cuba framing diri sendiri. 

Setiap kali tengok makanan viral atau proses food,

Katakan: "Makanan ini beri manfaat apa pada diri aku?"

Undang bahagia atau derita?

"Bila aku tua nanti, bagaimana rupa dan nasib aku?"

Didekati atau dijauhkan?

5. Makan Depan Cermin

Kajian pada tahun 2015, individu yang makan depan cermin akan makan kurang berbanding tanpa cermin.

Menarik bukan?

Apa kata selepas itu, sediakan cermin depan atas meja makan.

Kemudian makan sambil lihat cermin. Apa akan jadi?

5 Makanan Untuk Orang 'Craving'

neuro_healthyfood

Masih buntu tentang pemilihan pemakanan?

Cuba makan:

1. Makanan Tinggi Fiber

Makanan tinggi fiber membantu dari segi pencernaan dan kenyang lebih lama.

Contohnya oat atau Barley Flakes Ococ.

Barley flakes ococ bukan sahaja kaya dengan fiber malah ada beta glucan.

Yang ramai tak perasan beta glucan juga turunkan gula dalam darah dan halang obesiti.

Jadi kalau ambil ni saiz pinggang boleh kecil jadinya.

Bayangkan lah ye lemak degil yang tak nak turun dah mula hilang.

Seronok kan?

2. Makanan Tinggi Smart Fats

Makanan dalam kategori smart fats antara makanan wajib yang di ambil setiap hari.

Contohnya dalam minyak kelapa/ MCT Oil.

Minyak kelapa terkenal sejak dahulu lagi sebagai minyak yang wajib diambil lelaki.

Kajian sains hari ini buktikan minyak kelapa dapat tingkatkan level hormon testosterone.

Kajian dapati orang yang ambil dua sudu minyak kelapa turun lemak di perut. Jangka masa antara 1-3 bulan.

Kajian dalam jurnal saintifik Neurobiology of Aging dapati peningkatan kapasiti otak selepas 90 minit minum minyak kelapa.

Minyak kelapa ini luar biasa hebat. Kesannya dalaman dan luaran. Amalkan sekarang. Supaya senang di masa akan datang.

3. Makanan Tinggi Protein

Biasanya saya akan buat protein dari telur dan fiber dari oat. Kuantiti sederhana.

Saya juga akan ambil coco OCOC.

Sebab ia akan buat perut kenyang. Hilangkan craving pada makanan. Itu fungsi dark chocolate.

Saya juga akan pastikan air diminum sekurang-kurangnya 1 liter.

4. Makanan Tinggi Vitamin

Vitamin sangat penting dalam membantu perkembangan fizikal dan mental manusia.

Seperti buah oren, betik, pisang dan sebagainya.

Biasanya tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Oleh itu, vitamin sangat penting diambil dalam makanan ataupun dalam bentuk suplemen.

Sayangi Tubuh Sendiri.

Kalau bukan anda, siapa lagi?

old man
Sekiranya kita mahu derita dihujung usia, susahkan pasangan, jadikan anak-anak bencikan kita, teruskan sahaja dengan diet sedia ada.

Tetapi sekiranya kita mahu sihat hingga hujung usia, getting old gracefully, disayangi, apabila tiada dirindui, kita masih punya masa untuk berubah. Alihkan pola makan.

Tidak sedap, tidak serasi, tidak kena dengan selera hanya mainan minda. Lebih baik lagi ‘tidak sedap makanan' dari tidak sedap ubatan. Enak lagi apabila tubuh tidak terkena suntikan dan cucukan.

Semoga bermanfaat

#DrRizal #Neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top