flu_neuro

4 Tips Elak Selesema Tanpa Ubat

Mr. U mengadu dekat aku. Asyik selesema katanya.

Ingat tak penat ke. 
Sehari tu mahu tercabut kepala. Selesema campur bersin.

Cecair hangat mengalir dari 2 buah gua bagaikan air terjun.

Sebulan sekali seperti acara wajib bertandang ke klinik.

Aku penat betul lah. Asyik selesema. Orang lain tengok aku semacam je sekarang.
Kau ada tips tak Rizal? 

Kata Mr. U mulakan bicara.

Sambungnya lagi,

Aku kalau boleh memang tak mahu makan ubat. Kau ada tak cara natural nak hilangkan selesema?

Aku tersenyum. Faham ramai sangat yang terkena penangan selesema.

Terutama waktu sekarang. Ditambah pula dengan penyakit baru HFMD.

Nak antar anak ke nursery pun fikir dua kali.

Aku mulakan ceramah perdana,

Selesema ni tanda imun sistem jatuh sakit. 
Sebab bakteria jahat berleluasa dalam usus.
neuro_gut
Sebab apa? Sebab itu tanda diet yang diamalkan tak sihat.

Mr. U terbeliak biji mata. Nampak macam tengah self reflect.

Itulah. 
Aku pun mana jaga sangat bab makan ni. 
Bab ajak makan kari mamak selalu on.

Aku menepuk bahunya.

Lepasni boleh dah start jaga makan. Kalau sayangkan badan.

.

.

Macam mana nak elak selesema tanpa makan ubat?

1. Bawang putih

  • bertindak sebagai antibiotik.
  • antimikrobial
  • antiviral

Boleh ambil yang mentah. Atau ambil ekstrak.

2. Teh hijau

Bantu kuatkan sistem imun.

3. Sup ayam

Bantu baiki sistem imun.

4. Madu

Bantu halang batuk dan kahak.

Campur dengan teh hijau untuk kesan berganda.

.

.

Apabila amalkan 4 perkara ini, kita baiki sistem imun.

Kita juga baiki tahap sihat usus kita iaitu otak kedua manusia.

Bila usus sihat. Kualiti hidup pun meningkat.

Kulit bebas kawah bernanah. Bebas biji berbatu.

Tampak seri dari luar bila dalamam terjaga.

.

.

.

P/S:

Tuan puan nak  kenalpasti bahagian OTAK yang mungkin bermasalah?
Serta bagaimana mahu perbaikinya?
Klik link ini: https://neuroversiti.com/kuiz


#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Kenapa Badan Anda Dah Tak Sehebat Dulu Walaupun Masih Sihat

Kenapa Lagu Raya Klasik Lebih Melekat Di Hati Ini Jawapan Dari Sains Otak

Biskut Raya Bahaya: Sedap Di Mulut, Senyap-Senyap Rosakkan Otak & Jantung

Tauhu dan Kuah Kacang: Gabungan Sedap Tapi Boleh Ganggu Serapan Zat Besi?

Scroll to Top