in

Sudah Masuk 4 Series ? Amalkan 5 Tips Ini

Dah masuk 4 Series? Atau masih 3 Series? Atau baharu sahaja menjejak 5 Series?

3, 4 atau 5 bukan sekadar nombor. Ia wakil usia. Ia petanda sihat makin menjauhi.

Apabila mencecah 40an perubahan mula mengintai. Perubahan mengganas.

Makan sedikit. Tetapi badan membesar sebagai johan. Menjadi jalur lebar.

Turunkan berat badan?

Sesuatu yang amat menyeksakan. Kenapa ya?

Masa awal 20an, makan apa sahaja badan kekal sama.

Puncanya metabolisme badan bertukar. Cara tubuh memproses makanan tidak seperti dulu.

Namun cara makan kita sama. Selera makin bertambah.

Pantang disebut ada restoran baharu dan sedap, pasti kita menuju ke situ.

Apabila usia meningkat, tubuh kita menuntut perubahan.

Langkah-langkah berikut boleh elakkan kita perut menjadi semakin lebar:

Amalkan K.E.R.A.S:

1. K = Kalori rendah.

Pastikan makanan kurang kalori. Makanan bergoreng tinggi kalori.

Sebab itu saya suka mangga. Mangga ini hebat. Kurniaan Khaliq kepada makhluq.

Tersembunyi di dalamnya banyak khazanah kesihatan.

Antaranya rendah kalori iaitu 105 sahaja.

2. E = Elakkan makan selepas maghrib.

Jauhkan dari supper, mengopi dan mengeteh. Mengair-mineral sahaja.

3. R = Rancang apa yang mahu dimakan.

Bukan makan apa yang dihidang. Bukan makan apa yang ada.

5 Tips Mudah :

i. Rancang ambil makanan yang sihat.

ii. Bayangkan makanan-makanan itu disusun secara teratur.

Bayangkan warna dan hiasannya. Dalam minda, nikmati bau dan rasanya.

iii. Apabila sampai, terus tuju pada tempat makanan itu berada.

iv. Fokus pada makanan sihat itu sahaja. Ambil. Abaikan yang lain.

TIPS ini MUDAH tapi POWERFUL. Berikan KUASA PILIHAN semula kepada kita.

4. A = Amalkan pengambilan makanan segar.

Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Terdapat banyak vitamin yang diperlukan otak dan badan.

5. S = Senaman ini wajib.

Buat masa sihat. Bukan setelah sakit.

Kajian dari jurnal saintifik Progress in Cardiovascular Disease.

Berlari dua jam seminggu panjangkan umur sebanyak 3.2 tahun.

Tidak perlu berlari pantas. Tidak perlu berlari jauh.

5 minit sehari sudah mampu jauhkan penyakit jantung dan kematian mengejut.

Walau berapapun usia kita. Apapun jantina kita.

Tips K.E.R.A.S boleh membantu.

 

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tidur , Gemuk & Otak

makanan otak sihat

9 Tips Mudah Supaya Anak Amalkan Makanan Sihat