Tips Travelling Dalam Pesawat

Beginilah modern nomad. Hari ini kembali lagi ke Bandara untuk terbang.

Ramai fikir terbang dengan pesawat ni best. Ada yang fikir dalam pesawat bersih dan selamat.

Rupanya tidak.

Pernah terasa mulut dan hidung jadi kering. Macam pedih saja dalam hidung.

Puncanya ialah humiditi dalam pesawat lebih rendah berbanding di luar. Biasanya sekitar 20% berbanding 30% di luar. Humiditi yang rendah sebabkan udara kering. Udara kering pula beri kesan kepada mucus - benteng hadapan sistem imun manusia. Sekiranya mucus terganggu kita mudah terdedah dan mudah jatuh sakit.

Kajian dalam Journal of Environmental Health Research pada tahun 2004 ceritakan impak buruk ini. Manusia yang terbang dengan sayap besi 113 kali ganda lebih mudah terkena selsema semasa dalam pesawat berbanding di luar.

Antara perkara yang kurang menarik tentang pesawat ialah tahap kebersihan. 

Kajian yang dibuat oleh TravelMath pada thaun 2015 dapati Table Tray 8 kali lebih banyak bakteria berbanding button flush do tandas pesawat. Bayangkan pada Table Tray ada 2,155 koloni bakteria. Menurut National Science Foundation jumlah ini sama seperti bakteria berdempek di toilet seat di rumah kita. Ngeri sangatkan!

Mungkin ada yang ingat Table Tray dicuci selepas penumpang tinggalkan. Sementara tunggu penumpang ke destinasi lain masuk, ianya akan dicuci. Rupanya tidak. Lebih lebih pesawat yang kerap terbang. Mereka hanya sempat vacuum sahaja mungkin.

Cara terbaik nak selamatkan diri ialah pastikan sapu sanitizing wipe tisu ke atas Table Tray sebelum kita gunakan untuk makan. Sekiranya ada makanan terjatuh ke atas Table Tray silalah campakkan. Buka dihembus dan dimasukkan ke mulut.

Bukan Table Tray saja sarat dengan bakteria. Dari kajian yang sama TravelMath dapati buckle pada tali pinggang juga ada isu yang sama. Bayangkan setiap penumpang menyentuh sekurangnya dua kali buckle pada tali pinggang ini. Berapa banyak transaksi bakteria yang berlaku.

Jadi pandai pandailah anti bacterial wipe selepas pegang buckle tu.

Begitu juga dengan tandas dalam pesawat. Kajian jumpa fecal coliform E.Coli pada sinki, butang flush dan toilet seats. Pastikan kalau terpaksa guna tandas, tangan kita dicuci sebersih-bersihnya. Lebih baik lagi pastikan gunakan tandas di Bandara berbanding dalam pesawat.

Macam mana pula dengan seat pocket depan kita tu? Kat situlah orang selalu buat sampah. Jadikan pocket seat tu sebagai transit sampah sementara. Macam macam diletak di situ.

Dari bungkusan makanan, botol hingga kepada tisu berhingus.

Anak-anak kapal biasanya tak sempat nak seluk tangan dan buang. Sekiranya tertinggal di situ, alamatnya makin membiaklah bakteria di situ.

Kajian dari Auburn University di Alabama jumpai bakteria jenis MRSA pada pocket seat. Bakteria dapat hidup lama sehingga 7 hari.

Bayangkan! Untuk elak dari terkena, tidak perlu sentuh pun pocket seat. Tinggalkan saja majalah kapal terbang itu. Bawa buku sendiri dan baca. Lebih baik begitu.

Duduk di aisle seat juga dedahkan kita pada bahaya jangkitan. Terutama pada bahagian headrest. Anda mungkin perasan, apabila orang berjalan keluar tandas, tangan mereka akan memegang headrest ini. Begitu juga masa keluar dan masuk pesawat.

Pernah berlaku pada pesawat yang terbang dari Boston ke LA. Pesawat ini terpaksa membuat emergency landing sebab berlaku kes diarrhea dan muntah.

Kajian ke atas mereka yang sakit dari pesawat dan diterbitkan di jurnal Clinical Infectious Diseases dapati: 

mereka yang duduk di aisle seat terima kesan buruk berbanding mereka yang duduk di seat lain.

Kalau tidur elaklah dari tempek muka pada seat. Ada orang bila tidur mesti nak baringkan pipi ke seat. Kalau dapat elakkan. Kita tak mahu pipi kita jadi pusat inkubasi bakteria.

Saya biasanya terbang 2-3 kali seminggu. Saya pastikan biasanya saya buat tips ini:

  1. Bawa anti bacterial wipe. Lap dulu apa yang patut masa kita duduk.
  2. Guna tandas di bandara. Seboleh bolehnya elak dari guna tandas dalam pesawat.
  3. Bila pulang biasanya saya akan mandi dulu. Bersihkan tubuh. Biar tidak jadi pembawa.
  4. Ganti baju yang dipakai dalam pesawat. Gunakan baju bersih lain.
  5. Gunakan disinfectant semasa rendam baju.

Tips ni banyak bantu saya untuk tidak jatuh sakit selepas travelling. Jadi bila nak travel dah tak rasa cuak. Rileks saja. Dah buat prevention awal-awal.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top