Rahsia Turunkan Berat 5kg Dalam Masa 6 Hari

Ini bukan hype. Saya alami sendiri.

Saya masuk NLP dengan penuh sangsi. Waspada. Diberitahu hype sahaja.

Tetapi di minda terfikir. Lebih adil kalau masuk belajar. Lebih adil begitu.

Saya pun masuk. Daftar. Belajar NLP.

Mulanya di Pasir Salak. Program 6 hari 5 malam. Belajar NLP coaching. Gabungan dua disiplin.

Paling menarik semasa di Pasir Salak ialah bab makan. 6 kali sehari makan. Lauk mewah.

Saya fikir apa kata guna teknik NLP program minda. Naik atau tidak badan apabila makan 6 kali sehari.

Sebagai eksperimen saya pun makan macam orang lain. Balun sahaja. Tolak nasi dan minuman manis.

Kawan yang lain melantak sakan. Ada yang mengadu seluar ketat. Busuk busuk mahu naik 4-5 kg.

Saya punya anggapan sama asalnya. Makan banyak mesti membesar sebagai johan juga akhirnya. Ketika itu berat 66kg.

Tetapi saya cuba program minda. Setiap kali makan zikir yang keluar ialah kurus. Setiap suap.

Selesai program pulang ke Kuching. Keluar dari dari airport cikpuan isteri tegur, “Awat kurus?”

Saya terkedu sebentar. Patutnya dah jadi jalur lebar. Maklumlah makan satu hari 6 kali.

Sampai rumah saya terus cari alat penimbang. Berdebar nak pijak. Berdiri sahaja atas alat penimbang angka 61 tertera.

Maknanya turun 5kg. Makan sehari 6 kali, tidur lewat, tahap stres meningkat, tetapi berat masih turun. Hampir 1kg sehari.

“Subhanallah maksudnya menjadilah,” saya monolog sendirian.

Cikpuan isteri pun terkejut. “Power betul tools dalam NLP ni,” katanya excited.

Saya angguk sahaja. Bagi saya NLP berikan tools, strategi dan cara. Itu pentingnya.

NLP sediakan protokol. Step by step. Selebihnya bergantung pada kita.

Saya sendiripun agak terkejut. Bagaimana simple step beri kesan besar pada diri. Boleh lihat sendiri gambar kurus saya.

 

Anda Juga Mungkin Berminat

Badan Selalu Letih, Mudah Sakit? Ini 6 Jenis Vitamin Dan Fungsinya Untuk Tubuh

Ramai Makan Pisang Setiap Hari, Tapi Tak Ramai Tahu Waktu Paling Sesuai Makan Pisang

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Scroll to Top