Yang Ini Kena Elak !

Otak sensitif pada H.A.L.T:

Apa tu ?

H – Hungry : Lapar mengganggu cara otak berfungsi.

Ketagihan pada benda jajan meningkat. Tahap terliur meninggi.

Ramai terkeliru antara lapar & dahaga. Apabila otak minta air disangkanya lapar.

Lalu makanan yang diambil. Caranya mudahnya ialah minum air dahulu.

Sekiranya hilang rasa lapar, bermakna tubuh dan otak perlukan air bukan makanan.

Sekiranya masih juga lapar, perut berbunyi, baharulah ambil sedikit makanan.

Sekiranya lapar yang mencengkam antara sarapan dan makan tengahari, boleh ambil kekacang segenggam.

Boleh juga ambil sepotong buah.

A – Angry : Marah beri kesan besar pada otak.

Bahagian belakang mata kiri menjadi terlalu aktif.

Seolah-seolah kawasan hutan terbakar di waktu malam.

Cahaya terbakar terang benderang.

Redakan dengan tukar psychological state atau keadaan psikologi.

Caranya ubah tempat. Ubah postur. Alihkan fokus pada hal lain.

L – Lonely : Keseorangan.

Tidak bergaul dengan orang beri kesan negatif pada limbik sistem.

Terasa sedih dan sayu. Adakalanya selera makan makanan ringan menggunung tinggi.

Hidup tanpa hubungan dengan manusia nafikan hormon oxytocin.

Bukan itu sahaja.

Ia malah boleh aktifkan bahagian otak yang uruskan rasa sakit fizikal seperti patah tangan atau jatuh ketika berlari.

T – Tired : Letih mengganggu otak.

Pastikan vitamin D cukup. Dapatkan dari cahaya matahari.

Apabila tidak cukup, ambil suplemen vitamin D.

Itu ambil suplemen sebaiknya ambil ujian darah dahulu.

Perlu rujuk doktor yang merawat dahulu.

Letih juga mungkin disebabkan kurang stabil hormon.

Ujian darah setiap 6 bulan boleh beri maklumat ini.

Otak kita tanggungjawab kita.

Sihat itu jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Supplement Mahal: Ini 9 Makanan Terbaik Untuk Tubuh Sihat Yang Anda Perlukan Setiap Hari

Kenapa Avokado Digelar “Superfood”? Ini 7 Manfaat Yang Tubuh Sangat Perlukan

Badan Selalu Letih, Mudah Sakit? Ini 6 Jenis Vitamin Dan Fungsinya Untuk Tubuh

Ramai Makan Pisang Setiap Hari, Tapi Tak Ramai Tahu Waktu Paling Sesuai Makan Pisang

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Scroll to Top