Zikir & Otak

Zikir adalah satu tuntutan. Tambahan pula di bulan Ramadan.

Kesannya dirakamkan di dalam Al-Quran.

Hati menjadi tenang. Itu janji Allah.

Bicara Baginda Rasul (baca selawat) juga mengajak umatnya untuk berzikir.

Baginda (baca selawat) sentiasa tenang.

Berzikir meningkatkan aktiviti otak. Kesan pada otak menakjubkan.

Ucapan berulang menyebut Asmaul Husna menurunkan gelombang otak.

Turun sehingga 110hz.

Kesannya ada pada otak di belakang dahi manusia.

Dikenali sebagai PreFrontal Cortex (PFC).

PFC ini adalah CEO untuk otak manusia.

Zikir dikesan mengalihkan aktiviti otak dari bahagian yang memproses bahasa ke bahagian yang memproses emosi.

Sebab itu dalam zikir lahir emosi.

Sebab itu dalam zikir membutir air mata. Selalunya mengalir deras.

Zikir meningkatkan kemampuan memori. Sebabnya?

Bahagian yang dirangsang dengan zikir ialah Hippocampus.

Ladang memori otak manusia. Bahagian ini membesar disebabkan zikir.

Kepada pelajar, andai mahu studi zikir dulu.

Zikir juga meningkatkan aktiviti pada bahagian Posterior Cingulate Cortex.

Bahagian ini adalah pembekal motivasi.

Studi jadi panjang. Pelajar lebih fokus pada studi.

Konklusinya, andai mahu impak maksima pada otak, pada studi, zikir perlu di hati.

Ringankan lidah. Basahkan bibir.

Zikir bukan hanya atas tikar sembahyang.

Boleh sambil berdiri, duduk, berjalan atau berbaring.

Jadikan kenderaan kita sebagai tempat zikir.

Jadikan perjalanan jauh digemakan dengan alunan zikir.

Jom zikir.

SubhanAllah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Ilallah Wallahu Akbar.

Anda Juga Mungkin Berminat

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Minum Air Lemon Garam Waktu Pagi: Rahsia Hidrasi Pantas Selepas Bangun Tidur

Selalu Rasa Cemas Tanpa Sebab? Ramai Tak Sangka Rock Melon Boleh Bantu Tenangkan Anxiety Secara Semula Jadi

Kubis Selalu Jadi Lauk Sampingan, Rupanya Ada 18 Kebaikan ‘Hidden’

Biji Kecil Ini Ada Kesan Besar: 8 Kelebihan Chia Seed Untuk Tubuh

Scroll to Top