10 Tips Untuk ‘Slow Learners’

Ada tak yang pernah experience masa kecik dulu. Dipanggil lembab, atau digelar lembam. Lepastu kawan sekelas ketawakan. 

Hanya mampu tersengih seperti kerang busuk. 

Walaupun sekadaran gurauan tapi gurauan biawak perlu dielakkan. Di hati siapa yang tahu.

Bagi saya, istilah slow learner atau dyslexic ini tidak melambangkan bahawa seseorang itu cacat atau tidak normal.

Senang kata, apabila mereka tidak menepati standard yang telah lama ditetapkan, telah lama disematkan dalam society.

Kenapa saya berkata demikian? Kerana itulah realiti. Terutama di sini.

Niat bukan ingin membebel. Sekadar berkongsi pendapat. 

Kerana saya juga seorang ayah. Saya tahu betapa perit pengalaman yang ketika itu bermain dalam fikiran.

Apabila anak sendiri dilabel tidak setara tahap perkembangannya berbanding anak lain.

Anak sukar sesuaikan diri setelah berpindah ke Malaysia. Nak bertutur Bahasa Melayu pun susah. Merangkak siput.

Ketika itu, warga Bangladesh lagi pandai bertutur saya rasa. Sampai macam itu teruknya.

Anak-anak sudah biasa didedahkan dengan Bahasa Inggeris ketika tinggal di Australia. Di sana, mereka dipuji. Disanjung kerana mampu ikut silibus. Mampu speaking.

Berkawan lain bangsa, lain agama. Luas social circle. 

Namun, takdir membawa kami semua pulang ke tanah kelahiran. Mereka diuji. Diberi cabaran untuk mereka sendiri hadapi.

Bila sampai sini, segalanya berubah sekelip mata.

Diletaknya mereka dalam kelas paling tercorot. Masani anak-anak terkapai-kapai. Blur. 

Dianggap menyusahkan walaupun dah besar.  Yelah sebab ramai lagi budak-budak lain yang kena diberi perhatian.

Salah seorangnya tidak pernah mengenal silibus Bahasa Melayu. Masatu dah nak UPSR. Cikgu pun dah siap cop budak gagal.

Mampu ke nak kejar berbaki masa dua bulan sebelum peperiksaan? Mungkin itu yang difikirkan guru-guru ketika itu.

Tapi ingat, hanya kerana orang lain letakkan label tidak bermakna kita perlu give up.

Sebagai ibu bapa, saya dan isteri cari solusi untuk buktikan kepada mereka bahawasanya yang dilabel slow learner ini mampu jadi lebih lagi.

Masa berlalu. Anak saya melangkah masuk ke dewan untuk ambil keputusan. Diiringi doa dan redha. Usaha sudah, tawakkal sudah.

Tiba-tiba, namanya meletup. Jadi bualan sekolah.

Bukan kerana gagal, tapi kerana berjaya kalahkan calon harapan. Dulu dianggap sekadar underdog namun bangkit untuk buktikan,

Segalanya mampu dicapai dengan usaha dan doa.

Jangan dilayan kata orang. Kalau layan, kita sendiri yang mental. You do you.

.

.

.

Dyslexia, Dysgraphia, Dyscalculia & Dysphasia

Sekarang, kesemua anak saya dah besar panjang. Jadi remaja dewasa.

Semua berjaya dan berada pada track yang betul. Alhamdulillah.

Saya dapat tengok perbezaan antara Malaysia dengan Australia berkaitan dengan langkah yang diambil untuk tangani isu masalah belajar.

Di sana, ilmu tentang learning disability lebih advanced berbanding di sini. Pendedahan lebih terbuka di bumi kanggaru.

Ada 4 masalah lebih spesifik iaitu dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dan dysphasia.

Saya boleh lihat yang ilmu sebegini masih lagi tidak didedahkan sepenuhnya terutama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Saya yakin berbanding zaman lebih kurang 8,9 tahun lepas, kini rakyat sudah semakin terbuka mindanya. 

Namun, saya benar-benar berharap mentaliti suka menghakimi ini boleh dikikis sepenuhnya dari jiwa.

Masih ramai yang sikit sikit nak judge, sikit sikit nak mempersoal.

Nak tahu tak orang ternama seperti Henry Ford, Tom Cruise, Walt Disney, Albert Einstein dan Bill Gates mempunyai masalah dyslexia.

Namun, mereka berjaya berkali-kali ganda daripada orang normal.

Kenapa? Sebab majoriti ni ingat, bila ada dyslexia ni maknanya dengan otak sekali rosak. Salah tanggapan tu.

.

.

.

Learning Disability vs Intellectual Disability

Learning disability ni berbeza dengan intellectual disability. Ni ramai salah faham.

Learning disability ni dia jejaskan bidang pembelajaran tertentu sahaja.

Kalau intellectual disability, dia pengaruhi setiap cabang cara otak belajar dan otak faham.

Sebab itu, jangan dipandang sebelah mata. Hidup ini kena elakkan sifat judgemental.

Elak terlalu cepat menghakimi jika ilmu tidak cukup. Belajar. Kaji dulu sebelum nak buka mulut.

Dengan didikan yang sesuai mengikut keperluan, mereka mampu belajar dan berjaya seperti orang lain.

Janji kena kuat dan usaha. Usah peduli kata-kata orang.

.

.

.

Anda Boleh! Dan Anda Mampu

Di sini saya ingin berkongsi 10 tips untuk slow learners. Jangan risau. Anda tidak cacat, anda unik.

Anda hanya diberi lebih cabaran sikit untuk work harder, untuk bekerja lebih keras berbanding orang lain di sekeliling.

  1. Guna teknik direct instruction iaitu beri arahan jelas ketika mengajar.
  2. Ajar hanya satu konsep setiap kali kelas untuk elak kebingungan.
  3. Ajar membaca dan mengeja secara asing untuk elak pening.
  4. Selalu review apa yang telah diajar guna konten kreatif (kad, puzzle).
  5. Pastikan tempoh belajar singkat tetapi kerap.
  6. Ambil berat akan kata-kata membina dan sokongan.
  7. Keadaan kelas perlu tenang dan jauh daripada gangguan.
  8. Kerap guna konten berasaskan audio dan visual.
  9. Susun jadual untuk 4 skil bahasa; mengeja, membaca, menulis dan bertutur.
  10. Kenalpasti kekuatan bidang dan gilap sebaik mungkin.

Learning disability ni juga bukan sejenis penyakit. Ubat tiada.

Ada yang pada mulanya mungkin slow sikit, tapi bila masuk tadika okey. Ada juga yang ambil masa lama untuk hadam apa yang diajar.

Apa yang mereka perlu?

Mereka perlu sokongan agar boleh berjaya di sekolah mahupun di tempat kerja. Sebab tu, ibu bapa kena aware dengan perkembangan anak.

Lebih awal mereka dikenalpasti, lebih tinggi peluang mereka untuk berjaya sama macam orang lain.

Cara nak kenalpasti sama ada anak ada masalah pembelajaran?

  1. Sukar nak minat membaca atau menulis.
  2. Masalah menghafal sesuatu.
  3. Lambat buat kerja.
  4. Sukar ikut arahan.
  5. Sukar fokus.
  6. Sukar fahami idea yang ditutur.
  7. Kemahiran sosial lemah.

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Scroll to Top