3 Makanan Perlu Diambil Untuk Ketahanan Otak

Otak akan ikut serta dalam apa jua aktiviti yang kita buat.

Termasuklah cara kita berfikir, cara kita ekspresikan diri, cara kita bertindak, cara kita bersosial dengan orang lain.

Otak terdiri daripada minimum 60% lemak, seakan-akan putih kekuningan dan lembut seperti tofu.

Otak mempengaruhi keperibadian dan perwatakan kita. Sebab itu penting untuk kita jaga otak betul-betul.

Bila otak sihat, diri lebih bahagia dan gembira.

Otak sihat, hidup pun sihat. Ni yang saya selalu pesan pada diri saya.

Apabila hari demi hari usia semakin menginjak tua, kesihatan otak ni sangat penting untuk kekalkan minda cerdas, aktif dan sihat.

Otak memang kita wajib jaga seperti mana kita jaga penampilan diri kita. 

Bila otak tak sihat, diri juga yang merana. Senang penyakit datang serang.

Ingat!

Makanan yang dimasukkan ke dalam tubuh, cara pemikiran, kehidupan yang dijalani, segala kata-kata yang diucapkan.

Kesemua ini mempunyai efek pada otak.

Satu kajian dalam Journal of Neuroscience mendapati,

Melatih otak mampu tingkatkan prestasi untuk tugasan tertentu.

Otak ni kena dilatih dengan kerap dan konsisten. Kalau tak, otak tak berkembang.

Otak juga perlu diberi nutrisi secukupnya supaya dapat berfungsi dengan optimum. Nutrisi ni makanan yang berkhasiat.

Makan benda yang mengandungi gula?

Bukan sahaja badan kita melebar ke kiri dan kanan. Tapi otak pun jadi slow bekerja. Efeknya, memori merosot.

Tu yang bila bercakap jadi blur. Mudah STML walaupun usia muda.

Malas nak bergerak aktif?

Kajian dapati langkah harian kurang dari 5,649 boleh terbitkan rasa resah, murung dan sentiasa kurang puas hati dengan hidup.

Ada sahaja benda yang mahu disungut. Komplain itu ini.

Tidur tak cukup 6-8 jam setiap malam?

Sel otak rosak. Mudah lapar. Fokus terganggu.

Semua pergerakan kita baik makan, tidur atau aktiviti ada kesan langsung kepada otak. Sebab tu penting kita jaga OTAK kita.

Ini dia 3 jenis makanan yang perlu diambil untuk ketahanan otak.

.

.

1. Smart fats (lemak sihat)

Contoh utama lemak sihat iaitu avokado, minyak zaitun, minyak kelapa, minyak kekacang dan minyak kanola.

Prostaglandins adalah salah satu chemical messenger yang bertanggungjawab untuk badan membaiki diri.

Di mana badan perlukan 2 jenis lemak untuk hasilkan sel otak yang sihat iaitu asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6.

Lemak juga mempengaruhi perkembangan dan prestasi otak. Sama ada untuk bayi yang sedang membesar mahupun orang dewasa.

Lemak ni komponen utama membran sel otak dan sarung myelin di sekeliling setiap saraf.

Jadi, kenalpasti yang mana smart fats. Yang mana kategori dumb fats sebab zaman sekarang, ramai yang makan terlalu banyak yang kedua tu.

Lemak buatan manusia yang melalui proses hydrogenation.

Contohnya makanan berproses, makanan bergoreng, donut, burger.

.

.

2. Sayuran berdaun hijau

Padat dengan mineral dan vitamin untuk ketahanan otak. Antara sayur berdaun hijau iaitu kangkung, kale, bayam, brokoli dan bokchoy.

Kajian dalam jurnal Neurology mendapati,

Sayuran berdaun hijau dikaitkan dengan memperlahan proses penurunan fungsi kognitif atas faktor usia.

Disebabkan tindakan neuroprotektif nutrien tertentu dalam sayur berdaun hijau.

Satu kajian yang dibuat di Rush University Medical Center (Chicago) mendapati,

Ada sekumpulan kecil nutrien khusus dalam sayur berdaun hijau yang menawarkan manfaat anti-penuaan otak.

Kajian itu juga menjelaskan,

Sayuran seperti kangkung, bayam, kale dan lettuce kaya dengan vitamin E, asid folik, vitamin K1, lutein dan beta-carotene.

Kesemua nutrien ini memainkan peranan untuk lindungi otak daripada keradangan dan kerosakan neuron.

Serta halang terkumpulnya beta-amyloid iaitu sejenis protein bertoksik.

.

.

3. Protein

Antara protein yang bagus untuk ketahanan otak termasuk telur, ayam, ikan berlemak seperti tuna dan salmon.

Ikan berlemak mengandungi sumber omega-3.

Yang bantu bina membran di setiap sel badan termasuk sel otak sekali gus tingkatkan struktur otak iaitu neuron.

Dalam satu kajian yang diterbitkan di National Library of Medicine: National Centre for Biotechnology Information (2017) mendapati,

Mereka yang punyai tahap omega-3 yang tinggi dalam badan juga punyai peningkatan aliran darah di dalam otak.

Para pengkaji juga telah kenalpasti hubungan antara tahap omega-3 dengan fungsi kognitif atau kebolehan berfikir yang lebih baik.

.

.

P/S: Nak BELAJAR ilmu dan tips OTAK setiap hari? Terus kepada ANDA?

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top