5 Kesan Obesiti Terhadap Otak Yang Anda Mesti Tahu

Bulan Ramadhan telah menjelang lagi.

Sesetengah orang mungkin beranggapan bahawa  ini adalah masa yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan.

Namun, walaupun dah lebih seminggu kita menjalani ibadat puasa puasa.

Masih sama je.

Mungkin ada yang makin naik berat badannya.

Mana silap tu?

Hurmm...

Mungkin kita patut tengok balik cara kita menjamu juadah ketika berbuka.

Pexels.com

Kalau dah setiap kali waktu berbuka perlukan minuman berais dan manis, memang tambah meningkatlah berat.

Belum lagi termasuk kuih-muih dan hidangan makanan yang pelbagai jenis di bazar Ramadhan yang cukup menambat hati.

Juga undangan berbuka yang tidak terhitung banyaknya di sini sana.

Jangan tak tahu, negara Malaysia merupakan negara yang paling tinggi kadar obesiti di seluruh rantau Asia.(1)

Berdasarkan  Laporan "Pengendalian Obesiti di Asean" yang dikeluarkan oleh Unit Perisik Ekonomi pada bulan 1 Jun tahun lalu, Malaysia mencatatkan tahap obesiti sebanyak 13.3% manakala 38.5% daripada populasi penduduk di Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan. (2)

Karmanhealthcare.com (3)

Ngeri rasanya apabila bercerita tentang kesan obesiti terhadap kesihatan tubuh badan.

Golongan obesiti terdedah dengan risiko pelbagai penyakit seperti diabetes (kencing manis), tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung, strok, malahan juga kanser.(4)

Ia juga khabarnya boleh memberi impak terhadap kesuburan (5)

Betapa ramai penduduk di Malaysia ini yang tidak mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Baginda Rasulullah S.A.W. menganjurkan untuk kita berhenti makan sebelum kenyang. (6)

Baginda juga menyarankan supaya kita tidak makan secara berlebihan dan menjaga perut kita dengan baik.

Sabda Rasulullah S.A.W.,

ما ملأ آدميٌّ وعاءً شرًّا من بطن، بحسب ابن آدم أكلات يُقمن صلبَه، فإن كان لا محالة، فثُلثٌ لطعامه، وثلثٌ لشرابه، وثلثٌ لنفَسِه
“Tidaklah anak Adam memenuhi wadah yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan punggungnya. Namun jika ia harus (melebihinya), hendaknya sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas”.
(7)

Tapi malangnya hal yang terjadi adalah sebaliknya.

Ramainya yang makan walau tidak lapar. Ramai yang makan tidak berhenti hingga hingga betul-betul kenyang.

Macam mana pula kesannya kepada otak?

Perkara berikut akan berlaku kepada otak anda sekiranya anda tergolong dalam kalangan yang obes ataupun terlebih berat badan.

1. STRIATUM kurang sensitif

 Sumber: www.psypost.org (8)

STRIATUM merupakan bahagian otak yang sensitif pada makanan manis.

Bahagian ini akan menjadi kurang sensitif.

Kesannya, pengambilan makanan manis akan bertambah.

Makin tinggi nilai manisnya, makin obes dan dekat kita dengan diabetis.

2. ORBITOFRONTAL CORTEX pada kanak-kanak akan mengecil.

Bagi kanak-kanak yang obes, bahagian otak yang bernama ORBITOFRONTAL CORTEX akan mengecil.

Kesannya kanak-kanak ini menjadi impulsif.

Di mana dia cenderung untuk melakukan sesuatu mengikut gerak hati tanpa berfikir dahulu.

3. Mengganggu sistem imunisasi tubuh

Pixabay.com

Obesiti menyebabkan perubahan pada sistem imun serta meningkatkan keradangan pada tubuh badan.

Keradangan ini akan melarat ke otak dan merosakkan sel-sel tertentu otak.

4. Prestasi otak merosot

Pexels.com

Menurut Jurnal saintifik Annals of Neurology yang diterbitkan pada bulan Mei 2015, perut buncit boleh menyebabkan otak mengecil.

Semakin membesar perut, semakin mengecil otak.(10)

Pemilik perut ini akan terdedah kepada penyakit nyanyuk dan kemerosotan prestasi otak.

5. Mengganggu sistem memori

Pexels.com

Obesiti membantutkan proses mengingat.

Memori jadi terganggu.

Mudah lupa apa saja.

Hormon yang dikeluarkan oleh tisu lemak dipercayai menjadi punca mengganggu pembentukan memori.

Dapatan ini dirakam di jurnal saintifik bernama Journal of The American Geriatric Society.(11)

Kesan obesiti adalah sangat serius. Makan tanpa kawalan akan menjadikan diri umpama sarang penyakit.

Jadi apa sebab  sebenarnya yang menyebabkan kita mudah terdedah kepada obesiti?

a) Tidak makan makanan yang sesuai dengan keperluan otak.

Pexels.com

Jika kita tidak menjaga makanan yang kita makan, lambat laun otak akan terkesan dan menjadi kurang cekap dalam menjalankan tugas dan fungsinya yang tersendiri.

b) Membuat aktiviti yang tidak membantu otak.


Freepik.com

Antara aktiviti yang boleh merosakkan otak termasuklah terlebih makan, merokok, kecanduan pornografi, tidak bersarapan dan tidur berlebihan(12)

3. Abaikan rehat yang cukup.

Pixabay.com

Zaman kini memperlihatkan kehidupan manusia yang sentiasa sibuk dengan bebanan kerja.

Hal ini menyebabkan mereka tidak berjaya untuk mendapatkan rehat yang secukupnya.

Produktiviti menjadi lemah dan tekanan bertambah.

Hal ini dapat melemahkan mental individu dan menyebabkan individu terbabit cenderung untuk tidak menjaga makan seterusnya menjadi obes.

Namun mungkin ramai juga yang tak tahu kita sebenarnya mampu mengawal diri dari menjadi obesiti dengan mengawal otak kita.

Berdasarkan banyak kajian yang dijalankan dalam  bidang Neurosaintifik, selera makan sebenarnya dipengaruhi oleh reaksi fisiologi yang tidak kita sedar.

Pexels.com

Terdapat satu hormon dalam badan yang dipanggil ASPROSIN.

Hormon ini mengawal neuron "lapar" dalam otak kita. 

Hormon ini "menghidupkan" neuron yang merangsang selera makan sambil "mempasifkan" aktiviti neuron yang menyekat selera makan.(13)

MACAM MANA BERSUKAN DAN DIET DAPAT MEMBANTU?

Beberapa perkara yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan aktiviti korteks prefrontal kita ini adalah dengan mengawal cara makan dan juga melakukan aktiviti senaman.(14)

Kajian terbaru mendapati bahawa aktiviti bersukan dapat mengawal nafsu makan dengan menguatkan kawasan otak yang bersungsi untuk kawalan kendiri iaitu korteks prefrontal.(15)

Senaman dapat meningkatkan aktiviti konteks prefrontal, yang akan menyebabkan kita mengabaikan kemahuan untuk makan sekaligus berperanan untuk menghilangkan kalori dengan lebih banyak. (17)

Para penyelidik menerbitkan penemuan mereka ini dalam jurnal Trends in Cognitive Sciences. (18)

Antara senaman yang boleh dilakukan termasuklah juga senaman meditasi seperti yoga, latihan pernafasan, malahan juga berjalan kaki.

Unsplash.com

Bagi mereka yang berpuasa, jangan jadikan alasan berpuasa menjadikan anda tak larat nak  bergiat aktif.

Tak susah sebenarnya nak bersenam di bulan puasa ni.

Cukuplah dengan berjalan kaki sahaja.

Unsplash.com

Hanya dengan berjalan, kita dapat tumbuhkan sel otak baharu di pusat memori.(19)

Dapat mengelak nyanyuk.

Cubalah dengan langkah yang sedikit dulu jika tidak mampu.

5000 langkah sehari sudah mencukupi.

Kalau dah terer, bolehlah cuba tambah ke 10000 langkah pula.

Cuba lihat kesannya pada otak dan kesihatan tubuh badan.

Macam mana pula dengan berdiet dan menjaga pola makan?

Berdasarkan  suatu kajian yang dijalankan oleh seorang Felo pasca Kedoktoran BrainsCAN di Universiti Western bernama Amy Reichelt, prefrontal lapisan luar otak berperanan dalam mengawal tabiat pemakanan.

Dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik sedari zaman kanak-kanak,  dapat membantu untuk membina tabiat pemakanan sihat sepanjang hidup individu terbabit dan memastikan korteks prefrontal milik individu itu berfungsi dengan baik.(20)

Unsplash.com

Tapi awas ya, menurut kajian, peringkat umur remaja merupakan masa di mana kita beradaptasi untuk menerima tabiat makan paling sesuai untuk diri kita.

Pada peringkat umur ini, korteks prefrontal yang dimiliki oleh golongan remaja belum lagi berkembang sepenuhnya, yang mana menjelaskan keputusan tidak matang yang sering dilakukan oleh mereka.

Mereka cenderung untuk bertindak tanpa berfikir panjang terlebih dahulu kerana sistem kawalan mereka belum aktif sepenuhnya.

Kegagalan membuat keputusan dengan betul sebenarnya sangat berkait rapat dengan tabiat pemakanan yang salah.(21)

Golongan remaja makan lebih banyak kalori yang tidak perlu dari makanan ringan berbanding peringkat umur yang lain.

Pexels.com

Tabiat pemakanan dari zaman remaja ini boleh terbawa-bawa sehingga ke peringkat dewasa.

Jadi, cubalah ganti makanan anda dengan makanan yang telah terbukti secara saintifik ada manfaatnya pada jantung, otak dan seluruh tubuh manusia.

Dan mungkin untuk para ibu bapa, boleh cuba mengatur pola makan anak-anak dari kecil.

Supaya mereka mudah mengikuti pola makan gaya hidup sihat apabila dewasa nanti bahkan sehingga mereka menginjak ke usia tua.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Apa kata hari ini cuba ubah gaya  makan dan jagalah otak kita sebaiknya.
Semoga bermanfaat!

Rujukan:

1.https://www.star2.com/health/2018/08/14/fat-state-of-affairs/

2.https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/03/12/does-prosperity-lead-to-obesity-the-size-of-your-girth-does-not-correspond-to-the-size-of-your-walle/

3.https://www.karmanhealthcare.com/medical-health-issues/obesity/

4.https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/03/12/does-prosperity-lead-to-obesity-the-size-of-your-girth-does-not-correspond-to-the-size-of-your-walle/#p1KVZHPPorFrKXxB.99

5.https://www.facebook.com/UniPutraMalaysia/photos/a.213514811997898/2694616913887663/?type=3&eid=ARAHDNyrQtbXvM-a1fVs4xTqTnLjqCA-CttuTrQgAiha4OyOPi89iDdb15IxJ4JkTYF_lwhebQawU-CR&__xts__%5B0%5D=68.ARCVEz74Lo99DPfxYjscu2_CyEO7YFWHmfe_Cb6-DqIVghcYgFRUsXOkJVdi4J_aPLFUuZdVAqUrcknr40fVs2eaNxUnqawX2wojSY5qc1FgpsQIERXb5oJDC01ZsrdgZ62AvGQvc2r1s8-L3O6nuVSIMkn5YvkLlZZhj3HXHh9Xs9pMGZRwJ65BBH6_0JeKPfUYt7PDj-d9ae2vrKT3geeAYuqf-OTz74wfWGJsViOO6KaPFSk2nF4zLmE_G3Ux-XmaSCib8CuOPFo78sx-tdpqBM1AQV352GSOC0sowXP93kutg7LWTdtBo4fgMYC-viyw&__tn__=EEHH-R0.g

6.https://www.facebook.com/photo.php?fbid=233569970367669&set=a.102145976843403&type=3

7.https://muslim.or.id/22265-hadits-dhaif-makan-sebelum-lapar-berhenti-sebelum-kenyang.html

8.https://www.psypost.org/2017/03/study-romantic-love-associated-reduction-gray-matter-density-striatum-48046

9. https://mindblog.dericbownds.net/2006/06/we-need-our-orbitofrontal-cortex-to.html

10.https://www.usatoday.com/story/news/health/2019/01/10/belly-fat-linked-smaller-brain-size-neurology-study-suggests/2534522002/

11.https://www.facebook.com/photo.php?fbid=233569970367669&set=a.102145976843403&type=3

12.https://masyarirashid.wordpress.com/2012/03/12/10-perkara-yang-merosakkan-otak/

13.https://www.sciencedaily.com/releases/2010/10/101026172025.htm?utm_medium=cpc&utm_campaign=ScienceDaily_TMD_1&utm_source=TMD

14.https://www.medicalnewstoday.com/articles/324560.php

15.https://www.medicalnewstoday.com/articles/324560.php

16.https://www.highiqpro.com/brain-fitness-peak-performance/iq-brain-fitness-peak-performance

17.https://www.medicalnewstoday.com/articles/245588.php

18.https://www.cell.com/trends/cognitive-sciences/fulltext/S1364-6613(19)30022-1

19.https://neuroversiti.com/berjalan-tumbuhkan-sel-otak-baharu/

20.https://www.sciencedaily.com/releases/2014/09/140915114241.htm?utm_medium=cpc&utm_campaign=ScienceDaily_TMD_1&utm_source=TMD

21.https://www.sciencedaily.com/releases/2018/10/181018141126.htm?utm_medium=cpc&utm_campaign=ScienceDaily_TMD_1&utm_source=TMD

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top