Kaedah pembelajaran dalam talian iaitu pembelajaran pada masa sebenar (real-time)
Ramai yang tanya macam mana nak pastikan anak-anak dapat tumpukan perhatian ketika pembelajaran dalam talian.
Terutama pada musim pandemik ni memang kena belajar online.
Tak kira budak sekolah, pelajar universiti mahupun orang dewasa bekerja.
Ada banyak masalah yang sering diberitahu kepada saya; anak tak boleh fokus betul-betul, tak faham apa yang diajar, masalah internet, tiada kemudahan komputer dan sebagainya.
Jadi, saya nak share 6 tips berguna untuk pembelajaran dalam talian sepanjang PKP agar anak tidak ketinggalan dalam pelajaran.
.
.
.
1) Penyediaan tempat yang selesa dan terhindar dari gangguan.
Ruang bilik yang kondusif dan mempunyai pencahayaan yang baik sangat penting terutama untuk anak belajar.
Selalunya, anak yang punyai bilik sendiri boleh ubah suai dan sediakan satu tempat khusus untuk belajar.
Ada yang lebih suka belajar atas katil tapi bagi saya bila lama sangat bertempek atas katil ni boleh buat kita rasa mengantuk.
Betul tak?
Jadi, perlu ada tempat khas untuk belajar agar boleh fokus dan tidak terpengaruh dengan gangguan luar.
.
.
.
2) Seimbang & bijak mengurus masa belajar dan masa berehat.
Bila dekat rumah iaitu zon selesa, memang mudah sangat anak-anak untuk melengah-lengahkan masa.
Jadi, pastikan jadual waktu disusun dengan rapi mengikut keperluan anak. Kena ikut lah, jangan buat saja tapi tak ikut.
Time belajar, siapkan kerja sekolah dan habiskan tugasan yang tergendala. Jangan selalu procrastinate.
Kena seimbang masa belajar dan masa berehat. Dalam hidup ni tak boleh asyik belajar je 24/7 nanti otak tepu.
Jadual waktu pula boleh dibuat menggunakan infografik menarik dengan penggunaan warna terang biar nampak ceria.
.
.
.
3) Mempunyai kelengkapan komputer & rangkaian Internet yang laju.
Yang ini paling essential kalau nak belajar online untuk berhubung tak kira di mana jua anak berada.
Kalau di rumah selalunya ada kemudahan WIFI kan untuk tengok Netflix…
Ibu bapa perlu peka dengan persekitaran anak dan sediakan kelengkapan komputer berteknologi canggih yang mampu menampung informasi pembelajaran.
Sekarang ni orang lebih suka guna laptop sebab ringan dan mudah dibawa. Internet pun kena laju untuk elak buffering terutama ketika online class.
Nak lagi efektif, guna headphone ketika online class tak nak ada gangguan.
DO NOT DISTURB MODE.
Tidak bersedia secukupnya boleh buat anak putus angin untuk belajar sebab leceh nak kena hadap internet slow.
.
.
.
4) Segera hubungi guru melalui chat/email/panggilan jika ingin bertanya.
Malu bertanya sesat jalan. Semestinya anak-anak akan alami kesukaran untuk betul-betul faham apa yang diajarkan secara online.
Komunikasi dua hala yang agak terhad walaupun secara langsung.
Oleh itu, kalau ada soalan yang hendak ditanya, segeralah hubungi guru melalui email atau panggilan.
Terpulang kepada guru macam mana hendak dihubungi. Anak-anak kena rajin lah bertanya sebab ada masanya guru tidak balas reply chat.
Cari masa yang sesuai untuk bertanya. Ataupun boleh tanya rakan-rakan.
.
.
.
5) Penglibatan ibu bapa dalam menilai prestasi mingguan anak.
Ibu bapa perlu peka dan sentiasa perhatikan prestasi anak-anak setiap minggu.
Kalau sempat, luangkan sedikit masa dengan anak ketika mereka sedang belajar ataupun sedang menyelesaikan tugasan.
Buat penilaian tentang cara mereka belajar, macam mana mereka serap info yang diberi oleh guru.
Dari situ, ibu bapa boleh buat perubahan jika terdapat kelemahan dari segi pembelajaran.
Anak-anak akan berasa lebih bersemangat bila mereka tengok ibu bapa mereka turut sama terlibat dalam sesi belajar.
Kena prihatin agar mereka dapat menimba ilmu dengan berkesan dan masa mereka tidak disia-siakan.
.
.
.
6) Penyediaan makanan cukup nutrisi untuk kecergasan & kecerdasan anak.
Anak-anak perlukan makanan berzat yang dapat berikan tenaga untuk keperluan harian.
Bila dekat rumah, ibu bapa boleh sediakan makanan yang cukup nutrien bersama-sama snek versi sihat.
Elak beri anak makanan berproses , jajan segera dan makanan tinggi MSG. Kita nak anak punyai otak cantik dan boleh berfungsi dengan optimum.
Cara pemakanan ni sangat mempengaruhi prestasi otak. Jadi jangan ambil remeh pasal ni. Ingin tahu 4 tips untuk pastikan anak-anak makan snek sihat? Boleh cuba buat di rumah.
Klik https://neuroversiti.com/4-tips-untuk-anak-makan-snek-sihat/