7 Tips Tubuh Kekal Cergas Sepanjang Masa

Tahukah Tuan Puan,

Mee Kari Nyonya OCOC adalah mi segera masak-hidang sihat pertama di Malaysia?

Menggunakan 4 bahan utama:

  • Tepung Atta
  • Minyak Sawit Merah
  • Garam Himalaya
  • Santan

Serta,

  • Tiada Pengawet 
  • Tiada Perisa Sintetik
  • Tiada Pewarna Tiruan
  • Tiada MSG

Dijuluki dengan tagline luar biasa oleh Sinar Harian:

Sejak kerja ni susah betul lah nak jaga makan.

Exercise pun tak sempat. Hujung minggu nak rehat

Ada ramai yang memberitahu saya tentang kesukaran untuk maintain gaya hidup sihat.

Nak makan sihat, nak kekal aktif tu payah sangat dek komitmen lain.

Tak mampu nak konsisten.

Tak sempat katanya. Masa sekarang ni lagilah susah nak ‘stay in shape’ musim-musim endemik ni.

Tapi ada yang bagitahu.

Sejak minum Kombo Merah OCOC ni,

Mood sentiasa ceria. Sentiasa bertenaga. OTAK dah tak blur.

Bagi saya satu je yang paling penting.

Kalau nak elak sakit, kekalkan momentum untuk sihat.

Eh tapi kan Dr walaupun tak sakit tapi tak semestinya sihat

Iya betul.

Tapi bila kita mulai amalkan gaya hidup sihat ni dengan cara yang betul.

Secara automatik kita akan menjadi lebih sihat.

Usaha untuk sihat tu penting.

Jangan asyik berfikiran negatif. Jangan juga jadi bodoh sombong.

Saya tak exercise, tak jaga makan pun kurus je badan

Ingatlah, kesihatan ni elemen paling penting dalam hidup.

Pemicu kepada segala aspek. Sihat atau sakit. Pilih.

Islam menitikberatkan tentang penjagaan kesihatan agar dapat buat ibadah dengan cantik sempurna.

Dari segi pemakanan, amalan makan makanan ‘halalan toyibban’.

Bererti halal dan berkhasiat seharusnya diambil berat oleh kita semua.

Semakin masa berlalu, kesihatan harus diawasi kerana prestasi sistem imun semakin lama semakin menurun.

Bayangkan kalau dari muda lagi tak jaga?

Confirm hari tua merana.

Dalam hidup ini, keseimbangan itu amat penting.

Kalau makan, ingat prinsip ‘calorie in calorie out’.

Jadikan workout itu sebagai “a part of lifestyle’.

Kerja kuat otak berfikir siang malam, ambil masa untuk restkan otak, restkan mental.

Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Tuhan yang paling berharga.

Diberi tanggungjawab untuk jaga sebaiknya.

Jadi, saya ingin kongsikan 7 tips untuk pastikan tubuh kekal cergas, kekal ‘fit’ sepanjang masa.

1. Konsisten dengan merangka jadual harian.

Dalam apa jua benda yang kita buat mesti kena ada perancangan.

Dalam bisnes, boleh ke agak-agak kalau nak ‘gerak solo’?

Tanpa mengharapkan bantuan orang lain?

Segala itu ini nak buat sendiri.

Tidak. Impossible.

Dalam hidup ni manusia takkan mampu hidup sendiri.

Sebab itu wujudnya sistem bermasyarakat.

Ada do’s and don’ts dalam dunia perniagaan. Ada rules yang perlu diikuti.

Sama je macam bila kita merancang jadual harian.

Kalau takde jadual, takde plan kita akn bertindak ikut mana ingat.

Manusia ini mudah lupa.

Jangan membabi buta jika tak diri sengsara.

Betul tak?

Susuanan waktu itu amat penting sebab bila waktu dirancang dengan teliti.

Kita takkan ada masalah untuk terkejar sana sini.

Kita ikut flow jadual yang telah dibuat.

Mental fizikal pun takkan penat.

Bila dah ada jadual ni, maka kena usahakan diri untuk ikut, jangan acuh tak acuh.

Pendirian kena tetap, jangan baling-baling di atas bukit.

Bila dah ada komitmen dan disiplin diri, memang boleh ikut.

Semestinya nak biasakan diri pada awal permulaan itu sukar.

Saya tahu sebab saya ada pengalaman itu.

Nak mula sesuatu benda memang susah.

Tapi bila konsisten bina tabiat selama 90 hari, memang tak boleh tinggal workout.

Tak senang duduk kalau tak beriadah.

Practice makes progress. Aimkan ke arah memperbaiki diri.

TAHUKAH ANDA ADA 25 KEBAIKAN MINUM KOPI SEGERA?

BACA DI SINI

2. Variasikan senaman menyeronokkan.

Tak boring ke asyik buat teknik sama je masa latihan?

Jogging 24/7. Lepastu complain berat dan lemak takat tu je

Nak pastikan fizikal dan mental sentiasa cergas serta cerdas.

Sudah semestinya kita perlu masukkan rutih senaman yang berlainan.

Supaya tak boring nanti jika asyik buat workout yang sama.

Kalau buat senaman kardio, variasikan senaman supaya kita tak mudah bosan.

Contohnya berjoging, berlari, berbasikal, berenang, bermain kayak, bermain badminton dan sebagainya.

Tapi setiap orang ada preference masing-masing.

Ada yang sangat komited dalam meneruskan fitness journey.

Bagi saya, boring ni apabila kita tidak punyai focus goal.

Tak kisah untuk jangka masa pendek mahupun panjang.

Mentaliti juga kena kuat sebab nak konsisten dalam apa jua benda yang kita buat ni.

Memerlukan tahap kesabaran tinggi.

Tanamkan semangat dalam diri,

“Harini aku nak workout sehabis mungkin agar lebih progresif dari hari sebelumnya”

Dr, macam pula kalau saya ni jenis susah nak workout sendiri?

Takde orang nak push saya.

Haa kalau yang ni, boleh je ikuti mana-mana kelas senaman.

Boleh jumpa rakan baru, ada coach untuk guide. Baru tak terpesong sorang-sorang.

“GULA MANA PALING ELOK?” NAK TAHU? BACA DI SINI

3. Jangan tinggalkan sarapan pagi.

Ini saya sudah tekankan banyak kali.

Ramai yang masih skip sarapan pagi ni sebab tak sempat katanya.

Ataupun tak biasa makan pagi. Combine dengan lunch terus jimat sikit.

Breakfast ni tak perlu nak makan grand.

Makan telur rebus dengan sedikit yogurt sudah memadai.

Saya ada share banyak resepi saya yang saya selalu makan dekat rumah.

Rajinkan diri scroll di page Facebook.

Penting sangat brekafast ni sebab ia akan bekalkan sumber tenaga.

Untuk badan memulakan hari yang penuh mencabar dan berliku.

Makanan yang diambil tu akan jadi bahan bakar untuk badan.

Membekalkan tenaga tu supaya kita tak mudah letih ketika bekerja.

Otak pun tak mudah tepu.

Breakfast ni akan picukan metabolisma, memberi signal untuk badan bakar kalori.

Masa makan tu, kita sebenarnya ‘beri isyarat’ pada tubuh kita.

Yang akan ada lebih banyak lagi kalori yang akan masuk pada hari itu.

Kalau tak makan, tubuh kita akan ‘terima mesej’.

Yang ia perlu ‘simpan’ kalori berbanding ‘bakar’ kalori yang akan diambil selepas tu.

Haa belajar sesuatu tak?

Sebab tu kajian mendapati breakfast ni bantu turunkan berat tau!

PERNAH TAK TERFIKIR KENAPA MUDAH MARAH KETIKA LAPAR?

BACA DI SINI

4. Dapatkan tidur yang mencukupi.

Orang yang tidur kurang dari 8 jam mengambil masa 14% lebih lama untuk siapkan tugasan.

Lebih buruk lagi mereka lakukan 20% kesalahan dalam tugasan berbanding mereka yang cukup tidur

Tidur cukup penting. Bukan sekadar tutup mata. Tidur untuk kesembuhan.

Apabila tidur kurang dari enam jam kadar kelembapan siapkan kerja naik 3 kali ganda.

Begitu juga dengan kesalahan.

Kajian ini dimuat dalam jurnal saintifik Lancet.

Perlu ambil berat sebab rakyat Malaysia rata ratanya tidur kurang dari 6 jam sehari.

Tidur tak cukup ni juga boleh sabotaj misi untuk sesiap yang nak kurus.

Kena tahu beberapa risiko yang mungkin datang menyinggah jika selalu kurang tidur antaranya;

  1. Serangan jantung
  2. Kencing manis
  3. Darah tinggi
  4. Serangan strok
  5. Susah nak fokus
  6. Kemurungan
  7. Kegelisahan

Pentingnya dapatkan tidur bukan sahaja cukup tapi juga berkualiti.

Tidur cukup ni akan kurangkan ‘beban’ ke atas jantung kita.

Ini kerana tekanan darah dan kadar degupan menurun ketika waktu malam.

Berbalik kepada yang tak tidur cukup ATAU terlebih tidur pula, risiko untuk kena ‘hiperlipidemia’ cukup tinggi.

Hiperlipidemia iaitu keadaan di mana,

Kadar kolesterol dalam darah ni berada dalam keadaan tinggi.

Sebab tu ada kes di mana seseorang itu tiba-tiba rebah dek serangan mengejut.

“NI SEMUA DIET PUNYA PASAL!” IKUTI KISAH KAK JIE BACA DI SINI

5. Dapatkan rehat yang mencukupi.

Hidup manusia ni merangkumi bangun pagi, melakukan tugasan yang perlu disiapkan.

Dan waktu malam pula waktu ideal untuk ‘rest’.

Kenapa kita kena dapatkan rehat yang cukup?

Pernah terfikir tak?

Setelah seharian suntuk kita menggembleng tenaga mencari sesuap nasi.

Badan mesti kepenatan dan tegang. Jadi, kita kena rehat untuk legakan tekanan.

Rehat dapat mengaktifkan kembali fungsi otak yang telah menjadi ‘tepu’.

Rehat juga penting agar fungsi biokimia dalam badan kita dapat dipulihkan setelah seharian suntuk guna tenaga.

Ada lah yang tanya saya;

Dr, saya ni jenis berjaga malam.

Memang sejak belajar lagi macam ni.

Saya memang selalu tidur lambat…4-5 pagi walaupun saya kerja keesokan harinya

Bagi mereka yang kerap sangat jadi ‘burung hantu’ tu perlu ingat.

Kemerosotan ‘white matter’ pada otak ni boleh akibatkan sesorang itu mudah lupa.

Susah nak fokus, dan jadi bengap.

Bila tak tidur malam ni, mudah juga untuk ‘berasa’ lapar.

Rentak kaki automatik ke dapur, cari peti sejuk atau kabinet yang menyimpan snek atau jajan.

Mana taknya berat tak naik.

Ni semua sebab gangguan pada metabolisma serta perubahan hormon insulin dan kortisol (hormon stres).

Kesannya, badan ‘craving’ nak makan benda berkarbohidrat dan bergula.

KENAPA KENA MAKAN BATANG SADERI? BACA DI SINI

6. Catat perkembangan senaman.

Senaman ni perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada hidup kita.

Lifestyle sekarang jika nak dibandingkan dengan dulu amat berbeza.

Nenek! Dah-dahlah tu duk angkat pasu bunga tuu..nanti sakit belakang

Orang dulu-dulu sangat aktif.

Tak boleh duduk diam.

Kalau tengok atuk nenek mesti ada je kerja yang mereka nak buat.

Kemas rumah, siram pokok, basuh baju, pergi pasar, sawah padi.

Apa 1001 kebaikan bersenam ni? Banyak.

Bersenam bantu kuatkan otot jantung dan paru-paru.

Tingkatkan daya tahan badan. Bantu tidur lebih lena.

Kuatkan otot-otot dan tulang bagi memudahkan mobiliti.

Baiki peredaran darah. Maintain berat badan ideal. Tingkatkan keyakinan diri.

Bila kita bersenam juga, amat penting untuk kita ‘keep track of’ kita punya aktiviti.

Tak kisah walaupun aktiviti simple.

Macam kalau nak diet, mesti kita akan pantau kemasukan kalori dalam badan kan?

Contohnya aktiviti brisk walking.

Mesti kita akan set target pagi ni nak berjalan berapa ribu steps.

Mulakan dengan 5000 steps dan selepas tu kita naikkan lagi bergantung kepada kemampuan.

Kalau yang suka berlari, mulakan dulu dengan 5K setiap minggu.

Lepastu slow-slow naikkan kilometer; 10K, 12K, 15K….

Kita boleh pantau dan rekod berat badan contohnya seminggu sekali.

Bila kita tahu progress senaman yang kita buat dari hari ke hari.

Kita akan bentuk disiplin diri serta lebih bersemangat untuk kekalkan momentum.

PISTACHIO BOLEH TURUNKAN BERAT? BACA DI SINI

7. Cari rakan yang ada tujuan sama.

Bertahun-tahun simpan azam nak turunkan berat untuk yang terlebih berat tu.

Saya dah kerap juga dengar tentang ‘misi kurus menjelang tahun baru’.

Yang BMI overweight atau obese tu kena berpada-pada.

Yang BMI normal pun sama. Kena sentiasa jaga.

Jadi nak tanya…lagi 2 bulan lebih sebelum tahun 2022….

Sudah jadi kenyataan ke ataupun sekadar angan-angan?

Kalau berjaya, tahniah saya ucapkan. Kalau yang belum sila istiqamah.

Saya yakin ramai yang alami masalah kurang keyakinan diri berkaitan berat badan.

Sebab itu pentingnya sokongan daripada keluarga atau rakan anda.

Bila rasa diri ni tak mampu nak maintain.

Cuba dapatkan nasihat daripada rakan taulan.

Cari seseorang untuk dijadikan model rujukan.

Mungkin ada di antara sahabat anda yang bekerja seperti dietitian atau nutritionist.

Maklumkan kepada mereka tentang niat dan hasrat untuk amalkan gaya hidup sihat.

Boleh ajak mereka sekali join.

Dah 2021 ni, jangan duk ‘peram’ azam nak hidup sihat.

Kali ini kita kasi jadilah!

EH? DURIAN NI ELOK KE? BACA DI SINI

.

.

.

P/S:

Ingin dapatkan produk sihat OCOC?

Minuman Dark Chocolate, Gula Kelapa, Madu Uzbekistan, Granola Bar dan banyak lagi?

Bebas bahan kimia, perasa dan pewarna tiruan?

Semestinya 100% organik di KLIK DI SINI

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top