“Any tips to cure extreme sadness Dr?”
Soalan K memecah kesunyian.
Dengan nada dan ton sedikit pilu.
Suaranya macam baru lepas menangis pun ada.
Tanpa salam.
Tak apa. Aku faham. Sebab berlainan agama.
Soft-spoken orangnya.
Gemar bertanyakan soalan. Betul betul nak belajar.
Berumur awal 30an. Bekas penghidap GAD.
Spesifik sikit, Generalized Anxiety Disorders.
Anxiety ada banyak kategori. GAD salah satunya.
K kerap berasa cemas. Gelisah dalam pelbagai situasi.
Adakalanya tidak sampai dek akal.
Orang panggil, gelisah tak bertempat.
Ada ketika K mampu kawal. Ada ketika dia tidak berdaya.
Bukan saja saja buat macam itu.
Tapi refleks diri yang membelenggu diri.
Seorang yang bijak. Bekerja dalam bidang finance.
Pekerjaan long hours. Perlukan pemikiran tangkas.
Hidupnya adalah impian semua orang.
Gaji belasan ribu ringgit. Ada kereta dan rumah sendiri.
Bak kata. Lebih daripada cukup lah.
Namun K memberitahuku bahawa dia tidak bahagia.
Tidak punya ramai kawan. Kerana dianggap attention seeker.
K merasakan dirinya semakin lemas.
Sering berfikir malapetaka akan terjadi di mana-mana.
Takut cuba benda baru. Kerap berasa ketinggalan. Berasa bodoh.
Bab kena present. Sejuk satu badan.
Pelbagai alasan diberi.
Kerap minta tolong partner untuk present bagi pihaknya.
Kerap ambil annual leave. Ambil MC.
Sampai satu tahap kena sound dengan bos. Dikasi warning.
“You’re an exceptional employee but if you keep on doing this”
“You may resign”
Keadaan diri banyak menyekat peluang K untuk pergi lebih jauh.
Ayat tersebut menghantui ruang minda K.
Kian berlegar tanpa arah.
K hidup berlari berlandaskan ketakutan.
Bagai kucing dibawakan lidi.
Sedar dirinya tak ubah seperti pengecut.
Tanpa pasang biji mata memandang.
Air mata K jatuh berderai.
K tidak ingin orang lain tahu akan keadaannya. Bahkan keluarga sendiri.
Mungkin kerana ego. Atau mungkin juga kerana malu.
Takut dilabel orang sekeliling lemah.
Namun tiada siapa yang tahu.
Jiwanya menggelupur terseksa.
Ingin lepaskan diri namun mentalnya diikat.
Begitu kemas talinya.
Bagai jawi dikurung siang.
Gelisah peneman setia. Sedih santapan utama.
Pil penenang bagaikan juadah harian.
Sekali telan berbiji-biji.
Ketagihnya macam ambil Tic Tac.
Nafasnya turun naik pendek. Detak jantungnya laju.
K hidup dalam serba ketakutaan.
Jiwanya sentiasa meraung. Minta diselamatkan.
Diri ibarat pembawa nasib malang. Memakan diri sendiri.
K sedar. Dia perlu mencari pertolongan.
Faham bukan dunia yang perlu berubah. Diri sendiri yang perlu bertindak.
Kini zaman gelapnya sudahpun berlalu.
K yang dulu bukanlah K yang sekarang.
Hidupnya berubah drastik. 361 darjah.
Kini K memilih untuk face the reality. Lawan rasa gementarnya.
Sukar pada mulanya.
Banyak langgar dinding. Terhantuk sana sini.
Namun,
Lebam dan luka kian sembuh berkat ilmu yang dipelajari dalam kelas online.
K perlahan lahan berubah.
Pertama kali merasakan manisnya hidup.
Dulu jarang senyum.
Sekarang, jelas kelihatan putih bersih barisan giginya.
K telah berjaya dinaikkan pangkat.
K berhenti ambil pil penenang.
Refer psychologist untuk weekly consultation.
Menolak untuk diberikan ubat.
K yakin dia mampu atasi penyakitnya itu.
Guna teknik neural conditioning. Menjadi.
K suka membaca karya yang kutulis apabila berpeluang.
Salah satunya tentang tips lawan kesedihan melampau BACA DI SINI
Jawapan yang memenuhi pertanyaan K mula mula tadi.
Selain Tamil. K fasih berbahasa Melayu.
Mungkin kerana circle di tempat kerja ada yang berbangsa Melayu.
Ada antara mereka yang perkenalkan tentang kepakaranku dalam mengkaji tentang OTAK.
Walaupun bukan beragama Islam.
K amat tertarik dengan satu tips yang kukongsi.
Iaitu melawan perasaan negatif ikut cara Rasulullah SAW.
K ubahsuai selaras dengan agamanya dari segi solat.
K beragama Hindu. Namun, tidak pernah menganutinya.
Sedar dirinya tidak alim atau warak.
Bab makan. Keluarganya pengamal vegetarian.
K makan saja daging lembu.
Tradisinya menganggap lembu sebagai makhluk suci.
Kini, K luangkan lebih banyak masa berdoa di kuil pada hujung mingu.
Katanya dia berasa lebih tenang selepas sesi meluah.
Jika stres dengan kerja. K keluar hirup udara segar & melihat dedaun hijau.
Lebihkan me time. Bahagiakan diri sendiri terlebih dahulu.
K ambil serius dengan meditasi.
Join kelas yoga. Mula aktif bersosial dengan kenalan baru.
K dulu gemar merokok dan minum. Kini tidak lagi.
K mulai jaga pemakanan. Beralih pada yang organik dan sihat.
K amalkan Coco OCOC.
Silih beganti dengan Vegan OCOC.
Yang penting dua dua sedap dan bernutrisi tinggi katanya.
Moodnya bertukar lebih baik.
K berasa bertenaga dan tak lemau lagi.
Salah seorang repeat customers yang setia.
Aku terharu mendengarnya.
Bila dapat bantu mereka yang memerlukan.
K yang dulunya gemar mengasingkan diri daripada keluarganya.
Kini lebih banyak luangkan masa bersama.
Cuba untuk buka hatinya sedikit demi sedikit.
K ingin jadi normal macam orang lain.
Akhirnya K berjaya.
Tahniah kuucapkan buatnya.
Setiap orang berbeza perjuangan hidupnya.
Namun ingat,
Kekuatan mental seseorang itu bergantung pada keinginan untuk berubah.
Bila berjaya bab ni. Mudah saja perjalanan menyusurinya
Belajar sesuatu?
#DrRizal