5 Tips Atasi Kesedihan Melampau

Behind every sweet smile.

There is a bitter sadness that no one can ever see or feel.

(Filem Joker, 2019)

Seorang insan yang pada mulanya baik akhirnya bertukar menjadi jahat.

Itulah yang dihadapi oleh watak Joker.

Ada yang tengok? 

Kehidupannya bagai satu penyeksaan yang begitu menyakitkan.

Kerana diselubungi perasaan sehingga akhirnya meratah diri.

Kekecewaan, keresahan, kegusaran, kesedihan.

Kegelisahan, kemurungan, serangan panik.

Tipulah kan kalau ada yang cakap.

Mereka tak pernah alami satu ataupun dua daripada ni.

Saya pun pernah alaminya.

Itulah lumrah kehidupan sebagai manusia di muka bumi Allah SWT.

Kita semua tidak boleh lari daripada semua perasaan sebegini.

Betul tak?

Ada sedih tu sampai mempengaruhi kesihatan mental fizikal.

Menyimpan dendam kesumat sehingga memakan diri.

Jangan dibiarkan begitu.

Ingatlah hidup berdendam itu adalah cara hidup yang tidak bahagia.

Perjalanan kehidupan kita sebagai hambaNya.

Sudah tentu penuh dengan onak ranjau berduri.

Menusuk setiap ceruk-ceruk dan setiap langkah.

Sesetengah goresan parutnya meninggalkan bekas yang sukar dihilangkan.

Perasaan sedih ni boleh dikatakan akan hampiri kita sekali sekala.

Kadang-kadang sampai berhari-hari.

Belum lagi apabila terjadinya kesedihan melampau.

Sampai bertahun-tahun merana, struggle untuk teruskan hidup.

Inilah realiti zaman sekarang yang penuh mencabar.

Mungkin kita ada segalanya.

Namun hidup tidak tenang. Tidak bahagia.

Kesannya.

Kita jadi tak berdaya, lemah secara mental dan fizikal serta putus asa.

Sekali gus mengasingkan diri daripada tatapan orang lain.

Dengan mengurung diri.

Contohnya apabila kehilangan atau kematian orang tersayang.

Ditipu orang yang dipercayai, konflik dan kegagalan.

Saya amalkan minuman OCOC.

Sejak minum Kombo Merah OCOC ni,

Mood sentiasa ceria. Sentiasa bertenaga. 

Kurang dah berfikir negatif. OTAK ada improvement.

KLIK SINI untuk info lanjut.

Macam mana ya kita nak atasi kesedihan melampau ni?

Kita perlukan ilmu. Khususnya ilmu berkaitan otak.

Perasan kita juga dipengaruhi dengan apa yang kita masukkan dalam minda dan badan.

Ingin tahu apa itu OTAK 2.0? KLIK SINI

Jangan dibiarkan melarat sehingga beri dampak pada diri sendiri.

1. Melawan kesedihan mengikut cara Nabi Muhammad SAW.

Wajarlah jika ada hari-hari di mana kita berasa sedih.

Tapi janganlah sampai melarat-larat.

Contoh, kalau putus dengan kekasih. Mahu satu dunia tahu.

Hilang selera makan, tak boleh tidur.

Kepala berdenyut sampai kena makan pil.

Kadang-kadang tak kuat, rasa letih, nak mengalah dalam semuanya sebab apa?

Sebab penat mental.

Cara untuk atasi adalah kita boleh contohi amalan yang dilakukan oleh Nabi iaitu;

  • Solat untuk ketenangan jiwa raga
  • Keluar hirup udara segar & melihat dedaunan hijau
  • Bermeditasi dengan mendengar deruan air mengalir
  • Melihat wajah-wajah yang menceriakan
  • Membaca al-Quran

Pakar otak juga sarankan beberapa makanan yang boleh hadirkan rasa bahagia.

Dark chocolate (70% ke atas). Telur. Keju. Nanas. Tauhu. Kekacang. Ayam Belanda.

WALNUT ADALAH SALAH SATU SUPERNUTS! BACA DI SINI

Kita kena ingat,

Kegagalan, kejatuhan dan kekecewaan yang berlaku dalam hidup ini.

Sebenarnya mengajar kita tentang apa ertinya kehidupan.

Macam masa sekolah dulu, kita pergi untuk belajar bukan?

Guru ajar dan didik kita.

Kita diberi kuiz dan ujian peperiksaan.

Sama saja dengan kehidupan.

Hari-hari yang dilalui adanya rintangan.

Adanya ujian yang mengajar kita apa yang perlu kita buat.

Apa yang kita boleh ubah, yang kita perlu perbaiki.

Jika kita berasa lemas.

Jangan segan silu meminta pertolongan.

Kita tidak akan dianggap lemah. Atau pengecut.

Kita ingin menyelamatkan jiwa kita. Mental dan emosi.

Jangan jadikan ego sebagai alasan untuk lumpuhkan jiwa raga kita.

Jangan give up sewenang-wenangnya.

Sebagai Muslim, yakinlah dengan perancanganNya.

BADAM JUGA SAMA DENGAN WALNUT. APA KHASIATNYA? BACA DI SINI

2. Berlembut dengan diri dengan mengakui bahawa diri sedang bersedih.

Tidak salah jika kita sendiri akui bahawa kita sedang berada dalam fasa bersedih.

Namun biarlah berpada-pada, jangan sampai dilabel sebagai ‘attention seeker’.

Mungkin ini salah satu sebab.

Mengapa ramai yang tidak ingin orang lain tahu akan keadaan mental mereka.

Yang menghidap masalah depression. Anxiety. Panic attack.

Kerana tanggapan masyarakat sekeliling.

Haa tak ingat Tuhan lah tu!

Jarang solat sebab tu tak bahagia.

Setiap benda ada hadnya.

Kebanyakan daripada kita lebih memilih.

Untuk memalsukan senyuman dan berpura-pura kuat depan orang lain.

Sekali lagi, jika perkara itu tidak mendatangkan keburukan buat mental kita.

Tiada masalah nak diamkan diri.

Tapi!

Jika akhirnya terpaksa ulang-alik hampir setiap bulan ke hospital.

Terpaksa konsumi pil. itu lebih teruk.

Dalam memerangi kesedihan.

Akan ada yang mampu hadapi tetapi ada juga yang akhirnya akan tewas.

Semakin lama dipendam semakin terbentuknya bom jangka waktu.

Yang bila-bila boleh meletup dan ‘mencederakan’ bukan sahaja diri sendiri.

Tapi juga orang lain turut terkena tempias.

Saya ada satu pesanan khas untuk kita semua;

Kulit ini bukan kertas untuk dihiris cincang,

Tengkuk ini bukan kot untuk digantung hampar,

Hati ini bukan gelas untuk dipecah-pecahkan,

Hidup ini bukan tayangan filem untuk ditamatkan.

TAHU TAK BEETROOT NI BAGUS UNTUK BAKAR LEMAK PERUT?

BACA DI SINI

3. Beri masa untuk renungkan kembali punca berlakunya kesedihan.

Waktu yang lepas tidak boleh diundur kembali.

Tapi kita boleh throwback dengan merenungkan kembali apa yang membuatkan kita sedih.

Perlu ke buat macam ni? Buat sakit hati je ingat balik.

Ya.

Sangat penting supaya hidup kita nanti dimulai.

Diisi dan diakhiri dengan perkara paling terbaik.

Sehingga terbukanya harapan untuk masa depan yang lebih cerah dan positif.

Kita diberi pilihan untuk terus bergelumang dalam kancah kesedihan.

Ataupun cuba yang terbaik untuk ubah dengan bersikap optimistik.

Dengan berbuat sedemikian, akan dapat memupuk rasa bersyukur dalam hidup.

Merenung masa lalu bukan untuk kita meratapi.

Tetapi untuk kita belajar dari kesilapan.

Kesilapan masa silam itulah yang membentuk susun alur pengalaman hidup kita.

Jangan mulakan hari baru dengan mengingat kesedihan kelmarin dulu.

Setiap hari adalah hari yang baru, permulaan baru.

Sedih, sedih juga tapi hanya untuk sementara waktu.

Move on dan live your life to the fullest.

NAK KEMPISKAN PERUT SECEPAT MUNGKIN? CUBA PETUA NI

4. Luahkan kepada orang yang dipercayai & elak berfikir bukan-bukan.

Sindrom sedih memanjang memikirkan tentang masalah masa depan.

Mahupun masa lalu ni sangat tidak produktif.

Ramai yang bertindak menyalahkan diri sendiri sampai bila-bila.

Sehingga orang lain turut sama terkena tempias.

Bawa sekali aura negatif sehingga merosakkan suasana.

Yang buruk semua diri sendiri.

Tiadanya keyakinan dalam diri, putus asa dengan ujian bertubi-tubi.

Dan berasa yang diri ini tidak berhak untuk hidup bahagia macam orang lain.

Betul tak?

Jangan simpan semua masalah dan biarkan diri kita tanggung segala keperitan tu.

Sebaiknya luahkan kepada orang yang kita percaya.

Jangan fikir yang mereka akan serabut atau menyampah dengan kita.

Jangan fokus kepada masalah itu saja.

24/7 duk ulang pasal tu je dalam kepala.

Kena fikirkan cara macam mana nak move on dan lupakan masalah itu.

Jangan biar ia bersarang dalam fikiran.

Bila berkawan ni pula carilah sahabat.

Yang bila melihatnya akan ingatkan kita kepadaNya.

Sahabat yang tahu buruk kita tapi tetap terima kita.

Sahabat yang sentiasa menyokong.

Saya ada terima soalan tentang mereka yang alami masalah perasaan.

Apabila dianiaya oleh rakan baik sendiri.

Rakan yang kita percaya tetapi rupanya ditikamnya dari belakang.

Seeloknya jauhkan diri daripada mereka yang bersifat talam dua muka ni.

SEMBELIT? SUKAR MEMBUANG? CUBA JUS NI

5. Hindari perkara menyedihkan melalui aktiviti menyeronokkan.

Bila kesedihan dah kekecewaan melampau datang menyapa.

Salah satu perkara terbaik boleh dibuat adalah.

Menyibukkan diri dengan aktiviti menyeronokkan.

Tapi!

Jangan pula sibukkan diri dengan benda tidak baik.

Dan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada diri sendiri.

Semoga dijauhkan dengan benda berbaur alkohol.

Merokok, makan makanan tidak sihat, berkurung, self-harm.

Semua itu hanya kesenangan dan solusi sementara namun padahnya paling buruk.

Apa contoh aktiviti yang confirm boleh bantu elakkan minda berfikir bukan-bukan?

Senaman, meditasi, yoga, baking, melukis, beriadah dengan keluarga, berbasikal, mengurut.

Hidup ini terlalu singkat untuk kita terus berfikiran negatif.

Jangan singkatkan lagi dengan fokus kepada perkara yang mengundang kesedihan.

Tumpukan perhatian kepada benda yang baik.

Yang tidak baik jadikan pengajaran.

PERUT KEMBUNG BERGAS? CUBA MAKANAN NI

Konklusinya,

Nak bersedih boleh saja.

Tiada masalah tetapi jangan biarkan memanjang sehingga menggangu kehidupan kita.

Emosi, fizikal dan mental.

Saya akui bukan senang untuk kita menghadapi cabaran dalam hidup.

Setiap orang lain-lain ujiannya.

Sebagai khalifah di muka bumi ini.

Jangan pernah menyerah selagi ada kudrat untuk berusaha.

Tiada apa yang mustahil melainkan diri sendiri berhenti mencuba.

Jangan buang waktu kita dengan kebencian, penyesalan, kemarahan dan kekhawatiran.

Jadilah orang yang berusaha untuk mendapat redha dunia dan akhirat.

Semoga bermanfaat!

.

.

.

P/S:

Tuan Puan dah dapatkan buku Sihat Alami keluaran terbaru?

Sekarang tengah promo HARGA PRE-ORDER.

R̶M̶7̶9̶ RM49 sahaja!

Jom pre-order sekarang: KLIK DI SINI

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top