Apa 9 Kebaikan Aloe Vera Yang Anda Perlu Tahu?

Dekat rumah kena ada dia ni.

Sebab padat dengan khasiat untuk manusia.

Aloe vera amat tinggi kandungan antioksidan.

Bagus sangat untuk lawan radikal bebas.

Turunkan oxidative stress.

Oxidative tinggi dalam tubuh boleh tingkatkan risiko penyakit 3 serangkai.

Punca utama kematian awal.

Biasa orang buat jadi jus, gel atau mask.

Aloe vera juga tinggi:

  • Vitamin C
  • Vitamin A
  • Vitamin E
  • Beta-carotene
  • Folic acid
  • Kalsium
  • Magnesium

Nutrisi cukup lengkap untuk kesihatan tubuh.

Ada enzim Bradykinase – enzim bantu kurangkan keradangan terutama pada kulit.

Kalau kulit kering dan menggelupas.

Boleh sapukan aloe vera untuk lembapkan.

Ada 2 hormon antiradang penting – Auxin dan Gibberellins. Hormon ni bantu penyembuhan luka.

Manakala enzim lain seperti:

  • aliiase
  • catalase
  • carboxypeptidase
  • lipase
  • cellulase

Bantu pemecahan lemak dan gula.

Aloe vera juga bersifat julap semula jadi (laxative).

Sesuai untuk sembelit.

Ada 12 anthraquinones iaitu emodin dan aloin. 

Dua ni bersifat anti-viral, anti-bakterial dan analgesik.

Tapi! Pastikan ambil secara sederhana.

Bukan apa. Takut nanti cirit birit.

Kalau stail saya, saya buat jus aloe ni 2 minggu sekali.

Atau seminggu sekali kalau ada masa.

Nak buat jus mudah saja. Cabut 2 tangkai aloe vera.

1) Potong sepanjang jari telunjuk.

2) Biarkan getah kuning keluar.

3) Basuh dan keluarkan isi dari kulit.

4) Masukkan isi ke dalam blender.

5) Masukkan air hingga tenggelam isi aloe vera.

6) Masukkan perahan lemon dan 1 sudu madu.

7) Blend sekitar 45 saat.

Bolehlah cuba di rumah.

 

ARTIKEL TERKINI

âš¡ 7 MANFAAT KACANG PANJANG CINA UNTUK KESIHATAN

âš¡ 7 KEBAIKAN MAKAN LABU KUNING (PELINDUNG SEL IMUN)

⚡ 6 MANFAAT GRAPEFRUIT (LIMAU GEDANG) DI BALIK PAHIT KULIT 

Anda Juga Mungkin Berminat

Dijuluki Sebagai ‘Ratu Sayur’ – Ini 9 Khasiat Kale

31 Makanan Bantu Tingkatkan Sel Darah Merah

Hari Lupus Sedunia – 10 Mei 2024

Berat Badan Berlebihan Dan Risiko Kanser

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

Scroll to Top