10 Khasiat Luar Biasa Quinoa (Mother of All Grains)

Quinoa, disebut ‘keen-wah’ atau ‘ke-no-ah’.

Dijuluki gelaran Mother of All Grains.

Jalur keturunan dari bijirin purba bebas GMO.

Lain macam sikit nutrisi quinoa ni kalau nak banding dengan bijirin lain.

Kajian di jurnal Nutritional Benefits of Quinoa tahun 2020 beritahu,

Quinoa sumber tinggi lysine dan niacin

Lysine penting untuk tubuh serap kalsium.

Cegah risiko osteoporosis – tulang rapuh. Risiko cedera tinggi.

Lysine juga penting untuk penghasilan kolagen.

Niacin bantu aliran darah lancar.

Juga bantu cegah inflammation. Antara punca utama penyakit

Bab kulit tak payah cakap banyak.

Quinoa ada tyrosinase – enzim bantu kurangkan pigmentasi.

Serta tinggi antioksidan cegah masalah kulit.

Termasuk garis halus, kulit kusam, jerawat dan kulit kering.

Power tak power quinoa.

Quinoa tinggi fiber, protein, healthy fats, mineral, vitamin

Serta punyai amino asid yang seimbang

Terutamanya amino asid trytophan.

Juga ada dalam dark chocolate 70% dan keatas.

Trytophan ni tak banyak dalam bijirin lain.

Quinoa sumber complete protein.

Cukup lengkap 9 amino asid yang tubuh perlukan.

Paling power bab quinoa ialah ia gluten-free.

Sangat disarankan bagi penghidap Celiac dan gluten intolerant

Apa lagi sumber gluten-free?

Jagung

Chickpeas

Buckwheat

Pisang

Pear

Epal

Berries

Lada benggala

Cendawan

BACA 5 FAKTA MENGEJUTKAN KACANG KUDA (CHICKPEAS)

Bab OTAK pun quinoa suka benar.

Kajian di Journal of Functional Foods (2022) dapati,

Quinoa tinggi anti oksida, fiber, amino acid dan protein.

Paling penting, quinoa sumber tinggi iron.

Mampu bantu baiki pembuluh darah. Lancarkan aliran darah dalam OTAK

Quinoa juga tinggi sumber potassium.

Penting untuk pastikan komunikasi antara saraf tak lagging.

Elak OTAK jadi lembab. Loading.

Bila mesej lambat sampai, mulut pun aaa…aaa…

Quinoa sangat disenangi jantung dan hati.

Bantu organ hati untuk ekstrak keluar kolesterol dari dalam darah.

Quinoa juga kaya oleic acid.

Oleic acid ni kategori MUFAs – lemak paling sihat.

BACA 4 MAKANAN BERKOLESTEROL TINGGI KENA ELAK

Quinoa juga tinggi sumber riboflavin.

RIboflavin sangat penting untuk sel OTAK dan sel otot.

Kalau ada diabetes, quinoa alternatif terbaik.

Ia dicerna perlahan. Tak sebabkan kenaikan paras gula.

Kalau bab kurus, quinoa boleh bantu.

Sebab tinggi fiber dan protein. Perut lebih cepat kenyang.

Kandungan fiber dalam quinoa 2x ganda lebih banyak berbanding bijirin lain

Quinoa tingkatkan metabolisma tubuh.

Sebut bab kanser, quinoa bersifat cancer-fighting food.

Kajian di jurnal Food Bioscience tahun 2023 beritahu,

Quinoa bertindakbalas dengan sel colorectal cancer melalui cell apoptosis

Kematian sel kanser telah diprogramkan secara automatik.

Hebat bukan?

Anda Juga Mungkin Berminat

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Punca Gastrik Sebenar Ramai Tak Sedar: Bukan Sebab Asid Berlebihan, Tapi Ini Yang Berlaku Dalam Perut

Puasa & Awet Muda: Rahsia Perlahan Penuaan Dan Panjangkan Umur Yang Ramai Tak Sedar

Bersahur & Berpuasa Dengan Celtic Salt: Rahsia Kekal Bertenaga, Kurang Dahaga & Tak Lemah Sepanjang Ramadan

Paras Normal Gula Darah Semasa Puasa: Berapa Bacaan Sebenar Yang Dianggap Sihat?

Scroll to Top