Resepi Biskut Cracker Sihat Guna 3 Superfood Ini!

Teringin nak makan biskut cracker?

Tapi nak makan versi shirt?

Ini resepi cracker tersihat Tuan Puan boleh buat di rumah.

Guna 3 superfood iaitu flaxseeds, EVOO dan Celtic salt

Flaxseeds makanan ‘anti-inflammatory’.

Bagus untuk lindungi kesihatan jantung dan OTAK.

EVOO tak usah ulas banyak.

Ada antioksidan ‘polyphenols’ paling tinggi.

Celtic salt ialah ‘raja segala mineral’.

BACA NUTRISI PENUH:

SUPERFOOD #1: FLAXSEEDS

SUPERFOOD #2: EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

SUPERFOOD #3: CELTIC SEA SALT

Baru meriah pesta nutrisi dalam tubuh.

Tak perlu beli cracker segera tinggi pengawet, sodium dan gula tambahan.

Sesuai dicicah dengan minuman dark chocolate, kopi atau teh.

Bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung semolina
  • 1 1/2 cawan tepung bijirin penuh
  • 1 sudu teh Celtic salt
  • 1/3 cawan EVOO
  • 1/3 cawan flaxseeds
  • 1 cawan air suam

1. Gaul semua bahan kering sehingga sebati.

2. Masukkan EVOO dan air suam. Gaul sampai jadi doh.

3. Leperkan doh dan potong ikut bentuk macam gambar ini.

4. Tabur sedikit garam buat ghase ghase.

5. Bakar selama 10 minit (lebih/kurang bergantung pada ketebalan doh).

 

Resepi ni akan dapat dalam 60 keping.

Nak add on bahan lain seperti kuaci, walnut, badam pun boleh.

Cubalah!

Tak menyesal punya.

Anda Juga Mungkin Berminat

Adakah Gemuk Sebab Genetik?

Perbezaan Aktiviti Fizikal Dengan Senaman

Jangan Tahan Bersin Kerana 6 Bahaya Menanti!

Perubahan Warna Pada Kuku Tanda Risiko Kesihatan

Lelaki Lebih Berisiko Tinggi ‘Pergi’ Akibat Kanser?

6 Kelebihan Ikan Sardin Untuk Kesihatan Anda!

Scroll to Top
0