Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Cacar Monyet?

Derita lebam lepuh bernanah…risaunya!😨

Sekarang ni kes terbaru berkaitan penularan cacar monyet.

Atau monkeypox makin menjadi-jadi dan mulai mengglobal.

Walaupun masih tiada kes dikesan.

Tapi Malaysia negara berisiko tinggi kerana jumlah pelancong memasuki negara meningkat.

Virus cacar monyet tergolong dalam keluarga virus cacar (smallpox) & cacar lembu (cowpox).

Tapi tiada kaitan dengan cacar air.

 

 

Tanda-tanda awal cacar monyet ialah:

Demam, sakit kepala, sakit otot & belakang, kurang bertenaga.

Tanda cacar monyet paling ketara:

Kelenjar limfa dekat bahagian jawline bengkak.

Bila dah makin jelas, kulit mula timbul ruam pada muka, tapak tangan & tapak kaki. 

Diikuti lebam bertukar lepuh.

Lepuh makin lama makin bernanah & bertukar jadi kerak.

 

 

Apa komplikasi dijangkiti cacar monyet?

Dalam kes kronik, kulit terkopek dalam kepingan besar.

Juga terjadi radang paru-paru. 

Penghidap sukar bernafas disebabkan salur udara menyempit.

Radang tisu otak mengakibatkan sepsis – 

Iaitu sistem ketahanan tubuh bagi reaksi ekstrem.

Menyebabkan kerosakan pada organ & tisu tubuh.

Selain jangkitan pada kornea mata punca hilang penglihatan.

 

 

Jadi, nak elak jangkitan sebegini,

Kena sentiasa jaga kebersihan diri.

Banyakkan sumber makanan tinggi anti-viral:

Kajian di jurnal Food Science & Nutrition (2023) dapati,

Makanan bertapai mengandungi probiotik.

Seperti kimchi, yogurt, kefir bantu cegah pengumpulan virus dalam tubuh.

Selain herba seperti holy basil, oregano, fennel, peppermint, aloe vera.

Rempah iaitu bawang putih, bunga lawang, halia, kunyit,

Jintan hitam, kulit kayu manis, akar likoris, lada hitam, daun moringa.

Sumber anti-viral lain iaitu:

Cendawan, buah sitrus, madu, anggur, dark chocolate, minyak kelapa, minyak zaitun.

Boleh amal?

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top