Adakah Warna Mempengaruhi Personaliti Dan Cara Otak Berfikir?

Adakah warna beri pengaruh personaliti?

Dan pada cara OTAK berfikir?

Memilih warna bikin pusing.

Butik pakaian ibarat kulat tumbuh selepas hujan.

Ada harga mesra rakyat. Ada pula harga raja dewa.

Nak pakai untuk sambut hari hari penting.

Satu family pakai baju sedondon. Kena ada tema.

Lelaki macam biasa, ikut isteri.

Yang bujang, malam raya baru kalut mencari.

Maklumlah single. Jangan sedih sangat.

Enjoy zaman bujang.

TIPS ATASI KESEDIHAN MELAMPAU: BACA DI SINI

personaliti

Warna Atau Gaya?

Warna bukan sekadar mencantikkan.

Ia ada pengaruh. Ada nilai menukar.

Dan warna untuk kisah cerita. Untuk beri pesan.

Kesannya pada otak tidak wajar dipandang enteng.

Warna ada kuasa hebat.

Personaliti boleh tahu berdasarkan warna kegemaran.

Sama macam bila tengok visual gambar.

Ianya hasil dari kajian.

BAGAIMANA GAMBAR MEMPENGARUHI OTAK?: BACA DI SINI

fashion show

Perubahan Gelombang Otak Alpha

Ada perubahan gelombang OTAK apabila lihat warna.

Adakah lelaki dan wanita beri reaksi berbeza?

Ya.

Kerana berlaku perubahan hormon. Wanita lebih sensitif.

Sebab itu wanita kenal lebih banyak jenis warna berbanding lelaki.

Lelaki, kalau tanya warna biru.

Yang tahu dua jenis saja. Biru muda dan biru tua.

BERBEZA KE MEMORI WANITA DENGAN LELAKI?: BACA DI SINI

Kod Pemakaian Ratu Elizabeth II

Perasan tak.

Ratu Elizabeth II jarang dilihat pakai pakaian kasual.

Tetapi lebih pilih untuk pakai pakaian formal berwarna terang.

Adakah warna main peranan?

Untuk pastikan Ratu boleh dilihat dengan jelas di majlis penting.

Setiap corak dan gaya yang dipakai.

Punyai kod tersendiri untuk beri mesej kepada rakyat.

Warna paling disukai Ratu Elizabeth II iaitu biru.

Biru, ungu dan violet ialah lambang diraja, bisnes dan monarki.

BAGAIMANA RATU ELIZABETH II MAMPU MENUA SECARA SIHAT?

BACA DI SINI

ratu

Pinggan Putih Versus Pinggan Merah

Kajian dapati.

Makan guna pinggan merah lebih cenderung.

Untuk makan sikit daripada makan guna pinggan putih.

Merah buatkan OTAK fikir bahawa makanan itu kurang enak.

Sebab kontra warna terang antara makanan dan pinggan.

Menarik bukan?

Warna beri kesan pada cara OTAK tafsir rasa dan bau.

Di mana 50% fokus pada visual processing. Kita makan dengan mata.

Kajian juga temukan.

Bentuk dan warna pinggan ada fungsi tertentu.

  1. Pinggan putih bulat – tingkatkan rasa manis.
  2. Pinggan hitam lekuk – tingkatkan rasa savory.

DAPATKAN BUKU SIHAT ALAMI DENGAN HARGA PRE-ORDER SEKARANG!

pinggan

Warna Untuk OTAK

Semakin rendah gelombang, semakin tenang warna.

Warna paling IDEAL iaitu hijau.

Hijau lambang tenang. Padu untuk fokus.

Sebab itu lampu trafik guna hijau.

Kalau stres.

Boleh luang masa berjalan di tempat ada warna hijau.

Dedaun, rumput dan hutan.

Kalau untuk mood booster, guna warna oren muda.

Dalam tradisi Cina, oren ialah warna ‘yang’ – lambang fokus dan perhatian.

Nak tingkat produktiviti? Guna biru.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top