Bagaimana Ratu Elizabeth II Menua Secara Sihat? Ini 11 Tipsnya

Bagaimana Ratu Elizabeth II menua secara sihat?

Bukan senang jadi pemerintah selama 70 tahun.

Kesihatan diri perlu diutamakan.

Ini 11 tips yang selalu diikutinya untuk sihat alami tanpa penyakit.

Tips 1) Tak Pernah Berhenti Belajar

tips: aktifkan otak

Ratu Elizabeth II percaya bahawa OTAK perlu sentiasa digilap.

OTAK yang aktif beri kesan positif pada diri.

Beliau suka bekerja. Sama ada laporan Parlimen. Lawatan kerja.

Ataupun dokumen sulit.

Bagaimana?

Setiap hari beliau habiskan masa sekurang kurangya 3 jam.

Untuk review bahan kerja.

Kemudian, beliau akan rehat sekejap dengan makan snek dan teh.

Dan akan sambung kerja.

Umur tidak jadi penghalang kerana baginya.

If I rest, I rust

Ini adalah rahsia elak nyanyuk.

Sibukkan OTAK dengan jadi produktif.

Tips 2) Fokus Siapkan Perkara Dalam Satu Masa

bagaimana: fokus satu

Ini tips lelaki selalu guna.

Ratu Elizabeth II tidak suka multitasking.

Ia penyebab stres.

Lebih pilih untuk siapkan satu perkara dalam satu masa.

Ia bantu beliau untuk lebih bijak susun masa.

Elak OTAK tepu dan letih.

Bantu kawal memori dan tumpuan. OTAK mampu pulihkan badan.

Tahap fokus lebih tinggi berbanding apabila perlu siapkan 2-3 perkara sekali gus.

Kualiti kerja lebih bagus.

Beliau juga akan pastikan beliau gembira apabila buat kerja.

Ini RAHSIA RATU ELIZABETH II UMUR PANJANG ramai patut ikuti.

3) Suka Bantu Mereka Yang Memerlukan

bantu

Status diraja tak halang beliau dari hulurkan bantuan secara peribadi.

Bukan dari segi wang ringgit.

Tapi melalui suara dan pendapat. Apa yang beliau percaya.

Yang mampu ubah cara dunia melihat.

Ratu Elizabeth II juga banyak terlibat dengan program sukarelawan.

Ini rahsia untuk lebih gembira secara emosi.

Katanya lagi.

Beliau jadi bertenaga apabila bersama dengan mereka yang suka buat kerja amal.

Teknik self-healing yang beliau guna.

Pernah jadi presiden untuk lebih 500 pusat kebajikan di seluruh dunia.

Tingkatkan hormon bahagia. Dan kurangkan risiko murung.

Elak diri dalam gelumang sedih melampau.

4) Tahu Apa Yang Hendak Dicapai

goal

Ini asas bagaimana untuk terus hidup.

Tahu apa yang nak dicapai. Apa yang diingini. Tahu hak diri.

Cari identiti sebenar.

Tanpa ambil kira status dan latar belakang.

Ratu Elizabeth II galas satu tugas besar untuk negara.

Setiap keputusan yang diambil selaras dengan apa yang beliau percaya.

Dibesarkan untuk jadi seorang leader.

Ia tidak halang beliau untuk sentiasa jadi diri sendiri.

Lebih pilih untuk jujur dan tak cakap berlapik.

Ini TIPS UNTUK HEALING MELALUI SENAMAN anda patut amal.

5) Luangkan Masa Untuk Bermain

bermain

“All work and no play makes Jack a dull boy”

Apa maksud pepatah ni?

Sesibuk mana pun, jangan lupa untuk luang masa untuk diri sendiri.

Ini yang selalu Ratu Elizabeth II amal.

Sebab itu beliau sentiasa tampak awet muda walaupun makin berusia.

Bertemu rakan termasuk selebriti, pereka fesyen dan menteri.

Beliau juga suka kuda.

Sejak umur 6 tahun lagi.

Aktiviti horseback riding jadi pilihan. Selain boling.

Beliau juga suka berkebun di halaman istana.

Paling menarik.

Beliau jadi goalkeeper untuk sukan bola sepak keluarga diraja.

Tips 6) Bentuk Rutin Disiplin Diri

rutin

Ratu Elizabeth II ada rutin sendiri untuk bentuk disiplin diri.

Bangun seawal 5 pagi.

Mulakan hari dengan secawan teh Earl Grey.

Mandi sebelum makan pagi.

Baca surat khabar sebelum makan.

Makanan perlu ada protein, lemak sihat dan fiber.

Selepas makan, beliau hadiri mesyuarat.

Waktu tengah hari, beliau rehat sekejap. Minum secawan teh.

Berjalan jalan di sekitar istana.

Dan sambung buat kerja.

Dinner pula sebelum jam 7 malam.

Banyak kebaikan makan malam sebelum pukul 7.

Sebelum tidur, beliau tulis jurnal atau baca buku.

Dan akhirnya tidur sebelum jam 11 malam.

Ini TIPS KEKAL CERGAS SEPANJANG MASA untuk panduan.

Tips 7) ‘Cheat Day’ Secara Berhemah

kudapan

Ada satu pantang larang beliau amal iaitu tak makan makanan berkanji.

Lebihkan protein dan fiber. Serta juadah tanpa perasa kuat.

Simple food jadi pilihan.

Grilled atau kukus lebih tepati citarasa.

Walaupun ada lebih 20 chef yang bersedia untuk turut arahan.

Ratu Elizabeth II juga suka desserts.

Ada hari beliau akan makan sandwich, scones, kek dan biskut.

Dalam kuantiti sederhana.

Beliau tak makan fast food.

Beliau juga tak cerewet bab makan.

Dan tahu cara nak layan rasa mengudap untuk elak anxiety.

Dan ketagih gula.

8) Banyakkan Bergerak

tips aktif

Kekal aktif antara tips Ratu Elizabeth II menua dengan sihat.

Beliau berkata.

Pilih lah satu aktiviti yang paling disukai.

Jadikan ia pendamping harian.

Beliau suka berjalan.

Petang diisi dengan berjalan jalan di sekitar istana atau berkebun.

Satu cara untuk kekalkan berat badan sihat.

Emosi lebih stabil, muka ada sinyium dan sihat jantung.

Berjalan juga bantu turunkan risiko sakit sendi.

Cegah dementia.

PETUA NATURAL REDAKAN SAKIT SENDI

9) Jangan Fokus Tentang Apa Yang Orang Lain Fikir

Dalam hidup, kalau terlalu taasub dengan penilaian orang.

Diri akan merana.

Luaran mungkin nampak bahagia. Namun jiwa dalaman meraung terseksa.

Nak ke macam tu?

Ratu Elizabeth II sudah pasti punyai banyak cabaran.

Memegang jawatan Ratu untuk satu kuasa besar dunia bukanlah perkara mudah.

Beliau pilih untuk bersikap profesional.

Berbanding layan perasan biar pun sedarah sedaging.

Konflik diatasinya dengan matang.

Berbanding berperang mulut atau muncungkan bibir.

Apa nak buat kalau orang kutuk? Ini apa yang dipraktikkan.

10) Elak Buang Masa Dengan Drama Hidup

drama hidup

Mesti boleh bayang kan.

Adanya konflik dalaman yang mungkin tak diketahui awam.

Dari segi pentadbiran dan pengagihan kuasa.

Itu tak halang Ratu Elizabeth II untuk jauhkan diri daripada drama.

Contohnya,

Ramai pertikai keupayaannya untuk memerintah pada usia lanjut.

Baginya.

Usia tak tentukan baik buruk keupayaan seseorang.

Selagi kudrat mampu, beliau terus gah untuk mentadbir.

Beberapa hari sebelum kemangkatannya pun.

Ratu Elizabeth II kekal optimis berbincang tentang kerja.

VISUAL GAMBAR MEMPENGARUHI CARA SESEORANG ITU BERFIKIR

11) Buat Baik Kepada Semua

buat baik

Ratu Elizabeth II cukup terkenal dengan sikapnya yang mesra.

Namun, satu ciri cukup unik.

Iaitu beliau pilih untuk jadi active listener.

Daripada bercakap terlalu banyak, beliau pilih untuk mendengar dulu.

Boleh lihat di siri Netflix bertajuk The Crown.

Seorang pemerintah. Ibu dan juga nenek. Tiga peranan berbeza.

Tapi personaliti sebenar kekal bersinar.

Sifatnya yang agak lucu dan penuh jenaka kekal diingati.

Boleh amal?

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top