Albert Einstein Jawap ‘Apa Erti Kehidupan’

 

Satu petang musim bunga. Albert Einsten sedang berjalan laju. Mahu ke cafe berdekatan.

Sedang dia asyik berjalan, dia terdengar namanya dipanggil. Kuat.

“Prof Einstein wait up!” Dia berpaling. Melihat ke arah suara.

Kelihatan seorang wanita muda sebaya pelajar universiti. Berambut perang paras bahu. Berlari anak. Sambil tangan seolah menggamit suruh tunggu.

Einstein berhenti. Tunggu. Matanya memandang wanita muda itu.

“Thanks. I’m Kylie. A junior reporter. I have few questions.”

Einsten angguk. “Boleh kita berbual di dalam cafe?”

Kylie setuju. Mereka berjalan beriringan.Kylie beberapa kali betulkan beg sandangnya.

Di dalam cafe ada 7 soalan yang ditanya Kylie.

Soalan ke-7 paling menarik. Soal Kylie, “Apa itu kehidupan bagi tuan?”

Einstein senyum lihat kesungguhan Kylie. Mungkin dia fikir beginilah soalan dari budak baharu nak up, bak kata orang sekarang.

Einstein betulkan tempat duduknya. Dia lontarkan pandangan ke luar jendela. Dia lepaskan nafas.

Dia pandang Kylie. Dia sebut “Pernah naik basikal?” Soal Einstein.

“Mestilah.” Jawab Kylie ringkas.

“Hidup ini umpama naik basikal. Kalau kamu kayuh perlahan, kamu seolah olah hilang imbangan. Tetapi kalau kamu kayuh laju sedikit, ia jadi seimbang.”

Einstein diam. Dia lontarkan pandangan ke luar lagi.

“Life is about balance,” sambung Einstein.

Kylie ternganga. Kemudian menangguk. Tidak pasti samada kagum dengan jawapan atau rambut Einstein.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ini 32 Makanan Diet Turunkan Berat Badan!

7 Manfaat Lemon Untuk Kesihatan Jantung

5 Tanda Awal Parkinson Ramai Tak Sedar!

Ini 6 Resepi Minuman Terbaik Untuk Buah Pinggang!

5 Kesan Kurang Tidur Terhadap Kesihatan Kulit Ramai Tak Sedar!

Ini 5 Kesan Guna Fon Telinga Terhadap Fungsi Otak

Scroll to Top