Anakku, Jadilah Jerung Di Lautan, Bukan Jerung Dalam Balang Kaca Buatan

 

Masa di Melbourne selalu bawa anak lihat tempat menarik. Pergi ke tempat yang hasilkan experiential learning. Antaranya ialah Melbourne Aquarium.

Harga tiket masuk boleh tahan. Seluar yang bertali pinggang pun bisa terlondeh. Melorot turun dengan sendiri.

Melbourne Aquarium bersifat edicational. Ada staf iring. Beri penerangan. Ada masa untuk aktiviti tertentu.

Paling menarik waktu itu ialah jerung dalam balang kaca. Bersaiz kecil berbanding yang dilihat di National Geographic. Kecil lagi dari filem Jaws.

Kami anak beranak asyik lihat jerung berenang. Ada staf yang berenang bersama. Sesekali dikeluarkan ikan berdarah. Laju sahaja jerung menyambar.

Ada kalanya dekat dengan staf itu. Seolah dia akan dibaham sahaja. Jadikan penonton suspens dan menjerit.

Menarik. Anak anak suka.

Ketika asyik melihat Hafiey panggil seorang staf pengiring. Bethany namanya. Hafiey lihat saya. “I’m gonna ask a question. Just one.”

Saya angguk. Tanda restu. Hafiey sekitar 6 tahun waktu itu

Bethany datang hampiri. Dengan senyum lebar dia sebut, “Hi handsome, what’s up?”

Hafiey senyum balas. “I have a question.”
.
“Would the shark outgrow the tank?” Bersungguh Hafiey tanya.

Bethany senyum. “Interesting question! What’s your name?” Bethany soal. Hafiey!” Jawab Hafiey ringkas.

“Hafiey, you know what, a shark can’t never outgrow the tank. They eat everyday but the small tank will contain their size. They’ll become stagnant.”

“Oh. Pity them then,” kata Hafiey sambil zahirkan wajah welfare.

“Yep, that’s life buddy.” Jawab Bethany sambil tepuk tepuk bahu Hafiey. Dia pun berlalu pergi.

23hb Februari lepas Hafiey datang bantu program Brain Story – The Power of Story Showing.

Berbual dengan Hafiey. Macam macam perkara. Dari digital marketing kepada a new world.

Tiba tiba saya teringat kisah Hafiey dan Berthany. Soal Hafiey Do you remember the question you asked at Melbourne Aquarium when you was six?”

“Oh to that lady Bethany? Ya I do.” Jawab Hafiey. Ada kerutan di dahi. Mungkin tertanya tanya apa tujuan soalan ini.

“Ingat pasal shark in the tank?” Soal saya lagi.

“Ya off course.”

“What was the lesson you learnt back then?” Soal saya lagi.

“Nothing much I guess.” Kata Hafiey sambil tersenyum.

Jerung dalam tank hanya mampu membesar sebanyak 8 inci. Dia tak akan dapat besarkan diri.

Sebabnya? Persekitaran jerung halang dia untuk jadi besar. Persekitaran itu mengongkong.

Berbeza dengan jerung di lautan. Dapat besar hingga 8 kaki. Sebab? Persekitarannya luas. Bebas.

Begitu juga kita Hafiey. Kita akan jadi jerung di tank. Kenapa?

Kalau kita berkawan dengan orang negatif, kita akan jadi negatif. Kalau kita berkawan dengan yang terperangkap dalam zon selesa, kita juga akan terikat di situ.

Kalau kita bercampur dengan mereka yang berfikiran sempit, akan mengecil juga fikiran kita.

Jadilah jerung di lautan bebas. Berkawan dengan orang mahu maju, kita juga akan tergerak ke hadapan. Berkawan dengan orang positif, kita juga terpalit dengan jernih minda.

Berkawan dengan orang berfikiran luas, kita juga akan turut terbang tanpa sempadan.

Sebab itu ada yang datang program Brain Story. Mereka mahukan persekitaran baru.

Begitu juga dengan program NLP ayah 23 Mac nanti. Akan ada yang datang sebab mahu berkembang, mahu jernihkan fikiran, mahu terbang bebas.

Bila ayah masuk program I feel the same. The environment shape me too.

Hafiey angguk. “Ya I understand. That’s is why I’m helping you out. Can I help you for NLP program?”

“Boleh. Helping and learning at the same time.” Balas saya ringkas.

Anda Juga Mungkin Berminat

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

9 Manfaat Sebenar Senaman Squat Ramai Tak Tahu

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

Scroll to Top
0