Apa Jadi Dekat Tubuh Selepas Larian Maraton?

Apa jadi dekat tubuh lepas larian maraton?

Sekarang ni musim larian. Ramai join.

Berlari satu senaman bagus untuk sistem kardiovaskular.

Semasa larian, tubuh dalam mode ‘overdrive’.

Tubuh guna banyak energi. Otot juga dipecahkan serta hilang banyak air dan elektrolit.

Hormon Cortisol, Creatine kinase dan hsCRP juga meningkat.

Inilah punca kenapa lepas lari, seluruh tubuh berasa sengal dan kejang otot.

 

Tapi jangan risau.

Selepas 48 jam, tubuh lalui ‘muscle repair’.

Tubuh alami inflamasi. Sistem imun turut terkena tempias.

Sebab itu penting untuk hidrasikan tubuh.

Cukupkan keperluan air dengan ambil minuman mengandungi elektrolit.

Seperti air tenaga, air kelapa atau air garam.

Lagi bagus, air dicampur Celtic salt untuk hidrasi segera.

Ambil nutrisi dari makanan sihat secukupnya.

Contoh, makanan tinggi Polyphenols.

Bantu lindungi otot daripada kerosakan dan stress.

Sumber tinggi Polyphenols –

Avocado, teh hijau, dark chocolate, kacang hitam, blueberi, minyak zaitun extra virgin, soya, pisang.

Ambil makanan seimbang – ada protein, karbohidrat, lemak sihat dan mikronutrien.

Rehat dan tidur mencukupi juga amat penting.

Rehat sekurang kurangnya 2 minggu selepas habis larian jarak jauh.

Bila tengok atlet kebangsaan beraksi di pentas dunia.

Pernah tak terfikir macam mana mereka mampu kekalkan stamina sepanjang larian?

Kalau tengok pelari marathon.

Sampai di setiap lap mesti ada booth disediakan dengan sports drinks atau air putih.

Jadi yang nak diketengahkan adalah,

Atlet seperti pelari marathon memang perlu ke ambil sport drinks?

Jawapannya adalah TIDAK wajib pun untuk minum.

Berdasarkan kajian dari jurnal saintifik Plos One pada tahun 2012.

Kalau tak ambil sport drinks ambil apa pula?

Pengkaji cakap ambil pisang.

Sebab kesan ambil pisang sama sahaja seperti ambil sport drinks.

Pisang adalah diet wajib ketika pre-maraton dan post-maraton.

Potassium dari pisang adalah elektrolit.

Ia adalah mineral yang punya caj elektrik. Elektrolit bantu tingkatkan tenaga.

Ia bantu elak ketegangan otot.

Pisang ada UV Protection sendiri. Namanya carotenoids.

Kulit lebih terpelihara. Walau berlari di bawah panas mentari.

Betul ke bab UV ni? Tak pernah dengar pun?

Pendapat ini dari kajian juga. Baharu terbit tahun 2018.

Masuk dalam jurnal saintifik Trends in Food Science and Technology.

Kalau sedang berlari tu nak elak rasa nak terkencing.

Memang wajib memisang.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top