kelebihan pisang

11 Kebaikan Makan Pisang Untuk Kesihatan

Pisang adalah buah tropika popular di Malaysia.

Dikenali sebagai superfood kaya nutrisi dan vitamin untuk kesihatan.

Siapa sangka pisang ni kaya dengan:

Fosforus, kalsium, potassium, copper, magnesium dan zat besi.

Kaya juga dengan Vitamin A, C dan E.

Baguskan?

Pisang mengandungi 9 keperluan tubuh seperti berikut:

  • Potassium: 9%
  • Vitamin B6: 33%
  • Vitamin C: 11%
  • Magnesium: 8%
  • Copper: 10%
  • Manganese:
  • Fiber: 3.1 grams.
  • Protein: 1.3 grams.
  • Fat: 0.4 grams.

Superfood ni mungkin ada kat belakang rumah anda saja.

Jom memisang!

Ada 11 kebaikan apabila makan pisang.

1. Turunkan Berat Badan

turun berat badan

Ada kehebatan pada pisang. Ada B6, manganese dan copper. Semuanya untuk otak.

Ada fiber pada pisang. Diproses secara perlahan oleh sistem.

Lambat terasa lapar. Rahsianya pada Pectin.

Teringat satu ketika. Heboh di Jepun. Pisang habis. Sukar di dapati.

Semuanya gara-gara kurus. Ada pendapat mengatakan pisang menurunkan berat badan.

Orang berpusu-pusu ke pasar. Tujuannya mahu beli pisang. Mahu kurus.

Pisang tidak ada kandungannya yang menurunkan berat badan.

Kelebihannya banyak. Kalori sikit. Makan pisang mengenyangkan.

Kalau perut saiz XXXL mungkin setandan baharu kenyang.

Umumnya dua biji pisang sudah mengenyangkan.

Baca lanjut: 15 CARA KURUS DENGAN MUDAH

2. Bantu Untuk Tidur

pisang bantu tidur

Dalam pisang ada magnesium.

Magnesium bantu dapatkan tidur yang nyenyak. Panjangkan fasa tidur gelombang delta.

Apabila tidur masuk fasa delta, growth hormon akan keluar. Buat proses self healing tubuh. Mudakan wajah dan tubuh.

Satu lagi, ada isu remaja ialah kurang tidur waktu malam.

Sebab tu magnesium ni penting. Remaja suka tidur lewat dan bangun lewat. Susah nak ke sekolah.

Siapa yang pernah jadi remaja dan anak remaja tahu sangat bab ni.

Baca lanjut: 5 MAKANAN BANTU TIDUR NYENYAK

3. Sihatkan Usus

pisang untuk usus

Pisang ni ada potassium yang boleh bantu usus serap air.

Sekaligus mampu sihatkan microbes atau bakteria baik dalam usus.

Ia seperti pengaman bangsa-bangsa bersatu.

Bertindak damaikan komuniti bakteria dalam usus yang dikenali sebagai phyla.

Kadar magnesium dan potassium dalam pisang dapatkan sihatkan usus.

Buat usus kerja lama.

Baca lanjut: 5 TIPS ATAS CIRIT-BIRIT

4. Kurangkan Risiko Buah Pinggang

pisang

Pisang ada antioksidan tinggi.

Bantu baik pulih organ dalaman. Menurunkan risiko terkena penyakit kronik.

Menurut kajian di Sweden, wanita yang makan empat hingga enam pisang seminggu dapat mengurangkan risiko mereka mendapat kanser buah pinggang.

Tambahkan pisang dalam diet harian anda. Pastin undang bahagia

5. Kekal Bertenaga

banana untuk tenaga

Selalu letih? Moody memanjang? Tidak bermaya?

Sekiranya Ya, amal makan pisang.

Pisang ada electrolytes.

Mineral yang punyai caj elektrik.

Electrolytes bantu tingkatkan tenaga. Bantu elak ketegangan otot.

Rajin-rajin bermesra dengan pisang.

Apabila diamalkan baharulah tenaga melonjak dan mood mencanak naik.

Baca lanjut? NAK MAKAN APA WAKTU PAGI?

6. Baik Untuk Otak

pisang untuk otak

Hebatnya pisang ini. Ada B6, manganese dan copper. Semuanya untuk otak.

Tinggi potasium dan magnesium, bantu tajamkan fokus anak untuk belajar.

Banyak sangat nutrien penting untuk otak ada dalam pisang.

Pisang juga tingkatkan hormon serotonin.

Hormon penting di dalam OTAK pertama dan OTAK kedua – perut.

Pisang dan otak seperti kopi dan air.

Apabila bercantum keduanya baharulah terbit aroma dan diberi nama air kopi.

Segar apabila dinikmati.

Berdampinglah dengan pisang kalau mahu otak power.

7. Baik Untuk Kulit

pisang untuk kulit

Pisang ada UV Protection sendiri. Namanya carotenoids.

Kulit lebih terpelihara. Walau berlari di bawah panas mentari.

Kajian 2018 dalam jurnal saintifik Trends in Food Science and Technology.

Andai mahu kelihatan seperti usia sebenar, bukan tua sebelum usia, makanlah pisang.

Pisang juga ada anti oksida. Membaik pulih organ dalaman.

Organ dalaman muda, yang luar ikut muda.

Baca lanjut: 5 NUTRISI PENTING UNTUK REMAJA

8. Melindungi Penyakit Anemia

pisang

Menurut Klinik Cleveland, anemia menjejaskan kira-kira 30% penduduk,/ 2 bilion orang di seluruh dunia. 

Penyakit anemia berlaku disebabkan kekurangan zat besi.

Gejalanya terdiri daripada pening, sakit kepala, dan degupan jantung kuat. 

Kandungan zat besi dalam pisang sangat tinggi dan telah dilihat dapat meningkatkan tahap keseluruhan badan.

Oleh itu, pisang boleh membantu mengatasi kesan anemia.

9. Baik Untuk Jantung

pisang untuk jantung

Tekanan darah tinggi atau high blood pressure boleh membawa maut. Sebabkan strok. Undang serangan jantung.

Tekanan darah tinggi juga punca menurunnya kemampuan berfikir.

Biasanya tekanan darah tinggi dirawat dengan ubatan. Walaupun ia berkesan, tetapi ubat darah tinggi punya kesan sampingan.

Antara laporan kesan yang selalu diterima ialah kebas sampingan dan kaki cramp, pening dan insomnia.

Bagaimana kalau mahu tangani tekanan darah tinggi secara semulajadi?

Ambil pisang.

Pisang ada potassium. Membantu kesihatan jantung manusia .

Menurut kajian dari Northwestern University, manusia perlukan 2000-4000mg potassium setiap hari.

10. Kurangkan Stress

pisang untuk stress
Kajian dapati makan sebiji pisang waktu sarapan dapat tingkatkan mood sehingga separuh hari

Pisang juga turunkan emosi negatif yang bersarang dalam diri. 

Kurangkan stress. 

Buah pisang disebut di dalam Al-Quran. Disebut sebagai makanan di syurga.

Makanan seterusnya, ada mitos yang perlu diperbaiki.

Baca lanjut: 10 MAKANAN NAIKKAN MOOD & TENAGA

11. Baik Untuk Mata

pisang untuk mata

Pisang kaya dengan nutrisi.

Dalam pisang ada lambakan  vitamin C, vitamin A, vitamin B6, folate, fibre dan potassium.

Vitamin A penting untuk kita. Lelaki perlu ambil sekitar 900mcg. Perempuan pula 700mcg dan kanak kanak serta remaja antara 300-600mcg.

Vitamin A ni jaga mata. Dalam dunia hari ni yang bergajet sakan, ambil vitamin A dari sumber asli boleh bantu jaga kesihatan mata.

Masa dalam kelas Biological Psychology/behavioural neuroscience saya selalu pesan pada pelajar pastikan ambil Vitamin A sebab dia akan tukar cahaya yang kita lihat dari mata kepada signal elektrik yang kemudian dihantar ke otak untuk di proses.

Bila otak dah proses maklumat maka akan lahirlah tindakan.

Begitulah.

5 Tips Pisang Lambat Ranum

Rasa macam sakit hati jer bila pisang baru beli tiba tiba hitam ranum. Masa mula beli satu sikat elok jer. Warna kuning gemilang.

Balik ke rumah letak atas meja, sekejap jer bintik bintik hitam menjelma. Sabar jer lah.

Masa di Melbourne dulu ada belajar tips macam mana nak bagi pisang tahan lama. Tidak cepat ranum. Kita boleh makan dengan bangganya untuk seminggu.

Caranya senang sahaja.

1. Beli pisang yang masih ada hijau. Walaupun nampak macam keras, ia tetap akan ceriakan kita ketika mengunyah. Elak beli yang dah ranum walaupun nampak menggoda.

Takut belum sampai rumah dah tertangg dari tangkal. Frust nanti.

2. Potong tangkal atau pangkal. Buang bahagian warna hitam. Boleh nampak dan rasa getah pisang keluar sikit.

3. Letakkan sedikit air pada tempat yang baharu dipotong tu. Sapu rata. Jangan sapu sakan sampai melecet jari pula. Sikit sikit jer.

4. Ambil plastik, ikat dan tutup bahagian yang diletak sedikit air itu. Biar semalaman. Tak perlu menggatal nak periksa.

5. Esok boleh check. Gerenti pangkal nampak baharu jer. Kat sini kita akan rasa puas hati, jantung dan ginjal.

Gambar di bawah contoh yang dah dibuat. Lihatlah hasilnya. Tidak mengecewakan. Boleh makan dengan senyum dan bahagia.

Macam tulah.

Bila Mahu Makan Pisang?

when to eat banana

Dulu masa mula berjinak dengan pisang selalu tengok orang putih ambil yang ada hijau hijau.

Kita suka yang dah ranum. Senang buat cekodok. siapa yang macam ni juga?

Itu masa dulu dulu. Zaman tak cari ilmu. Suka yang dah masak betul.

Sebab sedap bila dah masak betul. Mungkin juga sebab dah terbiasa begitu kot.

Tapi saya tertanya tanya kenapa orang putih ambil pisang masih ada hijau-hijau?

Maka bermulalah episod cari jawapan. Biasanya tengok jurnal dulu. Dan buat carian di website yang muktabar sikit.

Bagusnya di supermarket di Australia samada Coles atau Woolworths ada table atau gambar macam kat bawah.

Bagi pengetahuan pada pengguna. Mudahkan kita buat pilihan.

Bukan saja pisang. Avocado pun ada. Senang untuk pengguna dan tak rasa tertipu.

Bila balik Malaysia pergi kedai, tukang jual mesti letak yang masak atas meja. Saya akan tanya yang hijau lagi ada tak. Biasanya ada. Tersimpan dalam bakul.

Maka tunduklah pakcik makcik tu ambil pisang dalam bakul. Sesekali kesian juga sebab bunyi mengaduh sakit muncul.

Masa mula start Seminar Otak Cantik Otak Cerdik atau OCOC pun saya sebut ambil pisang yang masih ada hijau sikit sikit.

Bagusnya selain aspek kesihatan, pisang tahan lama sikit. Kalau ambil yang dah ranum, cepat jer jadi hitam. Tak dapat nak makan. Berakhir jadi lempeng atau cekodok.

Lepas lepas kalau nak beli pisang bolehlah jadikan chart ni sebagai panduan. Mudahkan hidup kita.

.

.

Tahu tak manusia dan pisang kongsi 60% DNA.

60% dari genes kita sama dengan pisang - fakta sains.

Macam serasi sungguh dengan manusia.

Pisang juga disebut sebagai makanan syurga di dalam Al Quran.

Baguskan?

Soalan yang timbul ialah dah ‘memisang’ hari ni?

P/S : Mahukah Cikpuan saya hadiahkan satu rahsia yang bermanfaat untuk keluarga Cikpuan?

» KLIK DISINI

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Hari OKU Sedunia: 6 Tokoh OKU Berjaya Ramai Tak Tahu

Ini PERBEZAAN Diet Di Malaysia & Vietnam!

Scroll to Top