Bagaimana Titip Sayap Keberanian Saya Mula Tumbuh

 

Disember 2015 adalah tahun keramat. Titik mula sayap keberanian tumbuh. Titik awal mahkota kemahuan mula di letak di kepala.

Semuanya bermula di program NLP Coaching. Dianjur oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Dikendali oleh Akademi NLP Malaysia.

Waktu itu saya tahu tentang NLP. Secara surface. Saya kenali NLP sebagai pseudoscience.

Tidak tahu langsung tentang coaching. “Coach sukan tahulah!” Ini antara monolog awal.

Selalu cakap pada diri “Kita selalunya jadi musuh kepada apa yang kita tidak tahu”. Jadi saya beranikan diri sertai program ini.

NLP coaching lama. 6 hari 5 malam. Program bermula dari 8 pagi hingga hampir 12 tengah malam.

Gerun juga dengan peserta NLP Coaching. Peserta adalah orang orang besar universiti. Dari pegawai hinggalah Naib Canselor. Dari Encik dan Puan hinggalah ke Dato Seri.

Saya pergi dengan tekad. Mahu jadi “the best coach. Mahu belajar”. Fokusnya ke situ.

Sesi ujian coaching pertama gagal. Dapat kosong. Tidak pernah dalam sejarah dapat kosong.

Rasa tidak puas hati mula berbunga.

Rupanya bukan saya seorang. Semua orang gagal. Lega sedikit.

Ramai mula bercerita. Ada benchmarker killer. Perlu elakkan benchmarker killer ini.

Benchmarker adalah penilai. Ada kriteria ketat yang mereka teliti. Strict. Saya pun berharap dijauhkan dari mereka mereka ini.

Sesi kedua ketika nama diumum beserta benchmarker rasa nak luruh jantung. Pak Mokhtar yang saya minta dijauhi adalah benchmarkernya.

Berderau darah.

Ujian Coaching kedua saya fikirkan akan lebih baik dari coaching pertama. Saya lebih berhati hati. Cuba gunakan pengalaman sesi ujian pertama.

Saya mulakan sesi dengan teman dari BTN. Rasa macam dah cukup bagus. Apabila selesai saya lihat muka Pak Mokhtar.

Dia menulis sesuatu. Debar terasa. Bagaimanakah markahnya.

Pak Mokhtar angkat kepala. Kerut didahi seolah beri cerita. Saya gagal kali kedua.

Malam itu berjumpa dengan Coach Dr Amir. Dia juga benchmarker. Dia beri tips.

Ketika pulang ke bilik, saya lihat teman lain sibuk buat ulangkaji. Persediaan ujian ketiga dan terakhir. Kalau gagal lagi kira Selamat Jalan Romeolah jadinya. Tiada lagi Alam Fana Cintamu.

Malam itu saya tidur terus. Tiada ulangkaji. Mahu ulangkaji awal pagi.

Bangun pagi jam 4. Saya solat dan duduk terus di tikar sejadah. Saya mula mainkan semula maklumat NLP yang dipelajari.

Saya tekuni bab set minda. Saya bina wayang minda atau movie mind.

Saya buat cerita tentang ujian coaching. Siapa pasangan dan ayat yang akan digunakan.

Semuanya secara detail. Sistem sensori saya bangunkan. Bau, sentuhan rasa, bunyi, rasa di hati saya perhalusi satu persatu. Jelmakan setiap satu.

Seolah sedang lalui sesi ujian coaching.

Lebih dari sejam saya duduk. Betul betul fokus. Betul betul rasai.

Hingga berpeluh. Tiba tiba dengar bunyi azan subuh. Pergi ke surau.

Pagi itu semua sebut tentang debaran. Tentang ketakutan. Saya tenang. Semua itu sudah dihapuskan dengan ilmu NLP.

Pagi itu Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Idris Jusoh juga hadir. Makin mengeluh teman teman lain.

Saya fokus. Sudah praktis awal pagi tadi. Sekarang sekadar rehearsal.

Benchmarker saya Dato Rosol Wahid- YB dari Terengganu. Saya terus relax. Wayang minda dimainkan sekali lagi.

Ketiga Ujian coaching ketiga, saya tenang. Fokus pada soalan coaching. Terasa mudah. Seolah seperti rehearsal.

Apa yang saya gambarkan berlaku satu per satu. Dari ekor mata dapat dilihat Dato Rosol sibuk mencatit. Sesekali dia angguk.

Selesai. Saya lega. Tunggu response dari Dato Rosol.

Dia senyum. Tandanya bagus mungkin. Dia sebut “this is the best coaching saya pernah benchmarking”. Markah penuh. Ada yang diberi bonus.

Perrgghhh rasa nak lompat ala ala iklan Toyota dulu dulu. Tapi kontrol macho. Macam tidak ada apa apa berlaku.

Kami dimaklumkan hari keenam akan diumumkan BEST NLP COACH. Hati berbunga. Doanya biar melekat label itu pada saya.

Hari keenam Pengumuman dibuat. Anugerah THE BEST NLP COACH jatuh kepada …. bunyi muzik drumming masuk. Semua mata telinga fokus. Pasti berdebar.

“THE BEST NLP COACH jatuh kepada Dr Rizal Abu Bakar”

Saya macam tak percaya. Terpaku. Sehinggalah ada orang tolak ke depan.

Apabila difikirkan semula, saya bersoal pada diri, “Apa yang sebabkan saya dapat markah penuh? Apa ilmu NLP saya guna?”

Rupanya gabungan ilmu bahasa hipnotik, bahasa sensori, wayang minda, mind programming, bantu saya dapat markah penuh dan anugerah THE BEST NLP COACH itu.

Itulah sebabnya penting belajar. Penting berguru. Ikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya.

P/S: Pendaftaran NLP CERTIFICATION Kini dibuka. Tempat Terhad !

Klik Link ini: https://neuroversiti.com/nlp/

Anda Juga Mungkin Berminat

7 Bahagian OTAK Ini Diaktifkan Ketika Anda Traveling!

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

9 Manfaat Sebenar Senaman Squat Ramai Tak Tahu

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

Scroll to Top
0