Bagaimana Boleh Beri Ucapan Walaupun Tidak Diberitahu Perlu Berucap

Pagi tadi pukul 6 dah keluar dari hotel. Kalut jadinya bila keluar awal pagi. Terpaksa keluar awal sebab Jakarta macet sungguh.

Sebenarnya nak berkejar ke Majlis Graduasi Akademi Saiful Nang. Akhyar, anak ketiga bergraduat. Kebetulan dipilih sebagai Pelajar Terbaik. Sebab tu kena hadir juga.

Program bermula dengan ucapan dari Pengetua Hajj Saiful Nang sendiri. Poin dia bagus. Dia sediakan ruang untuk anak-anak yang belajar dengan buat. Bukan teori. Bukan dengar dan telaah. Hands-on kan pendidikan.

Lepas dia berucap, Pengerusi Rumah Penyayang Warha Prihatin (RPWP), Dr Masjuki pula berucap. Mauduknya besar. Tentang ummah, persediaan anak muda menggalas misi agama.

Lepas tu acara beri sijil. Macam biasalah beratur dan disebut nama. Aku tengok jer.

Public Speaking

MC kemudian sebut pelajar akan beri ucapan. Akhyar pelajar kedua beri ucapan. Dia bercakap tentang akhlak. Ditutup dengan power quotes. Pengerusi melompat suka. “What a beautiful speech,” kata Dr Masjuki.

Public Speaking
Lepas tu dia tanya, “Anak siapa ni? Mana mak ayah dia?”

“Alamak!” bisik aku. Minta-minta jangan highlight aku. Waktu nilah MC gatal tunjuk kat aku. Kamera Live Video Feed pun folus kat muka aku. Adoi.

Dr Masjuki sebut, “Bagus speech anak abang.”

Dia panggil aku abang. Fulamak. Tak tahu aku rasa apa waktu.

Malu, bangga, rasa nak masukkan dalam baju pun ada.

Nak jadi cerita lepas pelajar berucap, MC sebut acara akan diteruskan lagi. Aku tunggu “Perrgghh ada acara lagi.”

MC kata kita akan jemput wakil dari ibubapa untuk berucap. Dalam hati aku dok fikir, “Malanglah parent yang kena ni.”

Dalam dok fikir tu tiba tiba nama aku yang disebut. Adoi. Apasal aku pula. Punyalah ramai parents lain.

Mahu tak mahu terpaksalah aku naik pentas.

Aku mula dengan storytelling and power quotes. Gabung dua power opening sekali. Aku letak 3 akronim dalam kepala. Aku tak sebut pada audiens.

Tiga akronim tulah 3 poin aku. Senang nak ingat bila ada akronim. Aku bungkus dengan power story. Penutup pun aku bagi storytelling sekali.

Kira malang jugalah nasib aku tadi.

Jadi ibubapa ni kadang-kadang malangnya bila dijemput secara adhoc begini. Nasib baik aku ada 2-3 buah. Belajar pasal public speaking. Boleh juga guna. Bayangkan kalau tak ada ilmu public speaking ni.

Boleh juga guna waktu darurat macam ni. Ilmu public speaking bukan untuk berdiri di pentas.

Bila seorang ibu bercakap dengan anak itu juga public speaking.

Bila ketua bercakap dengan anak buah, itu juga public speaking. Bercakap dalam meeting juga public speaking.

Mudah fahamnya apabila kita bercakap dengan orang lain itulah public speaking.

Kalau kita ada ilmu begini mudah untuk kita kuasai perbualan. Mudah untuk mempengaruhi. Mudah untuk berucap.

Kalau nak belajar ilmu begini saya sediakan ruang. Daftar jer di https://neuroversiti.com/neuro-speaking/

Anda Juga Mungkin Berminat

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Scroll to Top