Biskut Segera: Makanan ‘Pendamping’ Menyihatkan Atau Memudaratkan?

Kalau ada satu jenis makanan yang boleh dimakan bila bila masa.

Tak kira tempat dan masa.

Jawapannya, biskut.

Sambil mengeteh mengopi. Pencuci mulut selepas makan. Pengisi perut selepas buat kerja.

Biskut jadi peneman setia.

Mudah dibawa ke mana mana. Hadir dengan pelbagai jenis perisa.

Tapi ramai tak tahu.

Tabiat suka mengudap snek rangup kecil molek boleh bawa ‘padah’ kepada kesihatan.

Biskut senang dapat di kedai serbaneka.

Biskut segera kebanyakan tak sihat. Yang sihat ada. Tapi susah nak cari.

BACA: ‘NIKMAT’ GULA PUTIH DAN SUSU PEKAT

High-Fructose Corn Syrup

Ramai tak tahu biskut segera ada high-fructose corn syrup (HFCS).

Sama jahanam dengan gula putih.

HFCS jadi punca utama masalah ‘overweight’ di serata dunia.

Penyebab nikmat sihat otak ditarik sekelip mata.

Keupayaan otak untuk belajar dan mengingat makin hari makin merosot.

BACA: 4 ‘BAHAN BERBAHAYA’ DALAM MAKANAN SELALU MAKAN

Sensitiviti insulin menjunam jatuh.

Lemak pada organ hati membukit. Berat badan makin bertambah.

Kenaikan paras kolesterol abnormal. Dan terbentuknya lemak dalam darah.

Gula dalam darah mencanak naik.

Badan jadi craving. Mahukan lagi.

Yang komplen kenapa kulit kedut kedut.

Dia ni antara penyebabnya.

Kolagen dan elastin dijahanamkan oleh kandungan gula tinggi.

HFCS sumbang kepada jumlah fructose berlebihan.

Fructose lalui proses metabolisma yang berlainan berbanding karbo lain.

Ia galakkan pembentukan ‘visceral fat.’

Lemak yang selaputi organ dalaman. Kategori lemak paling berbahaya.

HFCS rangsang penyakit radang seperti gout. Tingkatkan lagi penghasilan uric acid.

Gerun membayangkannya.

Untuk wanita pula.

Kerap makan biskut segera tingkatkan lagi risiko terkena kanser rahim.

Jadi, elak ambil biskut segera macam ni. Cari yang sihat.

Bukan terhad pada biskut saja.

Kenal pasti HFCS dalam makanan lain seperti:

    • Jem
    • Buah diawet
    • Sos
    • Aiskrim
    • Jus buah
    • Coklat
    • Gula gula

Kebanyakan biskut juga diperbuat daripada ‘refined flour.’

Tepung yang dilunturkan dengan bahan kimia.

BACA: 6 RISIKO MENANTI AKIBAT TEPUNG DILUNTURKAN

Boleh begitu?

 

 

P/S:

Tuan Puan berminat join ONLINE COURSE terbaru 2023?

Klik pautan di bawah:

ONLINE COURSE NEUROHEALTH

ONLINE COURSE NEUROPARENTING

ONLINE COURSE NEUROTHINKING

 

Atau…

 

Boleh dapatkan NEUROBOX S.E. 2.0

Serta banyak lagi PROMO TERHEBAT abad ini!

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top