Nikmat Gula Putih Dan Susu Pekat

Antara gula putih dengan susu pekat. 

Mana yang menjadi pilihan hati?

Kalau aku, dua dua ni aku tolak tepi.

Tidak mampu menahan nikmat gula putih dan susu pekat.

Adakalanya aku tertarik dengan taktik marketing dua ni.

Diiklankan kaya zat vitamin. Kalsium dan rendah lemak.

Masa lalu gerai mamak. Kelihatan acara bersilat menerbangkan roti canai. 

Sekali tukang tebar liputi roti dengan susu pekat. 

Teh tarik pula tengok warna aku dah tahu dah.

Confirm rasa padu manis berlemak.

Hero Utama

Aku ingin berkongsi cerita tentang betapa nikmatnya gula putih dan susu pekat manis.

Sambil berkongsi cerita mereka yang mengenaliku melalui kelas.

Nikmat yang sudah diketahui sejak berkurun lalu.

Gula putih – peranan utama dalam meragut nyawa manusia.

Nikmat paling padu.

Kajian jurnal MRC London Institute of Medical Sciences pada tahun 2020,

Gula putih penyebab dehidrasi.

Kerap berasa haus adalah simptom awal hypertension dan diabetes.

Nikmat berganda.

Gula ibarat saka. Saka putih.

Mendampinginya berikan rasa gembira.

Namun sukar membuangnya.

Nikmat kuasa tiga.

Ada dekat sini yang suka minum Brown Sugar Boba Milk? 

Sedikit input nak share. 

Segelas Boba Milk mengandungi 92g gula.

3 kali ganda lebih tinggi berbanding air setin Coca Cola.

Aku perhatikan diet orang sekarang.

Tak tinggal air boba. Tak tinggal makanan segera.

Cheat day katanya.

Ni lagi satu. Siapa suka beli ar dekat sini?

Logo wanita rambut panjang ada crown kat atas kepala tu.

Semua ni minuman tepu gula.

Setiap sedutan akan dekatkan diri kepada diabetes.

Dapatkan koleksi O.T.A.K sementara STOK MASIH ADA.

100 RAHSIA SIHAT ALAMI

60 RESIPI SIHAT

OTAK 2.0 [EDISI BARU]

Saka Penarik

Kajian dalam Canadian Journal of Public Health (2022),

Bila gula putih diambil untuk jangka masa panjang.

Individu itu berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kronik.

Nikmat paling orang ramai pilih.

Aku kerap ditanya,

Gula putih takyah makan. Tapi susu lemak manis boleh kan?

Sebab itu bukan gula. Itu susu.

Hati kecilku bermonolog sendirian,

Inilah pentingnya ilmu. Kalau tak jadi macam golok kayu.

Aku tersenyum. Berfikir positif.

Susu pekat manis tinggi kandungan gula. Ini fakta.

Susu ni juga banyak orang guna terutama dalam minuman seperti teh tarik.

Kopi. Air bandung. Cendol mahupun ABC.

Konspirasi Terhebat

KKM sudahpun umum mengenai konspirasi terhebat antara gula dan susu.

Rupanya susu pekat manis yang dalam tin tu.

Hanyalah konspirasi gula semata-mata.

Cuma berlainan wajah.

Rasanya yang manis pun aku dah boleh agak ada gula di dalamnya.

Kalau tak, macam mana boleh ada rasa manis?

Kusangkakan susu rupanya racun buat diriku.

Itulah antara keluhan buat seorang insan yang hanya mahu dikenali sebagai En. B.

Akanku kongsi kisah hidupnya di bawah.

Susu cap kaki potong ramai orang pilih.

Boleh free gift insulin pen sekali.

Untuk dicucuk cucuk pada perut. Nikmat bukan?

Dapatkan koleksi O.T.A.K sementara STOK MASIH ADA.

100 RAHSIA SIHAT ALAMI

60 RESIPI SIHAT

OTAK 2.0 [EDISI BARU]

Turunkan Berat Badan

Aku selalu ingatkan tentang perihal gula.

Namun, jarang aku berkongsi tentang susu pekat manis.

Warnya putih suci namun dalam diam.

Ramai yang kecundang dengan sisi gelapnya.

Kunci nak turun berat ni tidaklah sesukar yang disangka.

Sangat mudah jika tahu tekniknya.

Jika sudah break-up dengan gula putih.

Maka jangan pula bergewe dengan susu pekat manis.

Gantilah ia dengan pemanis natural yang lain.

Pes kurma. Monkfruit. Madu. Gula kelapa. Stevia.

Aku berkongsi cerita E dan keluarga.

E dulu seperti orang lain. Gula putih adalah bahan keperluan.

Namun, satu keluarga ingin ubah gaya pemakanan. Sayangkan tubuh badan.

Masing masing makin galak berkembang bagai jalur lebar.

E sedar tak boleh jadi ni.

Sampailah E terbaca tentang gula kelapa OCOC.

E baca semuanya tentang 3 sekawan iaitu gula putih, gula kelapa dan gula perang.

BACA: GULA PUTIH, GULA PERANG & GULA KELAPA: MANA LEBIH BAIK?

E ingin cuba try test.

Pilihan terbaik setakat ini adalah bertukar kepada gula kelapa.

Berminat untuk cuba rasa?

KLIK SAYA NAK GULA KELAPA

Kualiti Hidup Meningkat

Hidup E dan keluarga banyak berubah.

E turut berkongsi tentang penurunan berat badan selepas bercerai dengan gula putih.

Perubahan 361 darjah. Kualiti hidup E dan keluarga meningkat naik.

Dulu, liat berat nak turun. Makin naik ada.

Sekarang, berat 70kg kini turun sampai 50kg lebih.

Yang 60 kg pun turun ke 45kg.

E dan keluarga juga turut jaga pemakanan. Kurangkan minyak. Garam dan lemak.

Kan aku sudah beritahu awal awal tadi.

Jika tahu teknik. Kacang jer nak turun berat secara sihat.

Tidak usah ikat perut dan membulurkan diri.

Dengan diet ekstrem.

Detoks serbuk dan pil pengenyang.

Cukup buang gula putih jauh jauh.

Dapatkan koleksi O.T.A.K sementara STOK MASIH ADA.

100 RAHSIA SIHAT ALAMI

60 RESIPI SIHAT

OTAK 2.0 [EDISI BARU]

Mesra Diabetes

E turut berkongsi cerita rakan yang ada masalah diabetes.

Bacaan gula dalam darah semakin terkawal.

Puncanya hanya SATU sahaja – iaitu tukar gula putih kepada gula kelapa OCOC.

Tapi kena ingat!

Makan pun kenalah jaga. Kalau tak sia sia. Penyakit melarat.

Macam mana pemakanan ideal untuk pesakit diabetes?

  • Makanan kaya vitamin C (Nutrients, 2017)

  • Elak karbo ketika sarapan (American Journal of Clinical Nutrition, 2019)

  • Biji chia untuk berat badan & kawalan glisemik (Nutrition, Metabolism & Cardiovascular Diseases, 2016)

  • Greek yogurt (BMC Medicine, 2014)

BACA: 5 MAKANAN UNTUK ANTI DIABETES

Aktifkan Otak

Bila seseorang itu mulai ketagih sesuatu. Tak kira sama ada dadah.

Gula mahupun ketagih ais.

Atau ketagih benda bukan makanan seperti kertas. Tisu. Plastik. Lumpur.

BACA: SUKA KUNYAH AIS? INI ‘KEBAIKAN’ PERLU TAHU

2 sistem otak ini akan diaktifkan.

Iaitu reward system dan stress system yang dihidupkan sekaligus.

Ibarat yin dan yang. Dua ni saling mahu mendominasi.

Otak jadi obses.

Apa yang berlaku?

Reward system akan lepaskan hormon dopamin.

Manakala stress system lepaskan hormon kortisol.

Keduanya akan membentuk kitaran ketagihan (addictive cycle).

Itulah sebabnya kenapa sukar untuk berhenti merokok.

Berhenti hisap dadah.

Berhenti main games dan sebagainya.

Bernilai Tinggi

Teh tarik dalam gelas kecil punyai kandungan gula menyamai gula dalam minuman bergas.

Kalau gelas besar pula berapa agaknya?

Kandungan susu pekat manis juga hampir 50% adalah gula.

Susu hanyalah 8-10%.

Selebihnya bahan lain seperti minyak dan lemak susu.

Pernah tak terfikir macam mana susu pekat dalam tin boleh bertahan lama?

Jawapannya GULA.

Gula adalah PENGAWET untuk tahan lama.

Kuman dan bakteria mati apabila kandungan gula tinggi. 

Manusia pula dengan bangganya makan gula.

En. B dan Cintanya Pada Teh Tarik

En. B. Periang orangnya.

Walaupun raut wajahnya kelihatan tegas namun jiwanya lembut.

Beliau berkongsi kisahnya apabila dikejarkan ke rumah sakit kerana serangan jantung.

Serangan tiba-tiba.

Tiada ribut tiada angin.

En. B perlu melalui pembedahan pintasan jantung. Kadar segera.

Masani beliau sudah hampir menemui ajal.

Sakaratul maut hampir singgah di sisinya namun syukur.

Yang Maha Satu tidak membenarkannya lagi.

Masih diberi rezeki hidup.

“Teh tarik Dr. saya banyak minum.”

“Masa saya muda lagi saya konsisten minum.”

Ujar En. B. Nadanya sedikit sayu.

“Ayah saya pun penggemar minuman manis.

“Saya tengok. Saya pun cuba rasa.”

Air di tulang bumbung. Jatuhnya ke cucur atap.

En. B sudah biasa tengok ayah sendiri minum. Mestilah tertarik untuk cuba.

“Hospital beritahu kena berhenti minum teh tarik.”

“Sebab saya berisiko untuk kena diabetes jenis 2.”

En. B dalam kategori BMI overweight.

Orangnya tidak tinggi lampai.

Sedikit rendah berbanding purata tinggi lelaki di Malaysia.

Perutnya boroi ke depan. Kelihatan tercungap cungap tiap kali bergerak.

Otakku ligat memproses maklumat.

“Report tinjauan oleh National Health Survey (NHMS) pada 2 tahun lepas.”

“Menunjukkan 50% rakyat Malaysia sama ada overweight atau obese.”

Jadi, betul apa yang kajian yang kukongsi di atas tadi beritahu.

Gula dan susu pekat manis mungkin tidak sebabkan kematian awal secara amnya.

Tapi mereka dua ni akan punah ranahkan dulu.

Organ dalaman. Buah pinggang. Jantung. Usus. Sampailah ke otak.

Seiring masa berlalu. Kesihatan merudum.

Tapi manusia tak tahu.

Plot twistnya bila masuk series 40an atau 50an.

En. B juga tidak pernah bersenam sejak umurnya mencecah 50an.

BACA: PEGANG 5 TABIAT NI UNTUK STAY FIT!

Sekarang hidupnya dah tak macam dulu.

En. B tidak boleh berjalan pantas. Kena slow and steady.

Bahaya untuk jantung.

Tak boleh buat kerja berat.

Kerap rasa nak pitam. Tak boleh berdiri lama.

Bernafas pun kena sedut panjang. Kena bergantung pada ubat untuk hypertension.

En. B luahkan rasa kesalnya.

Sedar nasi sudahpun bertukar bubur. Beliau bersuara,

“Dr. tolong sampaikan kepada mereka di luar sana.”

“Jangan jadi macam saya. Tak pernah minat nak belajar.”

“Terutama bab pemakanan. Segala di depan mata saya telan belaka.”

Apakata tuan puan?

Masih ingin merasai nikmat gula putih dan susu pekat?

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top