9 Kebaikan Bunga Kantan Mengikut Kajian Sains

Dalam bahasa Inggeris.

Dipanggil Torch Ginger atau Wild Ginger

Orang kita panggil bunga kantan

Kalau nak buat laksa Penang, mesti kena ada bunga kantan.

Kalau tak ada, tak jadi laksa Penang. Tiada umphh tu.

Sama juga dalam masakan Nyonya dan Melayu.

Kalau di negeri Pantai Timur.

Ada nasi ulam dan nasi kerabu. Bunga kantan dijadikan ulam.

Sekali mekar, memang cantik sangat.

Bau pun wangi. Naikkan lagi aroma masakan.

Tapi ramai tak tahu, bunga kantan ni banyak ye khasiat.

1. Bersifat Anti-Hyperglycemic

Bunga kantan perlahankan penyerapan karbohidrat.

Sekali gus kurangkan serapan gula.

Tak adalah gula naik mencanak nanti lepas makan.

Juga elok untuk masalah hypertension.

Kurangkan tekanan pada jantung.

Selain bantu turunkan paras kolesterol jahat.

Dan tingkatkan kolesterol baik.

 

2. Bersifat Anti-Inflammatory

Bunga kantan bagus untuk kurangkan radang dalam tubuh.

Kaempferol antara ejen utama anti-inflammatory.

Radang tinggi penyebab banyak masalah.

Nutrisi bunga kantan bagus untuk kulit, kuku dan rambut.

Bikin kulit lebih awet muda.

Sebab bunga kantan juga tinggi antioksidan.

Kaempferol  juga sokong fungsi OTAK.

Lancarkan aliran darah.

Kurangkan kabut otak (brain fog).

Dan cegah penyakit OTAK termasuk Alzheimer’s.

 

3. Bagus Untuk Penghadaman

Kandungan serat tinggi dalam bunga kantan.

Bantu pencernaan usus. Elak sembelit.

Keseimbangan bakteria dijaga.

Kalau kerap tegang otot otot, bunga kantan boleh bantu.

Legakan muscle cramps.

Bunga kantan juga bantu tingkatkan stamina fizikal.

 

4. Cegah Uric Acid Berlebihan

Uric acid berlebihan dalam tubuh.

Boleh datangkan bahaya seperti gout dan batu karang.

Bunga kantan bersifat anti-hyperuricemic.

Terima kasih kepada kandungan polyphenol, flavonoid dan saponin.

 

5. Bersifat Anti-Tumor

Bunga kantan didapati cegah risiko kanser.

Terutama kanser kolon.

Jumlah anthocyanin yang banyak dalam bunga kantan.

Didapati beri kesan cytotoxic pada sel kanser ovari.

 

Apa lagi kebaikan bunga kantan?

6. Tinggi kandungan air. Cegah dehidrasi.

7. Singkirkan lebihan bahan / toksin tak diperlukan tubuh.

8. Sesuai bagi yang nak turunkan berat.

9. Sifat anti-radang bantu lincirkan sendi tulang.

Hari ni teringin makan kerabu sotong pula.

Macam tulah manusia. Sentiasa berubah rasa dan ingin.

Tengok ada sotong. Bunga kantan ada kat pokok.

Buat kerabu sotong OCOC lah.

Macam mana nak buat? Senang jer.

Cari bahan bahan dulu.

1. Sotong (dicelur sekejap sampai lembut)

2. Karot potong halus

3. Bawang besar – dihiris

4. Kacang panjang- potong kecil

5. Bunga kantan – dihiris halus

6. Tomato – dihiris halus

7. Air perahan limau nipis

 

Bahan untuk ditumbuk:

1. Cili

2. Serbuk Ni Lagi Sedap OCOC

3. Gula Kelapa OCOC

4. Optional – belacan & sos ikan

 

Tumbuk sekali hingga sebati.

Campur semua bahan yang dipotong.

Satukan dengan bahan yang ditumbuk.

Perah limau atau lemon.

Hidangkan dan nikmati.

 

BACA ARTIKEL SETERUSNYA:

9 KHASIAT PISANG RAJA UDANG

9 KHASIAT LENGKUAS UNTUK KESIHATAN

24 KHASIAT SEBENAR KUNYIT

Anda Juga Mungkin Berminat

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Elakkan Tabiat Suka ‘Letupkan’ Jari (Knuckle Cracking)

6 Tips Ini Bantu Perlahankan Nyanyuk (Alzheimer’s)

Scroll to Top