cara cuci usus

11 Cara Semulajadi Cuci Usus Kotor

Perut adalah tempat longgokan pelbagai bahan toksin yang terkumpul di usus.

Sisa makanan yang melalui usus pastinya tidak semua akan dikeluarkan sebagai najis.

Ada sisa makanan yang mendap dan melekat di celah pelipatan usus yang panjang itu dan menjadi kerak bertoksin.

Jadi, bagaimanakah cara untuk menyahkan bahan toksin dalam usus?

Berikut dikongsikan 11 Cara Semulajadi Cucu Usus Yang Kotor.

1. Air Kosong

air putih

Air kosong tidak berwarna dan berperisa lebih tepat digunakan untuk tubuh kita.

Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah.

Mayo Clinic, sebuah institusi terkenal di US mempunyai saranan yang berbeza.

Banyak nasihat merujuk kepada 8 gelas air. Cukupkah?

Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter.

Tujuannya?


  • mengeluarkan sisa-sisa toksid yang berbaki
  • bertindak mencuci buah pinggang secara alami
  • sumber tenaga
  • hidrasi terutamanya musim panas begini

2. Aloe Vera

Aloe vera

Aloe Vera bertindak sebagai laksatif membantu membersih seluruh saluran penghadaman.

Tujuan hilangkan toksin dari tubuh. Lemak yang terbentuk adalah salah satu contoh toksin dalam badan.

Toksin adalah bom jangka dalam tubuh. Jadi perlu buang toksin. Tak perlu sayangkan toksin itu.

Lihat resepi detox bantu buang toksin dalam badan: RESEPI UNTUK DETOKS  

3. Jus Sayuran Hijau

sayuran hijau

Jus sayuran hijau ni memang terkenal kerana proses ‘detoxification' iaitu proses pengeluaran ‘racun' dan ‘toksin' dalam badan.

Boleh minum setiap pagi semasa perut kosong. Beberapa minit setelah itu memang lancar proses pembuangan.

Saya cadangkan daun saderi dan timun serta sedikit halia. Nak rasa lebih sedap sedikit boleh letak epal hijau.

Bukan setakat sedap tapi berkhasiat!

4. Yogurt

greek yogurt

Yogurt mengandungi probiotik. Unsur penting untuk usus.

Probiotik banyakkan bakteria baik dalam usus.

Apabila bakteria baik kurang, usus meragam. Otak juga jadi lembab.

Kalau mahu beli, pastikan ambil yang berlabel ‘Greek Yogurt’

Kandung gula dalam Greek Yogurt lebih rendah berbanding Yogurt biasa.

Dikenali sebagai superfood sebab bekalkan jumlah nutrisi yang banyak.

Mungkin ada yang bertanya macam mana nak makan?

Boleh ambil begitu sahaja. Kalau tiada selera masukkan buah-buahan segar, kekacang, buah-buahan kering, satu sudu chia seeds dan satu sudu madu.

Baca lanjut: KENAPA PERLU AMBIL GREEK YOGURT

5. Halia

halia

Halia memang herba nombor satu untuk membuang angin dan memberi keselesaan perut.

Boleh makan potongan halia begitu sahaja atau masukkan ke dalam jus lemon, teh atau masukkan ke dalam masakan

Apabila usus dah bersih daripada toksin berbahaya, insyaAllah tubuh badan juga akan sihat keseluruhannya.

6. Jus Lemon

lemon juice

Lemon boleh bantu system pencernaan dalam badan.

Bantuan dari vitamin atau ascorbic acid dari lemon.

Vitamin C juga bantu buat kolagen untuk tubuh. Dalam lemon juga ada riboflavin dan Thiamin. Bantu tingkat tenaga.

Bukan sekadar itu sahaja. Lemon sarat denga flavanoids, coumarins dan phenolic acid. Semua ini antioksida handalan untuk tubuh.

Nak usus sihat? Jom ambil lemon!

Potong 2/3 keping lemon kemudian masukkan ke dalam air suam atau masak.

Baca juga: 17 Kelebihan Air Lemon

7. Apple Cider

apple cider

ot

Kebaikan Apple Cider adalah scientifically dan clinically proven.

Banyak betul kebaikan Apple Cider dari sudut kajian mereka. Antaranya:

• Legakan heart burn
• Cegah gula naik mendadak disebabkan ambil karbo ringkas
• Banyakkan bakteria baik dalam usus – otak kedua manusia.

Ada banyak mitos pasal Apple Cider. Contohnya minum Apple Cider boleh kurus.

Betul?
Baca: Apple Cider Boleh Kuruskan Badan

Apple Cider hanya bantu tingkatkan metabolisme.

Tapi kalau asyik makan karbo ringkas, processed food, makanan tinggi gula, Apple Cider malas nak buat kerja.

Merajuk dia.

8. Teh Hijau

teh hijau

The hijau juga memiliki probiotik yang lebih tinggi dibandingkan dengan the herbal lainnya.

Kandungan probiotik ini bermanfaat untuk membunuh bakteria jahat dalam perut.

Selain proses pencernaan, teh hijau sangat bagus mengatasi masalah kembung perut.

Menariknya lagi, the hijau mengandungi sumber anti oksida yang tinggi sehingga membantu bersihkan saluran usus.

Baca lanjut: Kelebihan Teh Hijau

9. Bawang Putih

bawang putih

Bawang putih ini jadi salah satu jenis makanan yang boleh bersihkan usus besar.

Di dalam bawang putih mempunyai kandungan ciri-ciri anti-virus, anti bakteria dan anti parasit.

Sampai boleh mengelak berkembangnya bakteria di dalam usus.

Bawang putih boleh dimakan dalam bentuk bawang goreng, ataupun digunakan dengan cara mentah.

Sebatian-sebatian di dalam bawang putih itu boleh membunuh patogen, buang racun, dan parasit di dalam saluran pencernaan atau usus.

10. Makanan Tinggi Serat

fiber

Makanan tinggi serat dapat membantu mencuci usus, melembutkan najis dan memperbaiki pergerakan usus serta menggalakkan pembuangan bahan buangan.

Makan banyak makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran, gandum dan kacang.

11. Flaxseed

flaxseeds

Flaxseed terkenal dengan keupayaan membantu system pencernaan.

Antara kebaikan luar biasa flaxseed mengandungi Mucilage yang tinggi.

Mucilage ialah fiber dalam bentuk gel yang larut air dan kesan yang sangat baik untuk system gastrointestinal tract.

Mucilage ini dapat mengekalkan makanan dalam perut daripada cepat larut ke usus, lalu meningkatkan penyerapan nutrisi.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top