Bagaimana Diet Beri Kesan Terhadap Kesuburan?

Kita biasa dengar tentang 3 hormon ni:

Oesterogen, Progesterone dan Testosterone.

Tapi bila sebut saja kaitan antara diet dan kesuburan (fertility).

Hormon yang mendapat ‘spotlight’ iaitu Insulin.

Insulin yang berlebihan dalam badan terutama bagi wanita.

Boleh ganggu ovulasi dengan menghalang telur daripada matang dengan sempurna.

Risiko Ovarian Cyst juga meningkat.

 

Seorang wanita selalunya punyai tahap Insulin yang tinggi.

Jika diet harian diisi dengan makanan tinggi karbohidrat terutama simple carbs.

Seperti roti putih, beras putih, tepung putih, kentang putih.

Makanan berproses seperti ini juga tinggi Trans fat.

Selain tingkatkan rembesan hormon Cortisol dan Adrenaline.

Ibarat dikejar harimau,

Tubuh alami tekanan nyata mengakibatkan peningkatan Insulin Resistance.

Craving makanan manis makin ketara.

Baca 6 Manfaat Minyak Zaitun Extra Virgin Untuk Kesuburan

Bila tubuh selalu dijamu dengan gunungan makanan.

Diperbuat daripada gula dan tepung putih.

Ya.

Dalam donut, pastri paf, krim paf, croissant, cromboloni yang tengah sakan dok viral tu.

Deme ni lah yang melonjakkan paras Glukosa dan Insulin.

Kalori berlebihan diasak masuk ke dalam fat cells.

Fat cells keluarkan signal.

Keluarkan ‘surat utusan’ untuk:

  • tingkatkan rasa lapar
  • perlahankan metabolisma
  • block fat burning
  • naikkan inflamasi

Untuk akak akak pula,

Lebihan insulin antara PUNCA hormon Oestrogen ditukar jadi Testosteron.

Antara penyebab masalah PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome.

PCOS bukan berpunca daripada masalah ovari,

Tapi ia disebabkan faktor pemakanan.

 

Testosteron terlebih pada akak akak penyebab rambut gugur, lebihan bulu, jerawat dan infertility.

Abam abam pun sama bila Insulin terlalu tinggi dalam tubuh.

Perut boroi. Punya seakan akan ‘buah dada’ dan keguguran rambut.

Antara tanda lebihan Insulin tukar Testosteron kepada Oestrogen.

Nak reverse, baiki kualiti pemakanan. Lihat perubahannya.

Anda Juga Mungkin Berminat

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Diabetes Penyebab Kegagalan Buah Pinggang

Jangkitan Kuman Di Paru-Paru (Hari Pneumonia Sedunia)

Ini Cara Detoks Gula Dengan Betul!

6 Bahaya Tabiat Makan Lewat Malam

6 Manfaat Hiking Ramai Tak Tahu

Scroll to Top
0