Apa Berlaku Pada Tubuh Selepas Seminggu ‘Cut’ Karbohidrat?

Elok ke cut karbo?

Soalan ni sering dilontarkan kepada saya.

Sebelum tu, kena faham dulu bahawa carbs atau karbohidrat.

Ada dua jenis iaitu simple carbs dan complex carbs.

Yang mana perlu cut?

Semestinya simple carbs atau karbo ringkas.

[3 FORMULA INI BANTU TURUNKAN BERAT]

Complex carbs atau karbo kompleks tak perlu cut.

Cuma hadkan pengambilan sahaja.

Ini contoh karbo kompleks sihat:

  • Quinoa
  • Oat
  • Barli
  • Jagung
  • Sayur
  • Keledek
  • Wholegrain
  • Kacang

Apa akan berlaku pada tubuh jika CUT SIMPLE CARBS?

.

.

PERUT MULA MENGEMPIS

Simple carbs juga tinggi gula.

Gula jadi kegilaan bakteria jahat dalam usus.

Punca perut mengembung. Dan tampak lebih buncit dari biasa.

Selain tinggi lemak jahat, minyak, kalori.

Perut makin cepat kempis apabila kerap ambil sumber kaya serat fiber.

Seperti sayur, bijian dan buah.

Kesan boleh dilihat seawal seminggu setelah cut simple carbs.

KURANG BERASA LAPAR

Makanan berkalori tinggi tidak mampu kenyangkan perut.

Tapi makanan bernutrisi terdiri dari complex carbs, protein, fiber dan lemak sihat mampu.

Apabila cut simple carbs. Perut tak lagi berbunyi.

Daya kawal rasa craving meningkat.

ARTIKEL BERIKUTNYA:

APA JADI KALAU KURANGKAN GARAM DALAM PEMAKANAN HARIAN?

 

JISIM OTOT JADI LEBIH KUAT

Diet seimbang cukup nutrien termasuk protein bantu tingkatkan jisin dan kekuatan otot.

Otot yang kuat bantu tingkatkan metabolisma tubuh.

Jika ingin berkudap, ambil snek tinggi protein termasuk kacang atau granola bar.

BADAN JADI LEBIH BERTENAGA

Complex carbs perlu untuk fungsi otak dan otot.

Serta tak akibatkan kenaikan gula mendadah dalam darah jika diambil dalam kuantiti sederhana.

Simple carbs bertindak sebagai ‘instant energizer’ tapi kesan sekejap saja.

Apabila berlakunya ‘sugar crash’.

Tubuh mulai berasa letih, mengantuk dan tidak selesa.

RISIKO DIABETES DIKURANGKAN

Simple carbs cepat dicerna. Gula dilepaskan secara mendadak.

Menyebabkan pankrea terpaksa kerja keras untuk hasilkan lebih banyak insulin.

Risiko ‘insulin resistance’ meninggi.

Berbeza dengan sumber protein dan serat fiber yang dicerna lebih perlahan.

ARTIKEL BERIKUTNYA:

APA JADI KALAU ‘CUT’ GULA SELEPAS 2 MINGGU?

Sungguh luar biasa kesan.

Ini rahsia paling senang, sihat dan selamat bakar lemak dan turunkan 3-7kg sebulan.

Nyahkan je deme ni. Tak beri manfaat pada tubuh.

Tak perlu diet ekstrem, telan suplemen kurus, pil pelangsing atau sedut lemak.

80% ialah jaga makan. Selebihnya kekal aktif melalui aktiviti senaman.

Jangan lupa banyakkan minum air kosong.

Boleh begitu?

 

#DrRizal #Neuroversiti #karbohidrat

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

7 Punca Penyebab Nyanyuk (Demensia)

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

Scroll to Top