Digital Dementia ‘Penyakit’ Abad Ke 21 – Ini Perkongsian Dr Rizal

Perkataan digital dementia (DM) mungkin asing.

Tapi ia berlegar dan mendekati. Mengelilingi kita setiap hari.

Diusulkan oleh neurosaintis bernama Manfred Spitzer:

Yang berpendapat bahawa laluan short term memory akan semakin merosot.

Jika terlalu bergantung kepada gajet.

Ramai yang masuk dalam kawah DM. Ramai berada di jurang.

Ramai juga yang beratur di belakang.

Apa itu DM? Sebelum jawapan dikongsi, cuba imbas kembali 20 tahun lalu.

Zaman itu telefon berwayar. Di rumah dan di tepi jalan.

No telefon dalam kepala. Banyak no telefon dipasak.

Sebut sahaja nama, keluar no tel dengan selambanya.

Kini zaman tel tiada wayar. No disimpan dalam handphone.

Otak dikosongkan. Tiada no ditanam di kepala.

Ada yang apabila ditanya tentang no pasangan, sibuk menekan butang kekunci handphone cari.

Tiada dalam list di kepala.

Dunia hari ini jadikan kita penganut Digital Dementia.

Jadi pelupa. Sebab ada reminder dan notification akan menjelma.

Buat apa semakkan kepala.

Otak manusia ini USE IT OR LOOSE IT.

Sel otak akan melemah. Mati akhirnya. Fenomena ini dinama Brain Atrophy.

Apabila ini berlaku, tiada ubat tiada spare part untuk ganti.

Tunggu masa untuk mati.

Ada cara untuk jauhkan diri dari DM ini? Mesti ada.

Jaga pemakanan. Ambil lemak sihat.

Antaranya; avocado, ikan, MCT oil, minyak zaitun, walnut dan pistachio.

Latihan pada memori. Lakukan aktiviti tingkatkan kuasa memori.

Bersenam termasuk dalam aktiviti kuatkan memori.

Luangkan masa membaca. Bukan pada handphone.

Tapi pada buku. Ya. Buku fizikal yang boleh dilihat, disentuh dan dirasai.

Biasakan diri catat nota dan imbas.

Biasakan diri untuk bertanyakan soalan. Buat research.

Dapatkan tidur secukupnya iaitu 7-8 jam sehari. Ini keperluan bukan kehendak.

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0