Hebatnya Puasa

Tahun 2010 berguru sebentar di Harvard Medical School.

Terbang dari Canberra dengan rasa teruja dan takut.

Maklumlah tempat tersohor menjadi idaman ramai.

Pagi pertama aku terus cari Prof Stickgold. Dialah supervisor.

Bisik pada diri mesti rapat-rapat dengan manusia ini.

Prof Stickgold adalah Yahudi Boston. Terkenal dalam bidang Brain and Sleep.

Seronok berguru dengan beliau.

Sampai tengahari Prof Stickgold tanya. “Are you fasting?”

Aku terkejut dengan soalan ini. Kenapa tiba-tiba soalan ini yang terpacul.

Dah tiga hari aku di situ. Mujur ada kedai India jual makanan ala-ala India di luar Harvard.

Senang jadinya untuk makan.

Why do you ask?” Soalku semula.

Tertanya tanya juga aku. Dia tak suka atau apa.

Prof Stickgold hanya senyum.

“Today is monday. Normally Moslem fast on Monday and Thursday”

katanya sambil tersenyum.

“I’m not” jawabku ringkas sambil senyum dan memandang tepat ke wajahnya.

Seolah menunggu apa mutiara atau bahana yang akan keluar dari mulutnya.

“If not, lets go for lunch. There is an indian restaurant around the corner.

I’m not fasting today so can eat together“,

kata Prof Stickgold penuh semangat.

Do you normally fast like Moslem?”

Aku pula cuba memancing jawapan dari Prof Stickgold.

Oh yes. But mine is on every alternate day. It’s powerful ritual for brain.

It gives birth to new brain cells. You should fast too!

Kata Prof Stickgold sambil menepuk nepuk belakangku.

Kami berjalan beriringan. Cerita tentang puasa sungguh menarik.

Lebih-lebih apabila orang bukan Islam berpuasa ala nabi Daud.

Katanya ketika kami pulang ke ofis

kalau mahu sihat, metabolisme naik, otak cerdik, berpuasalah.

Alhamdulillah inilah yang kita sedang lakukan.

Terima kasih Allah atas anugerah hebat ini.

Ramadhan Karim, Allahu Akram.

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top