Ilmu Otak

Dalam kajian ilmu otak,
kita habiskan 30% dari masa kita dengan berangan-angan.
Fikiran terawang awang.
Dalam Bahasa Inggeris disebut daydreaming.

Menariknya fikiran terawang ini terhenti apabila kita lakukan 3 perkara ;

Membaca, mendengar atau melihat cerita atau story.

Cerita atau storytelling menarik minat.
Umpama gam lekatkan minda pada cerita.
Pakukan manusia pada kerusi.

Ambil contoh Apple dan Steve Jobs.
Apple berkembang setelah Jobs bangunkan Pixar – Syarikat filem animasi
gunakan teknologi komputer.

Di Pixar Jobs bercampur dengan storyteller.
Di Pixarlah Jobs sedar resepi kejayaan letak pada adunan ceritayang digarap kepada pelanggan.
.
Pada tahun 1983,
Jobs masih lagi di Apple sebelum dibuang.
Dia lancarkan komputer bernama Lisa.
Iklan dirancang.

Iklan 9 mukasurat dikeluarkan di New York Times.
Segala hal teknikal dimasukkan.
Terlalu detail.

Natijahnya Lisa gagal.
Job ditendang keluar dari Apple.

Beberapa tahun kemudian Apple beli Pixar.
Jobs kembali semula ke Apple.
Berbekalkan ilmu baharu, ilmu story telling,
Apple beralih arah.

Dari iklan 9 muka surat, tinggal hanya 2 perkataan di papan iklan – THINK DIFFERENT.

Fokus Apple beralih untuk jadikan pelanggan sebagai hero dalam cerita Apple.
Fokus pada peranan Apple dalam kisah jaya pelanggannya.
Apple beri alat atau tools
untuk lonjakan potensi pelanggan.

Secara umumya otak manusia umpama kuda liar.
Hanya mudah tertambat dengan cerita atau storytelling.

Apabila kita mahu tambat pelanggan,
gunakan stoytelling.
Kalau kita mahu effective parenting,
ikat anak-anak dengan storytelling.

Apabila kita mahu kuasai otak pekerja, bungkus arahan dengan storytelling.

Storytelling ada kaedah dan cara.
Bukan semberono.
Bukan keakuan bukan kesayaan semata.

Bukankah ketika Baginda Rasul (baca selawat) sedang bersedih,
Allah turunkan surah Yusuf,
surah penuh kisah,
sebagai perawat duka lara baginda (baca selawat)?

#DrOtak

Anda Juga Mungkin Berminat

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

13 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga: Wajib Ada Masa Cuaca Panas!

Strok Haba: Senyap Tapi Bahaya! Ramai Tak Sedar Bila Badan Dah “Overheat”

Scroll to Top