4 Jenis Racun Ini Disembur Pada Tanaman

Tular isu mengenai racun kimia yang didakwa negara jiran sebelah,

Di mana racun serangga disembur berlebihan pada anggur jenis Shine Muscat.

Shine Muscat ni anggur mahal. Harganya kayangan🍇

Kalau gred premium seperti Korean Shine Muscat,

Harga boleh cecah ratusan ringgit untuk segugus!

Tapi sekarang kalau nak rasa gred biasa yang diimport dari negara China,

Boleh dibeli pada harga murah di pasar raya berdekatan.

Lepas makan anggur Shine Muscat,

Ada yang mulai kerap selesema dan batuk batuk

Sebut pasal racun serangga,

Penggunaan racun ialah langkah paling mudah untuk kawal serangga perosak di ladang anggur.

Racun pula terbahagi kepada 4 jenis utama iaitu,

1. Insecticides – serangga

2. Herbicides – lalang, rumput

3. Rodenticides – tikus

4. Fungicides – kulat

 

Kenapa racun disembur bahaya kepada manusia?

Penggunaan racun berlebihan pada buah apabila dimakan boleh akibatkan,

Alergik, iritasi kulit, mata, loya, muntah, sakit kepala,

Gangguan sistem pertahanan tubuh, hormon kucar kacir, gangguan kesuburan, kanser.

Kesan pada otak termasuk ‘neuro-inflammation’

Sel imun otak seperti Microglia dan Astrocytes paling berisiko tinggi alami radang.

Kesannya?

Sel otak mati dan kecacatan fungsi kognitif.

Jadi, lepas ni kalau nak beli buah, carilah yang organik.

Jika tak mampu, boleh beli yang non organik.

Tapi pastikan check dulu pelekat kod pada buah

Boleh baca details:

KENALI MAKSUD KOD PELEKAT PADA BUAH

Bukan itu jer,

Sebelum makan, cuci dulu buah ikut langkah yang betul,

Agar sisa racun melekat dapat disingkirkan sepenuhnya.

Boleh lihat langkahnya DI SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Punca Gastrik Sebenar Ramai Tak Sedar: Bukan Sebab Asid Berlebihan, Tapi Ini Yang Berlaku Dalam Perut

Puasa & Awet Muda: Rahsia Perlahan Penuaan Dan Panjangkan Umur Yang Ramai Tak Sedar

Bersahur & Berpuasa Dengan Celtic Salt: Rahsia Kekal Bertenaga, Kurang Dahaga & Tak Lemah Sepanjang Ramadan

Paras Normal Gula Darah Semasa Puasa: Berapa Bacaan Sebenar Yang Dianggap Sihat?

Scroll to Top