Ini 3 Formula Mudah Turunkan Berat Badan Berlebihan

free shipping mct

BACA 10 TIPS BERSENAM SESUAI UNTUK SEMUA

Nak tahu 3 formula mudah maintain kurus?

Selalunya kalau masuk program kurus, coach fitness ada bagitahu peserta.

Untuk tingkatkan metabolisma.

Kenapa?

Sebab bila metabolisma tinggi, nak naik berat badan jadi susah.

Badan maintain jer. Menarik kan?

Metabolisma ni bila makin berusia, makin menurun.

Terutama kalau tak jaga makan dan tak bersenam.

Senang nak dapat penyakit.

Ini formulanya. Terpulang nak pilih yang mana.

1) LOSE WEIGHT

= EAT LESS + MOVE MORE

2) LOSE BODY FAT

= EAT LESS + MOVE MORE + EAT MORE PROTEIN

3) LOSE BODY FAT & BUILD MUSCLE

= EAT LESS + MOVE MORE + EAT MORE PROTEIN + STRENGTH TRAINING

Apa contoh sumber protein terbagus? Ambil lean protein.

BACA 7 SUMBER MAKANAN DIET TANPA PERLU BERLAPAR

Cara paling mudah turunkan berat badan.

Buat ‘calorie deficit’. Dalam ketiga tiga formula suruh EAT LESS.

Tubuh perlu kalori untuk jana tenaga.

Tapi kalau kalori diambil melebihi kalori harian sepatutnya.

Serta tak dibakar (kurang bersenam), kalori tadi akan disimpan jadi lemak.

Kalau nak turunkan berat.

Anda perlu amal pengambilan kalori lebih rendah.

Daripada jumlah kalori yang digunakan oleh tubuh.

Ini 5 tips mudah uruskan kalori harian untuk turunkan berat secara sihat:

  1. Kawal saiz hidangan. Kurangkan separuh daripada apa yang biasa dimakan.
  2. Hidangan utama lengkap karbohidrat kompleks, protein, serat fiber & lemak sihat.
  3. Hadkan atau elak makanan segera yang diproses tinggi garam/gula.
  4. Hadkan atau elak minuman manis tinggi susu pekat/pewarna/perisa/gula.
  5. Buat senaman fizikal mudah setiap hari seperti brisk walking/berbasikal.

#DrRizal #Neuroversiti #tipsturunberat

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top