17 Kebaikan Lemon Untuk Kesihatan

Air lemon mempunyai banyak manfaat.

Buah yang kaya dengan vitamin C ini banyak kebaikannya jika diamalkan setiap hari.

Menjadi penawar dalam penurunan berat badan sehingga menjadikan kulit lebih bersinar seolah-olah baru buat rawatan spa.

Boleh dikatakan head-to-toe lah kebaikan lemon ini.

Kali ini saya mahu rungkaikan apa yang berlaku kepada badan anda apabila anda minum air lemon setiap hari?


1. Hilangkan Kedutan di Kulit

Lemon boleh bantu hilangkan kedutan di kulit.

Bantuan dari vitamin C atau ascorbic acid dari lemon.

SIfat anti oksida pada kandungan Vitamin C menyumbang kepada anti-penuaan.

Vitamin C juga bantu buat kolagen untuk tubuh.

Sekaligus bagi efek mencerahkan.

Disebabkan ianya menyahtoksin darah anda, ia akan mengekalkan cahaya kulit.

2. Tingkatkan Tenaga

Dalam lemon juga ada riboflavin dan Thiamin. Bantu tingkat tenaga.

Jika sedang berdiet, tambah lemon dalam diet seharian.

Lemon sangat rendah kalori, rendah lemak dan kolestrol.

Bukan sekadar itu sahaja. Lemon sarat denga flavanoids, coumarins dan phenolic acid.

Semua ini antioksida handalan untuk tubuh.

3. Menurunkan Berat Badan

Lemon bantu menurunkan berat badan. Sekaligus beri rasa kenyang.

Juga sebagai detoks untuk badan. Hilangkan toksin dari tubuh.

Lemak yang terbentuk adalah salah satu contoh toksin dalam badan.

Toksin adalah bom jangka dalam tubuh. Jadi perlu buang toksin. Tak perlu sayangkan toksin itu.

Saya suka campurkan lemon dalam air putih. Biarkan semalam.

Kemudian pagi-pagi minum. Bawa pergi kerja sekali.

Senang kan?

Atau nak lagi resepi detoks?
Klik: Resepi Detoks by Dr Rizal Abu Bakar

4. Hilangkan Batuk

Antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat batuk.

Kalau mengalami batuk kahak, batuk kering, boleh ambil lemon.

Saya sediakan sekali resepi hilangkan batuk menggunakan lemon.

Resepi Hilangkan Batuk:

1- Potong lemon kepada beberapa hirisan.

2- Parut halia (cukup satu sudu makan).

3- Rebus 3 ke 4 cawan air dalam periuk.

4- Masukkan parutan halia.

5- Tunggu 1-2 minit kemudian tutup api.

6- Biarkan sebentar dalam 5-7 minit.

7- Tapis air halia tadi untuk keluarkan serdak.

8- Masukkan air perahan lemon dan madu secukup rasa.

9- Sedia untuk diminum

5. Merawat Jerawat

Lemon mengandungi anti-biotik yang mampu merawat masalah jerawat.

Ia merupakan buah-buahan sitrus yang memiliki keasaman (pH) tinggi.

Salah satunya AHA (alpha-hydroxy acid) yang digunakan sebagai ubat jerawat.

Bahan ini mampu mengawal minyak berlebihan pada wajah yang boleh menyebabkan terjadinya jerawat.

Namun, orang yang memiliki kulit sensitif disarankan agar berjumpa dengan pakar kulit.

Seeloknya, minum air lemon supaya dapat menyah-toksinkan segala parasit dalam tubuh.

6. Melancarkan Sistem Pencernaan

digestion

Flavonoid salah satu sebatian dalam lemon membantu melancarkan sistem pencernaan.

Lemon bantu mengatasi masalah sembelit atau cirit-birit.

Minum air lemon sebaik sahaja bangun dari tidur boleh mengelakkan kembung perut, gastrik, angin dalam badan dan pedih ulu hati.

7. Meningkatkan Sistem Imun

Lemon sudah viral seketika waktu semasa pandemik Covid-19 dikatakan dapat menjaga sistem imun.

Kandungan Vitamin C yang terdapat dalam lemon dapat meningkatkan kekebalan tubuh.

Sebab itu Vitamin C ini penting untuk diambil dalam diet seharian bagi mengutakan sistem imunisasi terhadap kuman yang menyebabkan selesema dan demam.

8. Rawat Selesema

Apakata selepas ini perah sebiji buah lemon ke dalam segelas air panas dengan sesudu besar madu.

Ia boleh melegakan bagi seseorang yang mengalami batuk atau selsema.

Baca juga:
Cara Natural Hilangkan Gelema & 7 Petua Hilangkan Batuk

9. Menyegarkan Nafas

neuro_fresh morning

Asid sitrik yang terkandung secara semulajadi di dalam lemon dapat mengikis enamel gigi, mencegah gusi berdarah, membasmi daripada bakteria dan secara tidak langsung mampu menghilangkan nafas berbau.

Selain itu, khasiat lemon juga dipercayai mampu membantu melegakan sakit gigi dan radang gusi.

10. Kawal Selera Makan

neuro_control appetite

Memang sukar untuk mengawal selera makan.

Apatah lagi melihat bermacam-macam jenis makanan yang ada sekarang.

Semuanya nak try. Tak sayang tubuh.

Kesukaran mengawal nafsu makan ini akan menyebabkan berat badan naik.

Nak naik kejap jer. Bila nak turun bukan main susah.

Susah bukan kerana kompleks sangat. Tapi sebab cara tak kena.

Apa kata ambil lemon dengan air putih kosong sebelum makan.

Ianya mampu mengawal selera makan.

Caranya:
1. Ambil sebiji lemon dengan air kosong sebanyak 250ml.
2. Potong lemon kepada 3 slices.
3. Masukkan lemon ke dalam botol yang dah isi dengan air.
4. Masukkan daun pudina supaya ada rasa mint dalam air itu.
5. Rendam semalaman dalam peti ais.
6. Pagi esok minum.

11. Melindungi Penyakit Anemia

neuro_anemia

Anemia sering berlaku apabila seseorang tidak mendapat zat besi yang mencukupi daripada diet seharian.

Lemon mengandungi salah satu mineral iaitu zat besi untuk menjaga kesimbangan sel darah merah.

Kekurangan zat besi akan menyebabkan sel darah merah tidak dapat membawa oksigen ke seluruh tisu badan.

Orang mengalami penyakit anemia akan mengalami sesak nafas dan tidak bertenaga.

Kandungan vitamin C pada buah lemon sangat penting untuk menyerap zat besi sebanyak mungkin untuk mengekalkan sel darah merah.

Seterusnya mampu mencegah anemia.

12. Lancarkan Pengaliran Darah

Lemon terbukti mengandung banyak antioksidan yang dapat menurunkan peradangan, mencegah penggumpalan darah, dan memperlancar peredaran darah.

13. Memelihara Kesihatan Jantung

Kandungan vitamin C yang ada pada buah lemon juga bermanfaat untuk membantu mengurangi risiko penyakit jantung dan stroke.

Hal ini karena adanya senyawa di dalam lemon, iaitu hesperidin dan diosmin yang dapat menurunkan kadar kolesterol.

Perlu diketahui bahwa kolesterol tinggi dapat menjadi pemicu penyakit jantung.

14. Mencegah Batu Karang

neuro_kidneystones

Air lemon membantu mencegah kesakitan batu karang pada mereka yang kekurangan sitrat urin (sejenis asid sitrik).

Lebih penting lagi, peningkatan cecair dapat membantu mencegah dehidrasi — penyebab utama batu karang.

15. Detoks Untuk Tubuh

neuro_detox

Air lemon mempunyai fungsi diuretik semulajadi.

Bantu menghilangkan toksin dalam badan secara semulajadi. 

Kandungan asid sitrik dalam buah lemon juga dipercayai dapat membantu memaksimumkan pengeluaran enzim yang merbahaya.

16. Baik Untuk Kulit

lemon for skin_neuro

Nak kulit cantik, sihat & glowing?

Berdampinglah dengan lemon.

Mulai pagi anda dengan minum segelas air lemon.

Kandungan Vitamin C dalam lemon sangat memainkan peran penting dalam menjaga kesehatan kulit.

Manakala kandungan antioksidan di dalam lemon juga dapat menghalanh faktor penuaan

17. Keep Hydrated!

Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah.

Air lemon sudah memadai untuk hidrasi air ke dalam sistem tubuh kalau tak gemar akan air putih, 

Air lemon salah satu cara terbaik untuk memerangi dehidrasi. 

Kalau di Amerika, kira-kira 75% orang mengalami dehidrasi. Mereka tidak mengambil jumlah air yang mencukupi.

Orang yang mengalami dehidrasi mungkin mengalami sembelit dan pening-pening.

Mayo Clinic di US dan Prof Dinges, professor terkenal dalam bidang tidur dari University of Pennsylvania menyatakan jumlah pengambilan air yang disyorkan oleh lelaki dan perempuan.

Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter.

Namun cadangan tersebut berubah-ubah apabila tahap aktiviti dan suhu luar meningkat. Sebagai contoh, seseorang yang berlari beberapa batu dalam cuaca 80 darjah perlu minum lebih banyak air.

7 Resepi Menggunakan Lemon

lemon recipe_neuro

1. Campurkan lemon dalam air suam. Sedia untuk diminum.

2. Teh lemon meningkatkan penurunan berat badan, jadi boleh minum 2-3 cawan setiap hari dengan menambah beberapa titik pada teh anda

3. Perah jus lemon dalam salad.

4. Titiskan perahan lemon pada ayam panggang.

5. Guna jus lemon untuk memerap daging.

6. Ambil beberapa titis jus lemon pada nasi apabila ia dimasak untuk mengelakkan bijirin melekat antara satu sama lain.

7. Atau boleh membuat sorbet lemon semasa musim panas untuk menyegarkan untuk melegakan tekak pada waktu panas.

Dah tahu kebaikan lemon?

Apakata mulakan hari anda dengan segelas air lemon selepas ini.

Boleh boleh?

Sihat itu jihad!

Anda Juga Mungkin Berminat

Ini PERBEZAAN Diet Di Malaysia & Vietnam!

Adakah Bersenam Malam Bahaya Untuk Tubuh?

Minyak Zaitun Pelindung Diri Daripada Risiko Kanser!

8 Kebaikan Ambil Minyak Zaitun Extra Virgin Sebelum Tidur

Gangguan Fungsi OTAK Punca Epilepsi

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

Scroll to Top
0