Bercucuk tanam adalah projek masa hadapan.
Contoh pemikiran pandang ke depan.
Kita tidak tanam hari ini dengan niat makan buahnya esok hari.
Ini namanya delay gratification. Teknik penting ajar pada anak-anak.
Apabila mahu sesuatu ada ‘Iddah’ masanya.
Bercucuk tanam atau gardening adalah satu proses. Perlukan pelbagai aktiviti.
Resipi elakkan Alzheimer’s atau nyanyuk di kemudian hari.
Dok kutip hasil. Tidak banyak jadilah untuk keluarga kecil saya makan.
Limau kasturi menjadi.
Cakap bab limau kasturi.
Kenapa perlu minum air limau kasturi?
Limau kasturi kecil. Khasiatnya besar. Mudah tumbuh.
Banyak guna di Asia tenggara untuk cerahkan kulit.
Di Vietnam.
Masa nak sambut Lunar New Year. Limau kasturi digantung di sekeliling rumah.
Mereka percaya ia akan bawa nasib baik sepanjang tahun tersebut.
Harganya murah. Yang tanam belakang rumah dapat free jer.
Mudah disediakan.
Nak guna limau lain pun boleh. Ikut selera sendiri.
Rendahkan Kolesterol
Limau kasturi ni termasuk dalam golongan buah sitrus.
Limau purut, limau nipis. Oren, lemon, grapefruit. Citron, kumkuat.
Limau kasturi kaya dengan serat larut pectin.
Serat larut yang bantu turunkan kolesterol jahat low-density lipoproteins (LDL).
LDL penyebab pembentukan kolesterol tersumbat dalam arteri.
Juga mampu kawal paras glukosa dan insulin.
Kajian mendapati terdapat peningkatan kawalan dalam pesakit diabetes.
Ikut kajian dalam jurnal Biochemical Analysis (2022) ada cakap,
Buah sitrus ada hypolipidemic effect – kesan pengurangan serum kolesterol dan LDL.
Kesannya, berlaku peningkatan kolestrol baik high density lipoprotein (HDL).
KOLESTEROL TINGGI TAPI BADAN KURUS? BACA DI SINI
Immunity Booster
Limau kasturi ada kandungan vitamin C yang tinggi.
Antioksidan padu serta nutrien lain seperti potassium, kalsium dengan vitamin A.
Vitamin C adalah raja untuk tingkatkan sistem imun.
Bantu lawan jangkitan contohnya apabila kena flu atau cik Vid.
Vitamin C bantu serap iron. Kuatkan sistem imun.
Percepat penyembuhan luka
Vitamin A ada beta carotene. Baiki penglihatan. Anti-aging.
Apabila stres, badan mula minta makanan ringan.
Stres turunkan vitamin C dalam tubuh.
Makan bukan makin bertenaga. Malah makin lesu.
Elak makan makanan berminyak.
Ambil minuman limau kasturi untuk tenaga.
KERAP JATUH SAKIT? CUBA SUPERFOOD NI!
Energy Booster
Satu tips mudah untuk power up tubuh guna limau kasturi.
Terutama apabila pulang dari kerja. Badan rasa lesu dan nak mengunyah.
Mengopi dan mengeteh. Berpisang goreng dan berkeropok lekor.
Apabila stres, badan mula minta makanan ringan.
Tak elok.
Mungkin beri kepuasan pada tunas rasa. Tapi nutrien tiada.
Bagaimana caranya?
- Perah limau dalam bekas ais seperti gambar. Pastikan penuh atau 3/4 penuh
- Masukkan madu. Gunakan madu stick seperti dalam gambar. Mudah.
- Simpan dalam freezer.
- Time nak minum, masukkan ketulan ais limau kasturi madu ke dalam cawan.
- Masukkan air panas separuh cawan. Biar ais kiub cair. Minum.
Minuman sitrus juga boleh tingkatkan fungsi OTAK.
Serta cegah OTAK daripada penyakit neurodegeneratif disebabkan gaya hidup tak sihat.
INI DIA KEBAIKAN LEMON RAMAI TAK TAHU! BACA DI SINI
Turunkan Berat
Jus limau kasturi adalah salah satu detoks semula jadi terbaik.
Kalau nak jimat. Daripada guna lemon pun boleh juga guna limau kasturi.
Beli satu plastik tu harganya pun jauh lebih murah.
Jus limau kasturi boost metabolisma.
Singkirkan toksin penyebab lemak berkumpul.
Walaupun masam dan bersifat asidik, tapi limau kasturi ni sama macam lemon.
Terbentuknya alkaline effect ke atas badan apabila sudah dicerna.
Memberikan kuasa detoks.
Dalam limau kasturi juga ada citrate.
Satu komponen dalam citric acid.
Ini buatkan air kencing kurang berasid.
Mampu pecahkan batu batu kecil penyebab batu karang.
Ada serat fiber. Bantu bakar lemak untuk turunkan berat.
Campur dengan daun pudina. Letakkan madu.
NAK TURUN BERAT? AMBIL MAKANAN TINGGI PREBIOTIK
Kaya Antioksidan
Ada phloretin lebih tinggi dari epal. Lebih tinggi dari teh hijau.
Bekal kuasa antioksidan luar biasa.
Nikmatnya nanti ialah awet muda.
Ada vitexsin – bahan power untuk darah tinggi dan jantung.
Turunkan tekanan darah. Kikis lemak kolesterol jahat. Ada ferulic acid.
Untuk hilangkan kedut pada kulit.
Antioksidan juga bantu relakkan gout. Contoh masa raya.
Apabila raya korban, limpahan daging berlaku. Daging dijamah semahunya.
Ada yang direbus. Ada disupkan. Ada dibakar.
Pendek kata disediakan dalam pelbagai rupa dan rasa.
Di utara daging cicah air asam antara menu utama.
Daging ambilnya berpada.
Terlebih ambil seolah pelawa gout. Undang uric acid untuk berpesta.
INGINKAN PETUA AWET SEMULAJADI? BACA DI SINI
Halang Keracunan Makanan
Kandungan utamanya ialah flavonoid.
Ada kuasa antibiotik.
Boleh menghalang keracunan makanan.
Ada anti-inflamasi, antiviral dan anti-bakterial.
Simptom keracunan makanan termasuk:
- Muntah
- Loya
- Cirit-birit
- Sakit perut
- Demam
Keracunan makanan ni boleh jadi banyak sebab.
Kalau makanan berproses, pelakunya bakteria campylobacter.
E.coli dalam makanan mentah yang tak masak.
Norovirus dalam makanan laut yang tak masak.
Salmonella dalam ternakan contoh macam telur.
Basuh dulu telur sebelum dipecahkan.
Sifat asidik bantu bunuh virus, parasit dan bakteria penyebab food poisoning.
Apabila melihat limau kasturi diperah satu persatu ke dalam air asam kecur air liur.
Aromanya menyegarkan. Membuka mata dan selera.
Baharu sekarang tahu kuasanya menghalang kita dari keracunan makanan.
Kurangkan Bau Badan
Petua orang dulu.
Guna limau kasturi untuk kurangkan bau badan.
Ada ciri anti-perspirant. Deodoren semulajadi.
Cerahkan bahagian ketiak.
Gunakan jus perahan. Atau potong dua. Lumurkan.
Sifatnya yang berasid rendahkan paras pH kulit.
Bila rendah, susah bakteria bau badan nak bertapa untuk hidup.
Lebih spesifik lagi,
Enzim bernama C-T lyase.
Ada dalam Staphylococcus hominis.
Bukan itu jer.
Bila amalkan minum limau kasturi.
Bantu kekalkan kesihatan buah pinggang.
Boleh kurangkan bau air kencing serta cerahkan warnanya.
Biasanya hari Jumaat saya buat minuman limau kasturi.
Kutip belakang rumah.
Stok tak putus sepanjang tahun.
Bahan bahan yang perlu ialah:
- halia sebesar ibu jari
- sebiji epal
- 3-4 limau kasturi
- Garam himalaya
- 1/2 cawan air suam
TAHU TAK NANAS JUGA EJEN ANTI BAU BADAN? BACA DI SINI
Tingkatkan Keanjalan Kulit
Bantu badan hasilkan kolagen.
Komponen penting untuk hubungkan tisu badan.
Juga penting untuk kekalkan kesihatan kulit dan otot.
Agar sentiasa lembap dan padu.
Limau kasturi juga ada kandungan citric acid tinggi.
Bantu redakan kulit kusam dan kasar.
Buang sisa baki sel kulit mati untuk kulit baru yang lebih cerah.
Dikenali sebagai tonik kecantikan.
Nikmati segarnya. Rasai kuasa limau kasturi.
Kajian dalam Journal of Food and Drug Analysis (2017),
Limau kasturi kaya dengan 7 jenis flavonoid.
Serta jumlah asid askorbik dalam limau kasturi mampu cantikkan kulit.
Petua orang dulu untuk muka glowing gitu.
Sebab apa?
Sebab ia detoks usus. Cuci kerak melekat serta bersihkan organ.
Bila usus sihat. Takkan beri masalah pada kulit muka.
Jerawat pun takkan naik senang-senang.
Julia F. Morton dalam bukunya bertajuk ‘Fruits of Warm Climates’,
Limau kasturi bantu bersihkan jerawat bernanah (vulgaris acne).
Dan kegatalan pada kemaluan apabila disapu pada kulit.
TAHU TAK KOLAGEN JUGA TINGGI DALAM KAKI AYAM? BACA DI SINI
Singkirkan Toksin
Detoks penting.
Tujuan hilangkan toksin dari tubuh.
Lemak terbentuk adalah salah satu contoh toksin dalam badan.
Kalau tak detoks.
Dia serang perut dulu. Memboroi.
Diikuti dengan bahagian belakang. Hunchback.
Lepas itu bahagian lengan dengan dagu.
Maka, bergelimpangan kawah berbentuk busut pada muka.
Ada sesetengah pada belakang badan. Atau pada bahagian kulit kepala.
Bintil merah. Bila kupas jerawat rupanya.
Menunggu masa meletup. Kemudian tinggalkan parut.
Kulit tidak anjal. Kendur dan kering.
Masalah bertapak dalam usus. Toksin berlegar legar.
Perut kerap rasa tak selesa. Kembung.
Sekali melepas. Paling padu yang tak berbunyi. Tu bahaya.
Nanya orang sekeliling. Melepas pula bukan sekali dua.
Dalaman tak sihat akan cerminkan luaran tak sihat.
Toksin adalah bom jangka dalam tubuh.
Jadi perlu buang toksin.
Tak perlu suplemen yang overclaimed tu. Apa yang diletaknya dalam tu.
Guna sumber semula jadi. Founder Sang Pencipta. Tak perlu was-was.
Ni antaranya:
- Aloe vera
- Limau kasturi / lemon
- Timun
- Madu
- Pudina
- Air
- Sediakan isi aloe vera sebesar jari tengah dan jari telunjuk.
- 3 biji limau kasturi bersaiz sederhana / 2 keping hirisan lemon.
- 5 ke 10 helai daun pudina.
- Separuh batang timun.
- Blend & masukkan air ikut kepekatan yang disukai.
- Masukkan satu sudu madu asli.
- Masukkan dalam peti ais jika mahu sejuk. Atau minum terus.
Limau kasturi yang bersifat asidik juga boleh legakan masalah gelema/kahak.
TAHU TAK SADERI JUGA BANTU BUANG TOKSIN? BACA DI SINI
Kawal Tekanan Darah
Kulit limau kasturi ada tannins.
Bahan penting untuk anti-inflammatory.
Bantu surutkan bengkak akibat cedera.
Tannins bantu penggumpalan darah yang terkawal.
Bantu kawal tekanan darah. Tak rendah tak tinggi sangat. Sedang elok.
Nak kongsi petua detoks.
Tapi kali ni detoks pecahkan lemak.
Tak layah lah nak sayang sangat dengan lemak tu.
Lemak ni bahaya. Jadi tempat simpan toksin.
Badan kita jadi tong sampah bergerak.
Nak buang toksin dari lemak dan pecahkan perlukan:
- 1/2 biji limau kasturi
- 1/2 biji lemon
- 4-5 helai daun pudina
- 1 biji saiz sederhana timun
- 1 Sudu besar jus halia
- 6 cawan air
Caranya pun mudah.
Masukkan semua bahan ke dalam jug atau gelas bertutup.
Masukkan air. Biarkan semalaman.
Maksudnya sebelum tidur kita sediakan bahan ni.
Esok pagi bangun terus minum. Pagi lebih lawas jadinya.
Nanti boleh rasa seluar atau kain dah mula loose.
ANDA PEMINAT TEGAR KOPI SEGERA? APA KEBAIKANNYA?