Kenapa Masih Di Takuk Lama?

Salman mulakan bicara. Soal beliau “Kenapa aku masih di takuk lama? Aku study sampai peringkat tinggi kot?”

Aku diam. Hanya melihat Salman. Hanya pasang telinga.

Salman menguis tanah dengan ranting kecil di tangannya. Seolah membuat lakaran di atas tanah. Asyik.

Ya betul. Salman studi tinggi. 3 menara tinggi di takluknya.

Tapi itu 10 tahun lepas. Usai studi tiada lagi pengajian. Telaahnya hanya bidang studinya.

Tiada ilmu tentang kehidupan dipelajari. Ilmu kuasai diri di pandang sepi. Ilmu mampu lonjakkan diri diletak ke tepi.

Salman hidup dalam bayang kisah silam. Sarat dengan fikiran kelam. Sarat kata-kata negatif yang sentiasa mengancam.

Dia seolah terpasung. Seperti anak gajah yang terikat kaki. Apabila besar masih terasa pasungan. Tidak mampu gerak diri.

Aku bersuara. “Man, ilmu perlu diperbaharui. Apabila apa yang kita ketahui setakat membawa kita ke daerah sama, itu malapetaka.

Apabila ilmu kita ada hanya menjadi air pusar menarik kita ke dalam lubuk air, itu tragedi.

Apabila ilmu yang kita ada hanya mampukan kita hidup seadanya itu petanda perubahan perlu dijana.”

Salman diam. Terkesima. “Jadi aku kena buat apa?” soal beliau.

“Man kalau ada program boleh bantu tingkat potensi, kau hadir. Boleh minta dengan organisasi. Kalau mampu bayar sendiri.”

Salman masih diam. Pandangannya jauh. “Ok kalau kau tahu ada apa-apa program beritahu aku.”

“Insyaa Allah boleh sangat.” Aku senyum. Belakang Salman aku tepuk-tepuk.

Anda Juga Mungkin Berminat

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

Scroll to Top