13 Khasiat Bendi Selain TURUNKAN KOLESTEROL!

Kolesterol tinggi PENYEBAB penyempitan salur darah.

Disebabkan mendapan lemak.

Darah sukar sampai ke jantung dan otak.

Risiko tinggi serangan jantung dan strok otak.

Macam mana cara kawal paras kolesterol? Ambil bendi.

Lendir bendi akan melekat pada kolesterol jahat.

Dihadam seterusnya disingkirkan dari tubuh melalui proses membuang.

Bendi tinggi vitamin A, C dan K.

Penting untuk sistem imun tubuh dan penggumpalan darah.

Vitamin K bagus untuk kuatkan tulang.

Bendi juga ialah cancer fighter. Terima kasih kepada protein bendi iaitu lectin.

Yang bantu halang pertumbuhan sel kanser dalam tubuh.

Antaranya, breast cancer.

ARTIKEL SETERUSNYA

<img draggable= 9 KHASIAT BUAH CERI UNTUK KESIHATAN

Bendi tinggi antioksida untuk kurangkan radang otak.

Ada catechin, epicatechin, procyanidin.

Bertindak sebagai penjaga neuron (sel otak). Halang sel otak dari mati.

Tingkatkan kapasiti otak. Bantu hidupkan sel otak (neurogenesis).

Terutama bahagian otak yang libatkan learning dan memori.

Padu tak padu bendi ni.

Anti nyanyuk. Bendi punyai kapasiti halang penyakit berkaitan neurodegeneratif.

Termasuk dementia dan Alzheimer’s.

ARTIKEL SETERUSNYA

<img draggable= 21 KHASIAT LUARBIASA ROMAINE LETTUCE

Bantu kawal jumlah gula dalam darah.

Secawan bendi ada 3g fiber. Kalau nak turunkan berat badan, wajib ambil bendi.

Bantu cuci usus, cegah sembelit dan lawaskan pembuangan.

Bendi juga anti-diabetic.

Fiber dari bendi perlahankan kemasukan gula dalam darah.

Nanti tanam je bendi ni dekat rumah.

Mudah tumbuh dan berbuah.

ARTIKEL SETERUSNYA

<img draggable= 1o KHASIAT MELON CUKUP MENAKJUBKAN!

Bendi juga kaya sumber vitamin B6, magnesium dan folat.

B6 sangat penting untuk:

  • Fungsi otak, sistem imun & sistem saraf.
  • Tukarkan nutrien kepada tenaga.
  • Bentuk sel darah merah.
  • Bentuk RNA & DNA.
  • Pecahkan lebihan homocysteine.

Paras homocysteine tinggi dalam tubuh.

Boleh tingkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Magnesium perlu untuk:

  • Stabilkan degupan jantung.
  • Pastikan otot & saraf berfungsi elok.
  • Seimbangkan paras gula dan tekanan darah.
  • Hasilkan tulang, protein & DNA.

Folat mainkan peranan penting untuk:

  • Cegah cacat pada bayi dalam kandungan.
  • Hasilkan sel darah merah sihat.
  • Pertumbuhan sel yang normal.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top