12 Khasiat Buah Salak – Buah Rangup Tajam Bersisik

Pekena dulu buah salak. Ada pernah makan?

Rasa manis ada kelat sikit tapi tak kelat sangat.

Rangup macam epal.

Ramai tak tahu buah salak ni ada banyak khasiat untuk tubuh.

Tahu tak salak ni kaya beta carotene.

Yang ditukar jadi vitamin A.

Untuk kurangkan stres pada mata akibat cahaya berlebihan.

Bantu sihatkan mata.

Salak juga adalah ‘julap’ semula jadi kerana kaya tannin dan saponin.

Yang ada sembelit atau ceri beri tu elok sangat amal makan salak.

Ni paling tak sangka.

Salak ada flavonoid. Macam dalam dark chocolate tu.

Flavonoid ni penting untuk lindungi otak.

Lancarkan aliran darah dalam otak.

Tingkatkan memori

Dan juga kuatkan sistem imun tubuh.

Jangan pandang sebelah mata je salak ni.

BACA: INI KHASIAT LUARBIASA PETAI DI SEBALIK BAUNYA

Salak bertindak sebagai ‘energy booster.’

Rangsang sistem metabolisma. Serta tingkatkan stamina.

Ada serat dan pectin – berpotensi untuk rangsang respons imun.

Salak juga bantu elak ‘craving.’

Buatkan perut kenyang lebih lama.

Ramai tak tahu salak dianggap sebagai ‘memory fruit.’

Kerana keupayaan untuk singkirkan oxidative stress.

Penyebab penyakit degeneratif otak.

Potassium dalam salak bantu lindungi jantung.

Redakan ‘tension’ arteri serta kejang pada sistem kardiovaskular.

BACA: 8 SEBAB KENAPA PERLU MAKAN BUAH PISANG KAKI

Ini petua lama.

Kulit salak dikeringkan dan dijadikan teh.

Untuk rangsang regenerasi sel dalam pankreas – organ yang kawal diabetes.

Ada satu bahan bernama pterostilbene.

Ejen turunkan glukosa darah bantu kawal tahap diabetes.

Salak perlu ada dalam diet harian.

Bantu tingkatkan kesihatan keseluruhan badan.

Kaya anti oksida bantu lindungi badan dari kerosakan karsinogenik berbahaya.

BACA: 7 JENIS ULAM UNTUK KULIT LAWA AWET MUDA

 

 

P/S:

DAPATKAN KOLEKSI O.T.A.K SEKARANG SEMENTARA STOK MASIH ADA

OTAK 2.0 [EDISI BARU]

100 RAHSIA SIHAT ALAMI

60 RESIPI SIHAT

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0