9 Khasiat Ceri Untuk Kesihatan OTAK Dan Tubuh

Kalau nak pilih ceri manis dan juicy.

Cari yang warna merahnya pekat dan gelap.

Ni spesis Sweet Cherry.

Yang warna kuning merah pun manis.

Dipanggil Rainier Cherry. Kulit lebih nipis dengan isi warna kuning.

Biasanya, ceri merah dari negara Kanada.

Dikenali sebagai pengeluar ceri paling berkualiti tinggi dunia.

Dengan kandungan Brix (tahap manis) paling tinggi antara ceri ceri lain.

Sebab cuaca di sana paling ideal sempurna untuk ceri berbuah.

Ceri dari negara AS pun tak kurang hebatnya.

Selalu senang dapat di supermarket berdekatan.

Kalau yang sukakan masam, boleh ambil Tart Cherry.

Kenapa dengan ceri ni?

Ceri buah berantioksida tinggi yang bersifat ‘anti-inflammatory’

Sama dengan strawberi.

Kandungan anthocyanin cukup tinggi cegah kerosakan sel tubuh.

1 mangkuk ceri bekalkan vitamin A, C dan E

Jangan makan terlalu banyak ceri dalam sekali duduk.

Sebab takut cirit birit.

Sebab ceri ada salicylates yang boleh rangsang sakit perut.

Dalam sehari, boleh ambil 10 – 15 biji.

Yang ada masalah tidur, berdampinglah dengan ceri.

Sebab ceri ada sejumlah melatonin dan tryptophan cukup tinggi

Untuk tidur lebih nyenyak. Stabilkan aktiviti otak.

Bantu redakan stres. Elak kerap terjaga tengah malam dan insomnia.

Selain itu, ceri bagus untuk workout recovery/weight loss.

Kajian dapati,

Ekstrak Tart Cherry bantu tingkatkan prestasi pelari jarak jauh

Dengan masa habiskan larian 13% lebih tinggi.

Berbanding pelari yang tak ambil ekstrak ceri.

Dan mereka juga kurang sakit otot dan urat selepas larian.

Padu tak padu ceri.

Bantu redakan kesakitan akibat gout. Rendahkan paras asid urik

Kajian libatkan lebih 600 penghidap gout.

Di mana hasil mendapati,

Mereka yang makan ceri selama 2 hari punyai 33% lebih rendah risiko alami kesakitan

Ceri juga pelindung jantung.

Sebab kaya dengan sterol tumbuhan. Juga tinggi potassium.

Bantu turunkan tekanan darah.

Sterol penting untuk turunkan kolesterol jahat.

Di sebalik manisnya ceri, ia masuk buah rendah Indeks Glisemik.

Sesuai untuk diabetes. Kulitnya cukup berserat.

Untuk elak pelepasan gula mendadak ke dalam salur darah.

Bila membuang, cukup lancar dan tak keras.

Siapa sangka ceri juga ada bahan biokatif cegah kanser!

Ada melatonin dan anthocyanin.

Bantu cegah kerosakan dibuat oleh sel penyebab kanser.

Jadi, pastikan ceri ada dalam snek harian Tuan Puan.

Boleh amal?

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0