12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Bila berhenti rokok orang jadi stress.

Cara nak hilang stress berhenti rokok ialah inhale bau Essential Oil Black Pepper.

Yang tak merokok pun sama. Hilang juga stress atau murung.

 

Tapi ni kan bulan puasa. Mana boleh merokok.

Inilah masanya bagi kaki hisap untuk berhenti merokok for good.

Blackpepper atau lada hitam ni saya suka baunya.

Buat pula ayam masak black pepper memang merecik!

Ini resepi saya sediakan ayam panggang lada hitam.

Gerenti sehingga menjilat jari. Sos lada hitam tu saya buat from scratch.

Tak guna yang ready-made. Nak buat sos mudah saja.

Bahan sos:

1. Lada hitam hancur 4 sudu

2. Minyak kelapa 2 sudu

3. Gula kelapa 5-6 sudu

4. Bawang putih (dihiris nipis dan kecil)

5. Bawang merah (sama kena hiris juga)

 

1. Panaskan kuali.

2. Masukkan minyak kelapa 2-3 sudu.

3. Biar minyak panas. Masukkan bawang putih dan temannya.

4. Kacau seminit dua dalam api sederhana.

5. Masukkan lada hitam. Kacau 2-3 minit bagi sebati.

6. Masukkan gula kelapa 5-6 sudu.

7. Kacau sampai larut.

8. Matikan api.

* kalau nak guna madu pun boleh ganti gula kelapa

 

Bersihkan ayam.

Toreh toreh sikit isi ayam biar sos boleh masuk. Lumurkan sos.

Sapu kuali dengan sedikit butter. Masukkan ayam. Tutup dengan penutup.

Sebelum terbalikkan ayam sapu lagi sos. Orang puteh panggil layering.

Bila dah masak, angkat dan sapu lagi sos.

Kali ni banyakkan sikit. Biar nampak melekit.

Hidangkan bersama jagung stim. Carrot dan bawang saute kilas.

Bijan untuk tabur tabur biar nampak gaya restoren sikit.

 

Dalam kunyit ada satu sebatian cukup power bernama Curcumin.

Sayangnya, kajian juga dapati curcumin sukar diserap tubuh manusia.

Sebab sifat metabolismanya terlampau tinggi.

Bila tinggi, Curcumin sangat cepat disingkirkan keluar dari tubuh.

Jadi macam mana?

Ada tak cara untuk tingkatkan penyerapan Curcumin ni?

Ada iaitu gabungkan Curcumin bersama bahan dalam lada hitam bernama Piperine.

Curcumin dengan Piperine ni ibarat merpati dua sejoli. Saling melengkapi.

Bila digabungkan bersama, kadar serapan naik 2000%.

20 kali ganda Curcumin mampu diserap tubuh.

Lada hitam kaya khasiat kesihatan jarang orang dengar.

Antaranya, tingkatkan metabolisma tubuh.

Yang mahu kurus langsing kena ambil.

Boleh bantu bakar kalori berlebihan yang tubuh tak perlu.

Yang ada ‘extra’ lemak dekat bahagian perut pun sama.

Yang asyik burp burp tu pun boleh dilegakan.

Boleh masukkan secubit dalam smoothie buah.

 

Bertindak sebagai ‘anti-depressant’ semula jadi.

Sesuai sangat bagi yang asyik stres.

Sikit sikit melenting boleh la masukkan dalam diet harian.

 

Siapa sangka, walaupun kecil halus cinonet tapi!

Lada hitam kaya mineral Kalsium, Magnesium, Fosforus, Natrium, Kalium.

Bila dicampur dalam makanan, kesan antioksidan lada hitam bantu baiki kerosakan pada sel sel.

 

Mengikut jurnal Aging & Disease tahun 2023,

Lada hitam bersifat ‘neuro-protective’ – bantu rangsang ‘chemical pathaway’ dalam otak.

Tingkatkan memori dan fungsi kognitif.

Ini 12 kebaikan black pepper ramai jarang dengar.

Selain kasi Umphh pada makanan:

Bantu bakar lemak

Bantu turunkan berat

Cuci usus & perut

Cegah risiko kanser

Cegah kulit berkedut

Kawal tekanan darah

Hasilkan sel darah merah

Sihatkan rambut

Elak sembelit

Legakan flu

Legakan sakit sendi

Tingkatkan kuasa memori

 

HERBA HERBA LAIN:

KUNYIT

HALIA

HALBA

KULIT KAYU MANIS

Anda Juga Mungkin Berminat

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Apa Jadi Dekat Tubuh Selepas Larian Maraton?

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

Scroll to Top