6 Nutrisi Ada Dalam Kumquat Untuk Kesihatan

Pernah makan Kumquat?

Sehari boleh ambil 3-4 biji.

Bantu penuhkan separuh keperluan vitamin C harian.

Kumquat boleh dimakan sekali dengan kulit.

Rasanya unik dengan pesta rasa masam manis.

Pastikan Kumquat dicuci sebersihnya sebelum dimakan.

 

Bantu proses detoxification. Bekalkan hidrasi untuk tubuh.

Selain kaya vitamin C dan fiber,

Kumquat tinggi Manganese, kalsium dan vitamin A.

Satu satunya buah citrus yang boleh dimakan sekali dengan kulit.

Antioksidan paling tinggi ada dalam kulitnya.

Yang nak turunkan berat,

Jadikan Kumquat sebagai snek gantikan jajan tak sihat.

 

Kumquat masuk kategori ‘cancer-fighting foods’.

Selain buah citrus lain seperti oren, lemon, limau kasturi, grapefruit.

Menurut kajian di Korea Selatan pada tahun 2013,

Amal makan buah citrus dalam diet harian dikaitkan dengan penurunan risiko breast cancer sebanyak 10%

Kanser lain termasuk kanser perut, pankreas dan esofagus.

Dalam perubatan tradisional Cina,

Kumquat digunakan sebagai alternatif legakan gatal tekak. Legakan batuk

Kurangkan kahak. Legakan sakit tekak dan simptom demam

Gunakan air panas, perahan limau nipis, Kumquat, sedikit madu untuk buah teh Kumquat.

Sekarang ni musim Kumquat.

Mungkin Tuan Puan akan terjumpa di pasar raya.

Kalau terjumpa, boleh masukkan dalam troli.

Belum cuba belum tahu.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top