Kurma Mentega Pembekal Tenaga Di Bulan Puasa

Kalau nak kekal bertenaga. Nak kurangkan lapar melampau.

Boleh lah masa sahur nanti kepit tamar dibuang biji.

Dengan pure unsalted butter dan diletak hirisan Granola Bar.

Lepas itu ngap masuk dalam mulut.

Boleh juga guna peanut butter atau almond butter.

BACA SETERUSNYA:

MENTEGA KACANG ATAU MENTEGA BADAM? MANA LEBIH BERNUTRISI?

Ini resepi saya amal sewaktu sahur selain Barley Flakes dan Coco Vegan.

Makan buah tamar ikut cara kegemaran Nabi SAW.

Apa signifikan tamar atau kurma terhadap kesihatan?

Lebih lebih lagi pada bulan puasa?

Walaupun kecil cinonet tapi tamar adalah ‘powerhouse’ segala nutrien utama tubuh perlukan antaranya:

Protein, vitamin B6, potassium, magnesium, iron dan manganese.

Paling unik, tamar ada sejumlah antioksidan Polyphenols lebih banyak berbanding kebanyakan buah dan sayur.

Tamar juga tinggi fiber untuk kenyang lebih lama. Selain gula semula jadi untuk optimalkan fungsi tubuh.

Ramai tak tahu, di sebalik manisnya – tamar adalah sumber rendah Indeks Glisemik.

Amal makan tamar sehari beberapa biji (bawah 10 biji) tak akibatkan kenaikan mendadak gula darah.

[UAE University, Nutrition Journal, 2011].

Apa lagi kelebihan tamar? BACA SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Punca Gastrik Sebenar Ramai Tak Sedar: Bukan Sebab Asid Berlebihan, Tapi Ini Yang Berlaku Dalam Perut

Puasa & Awet Muda: Rahsia Perlahan Penuaan Dan Panjangkan Umur Yang Ramai Tak Sedar

Bersahur & Berpuasa Dengan Celtic Salt: Rahsia Kekal Bertenaga, Kurang Dahaga & Tak Lemah Sepanjang Ramadan

Paras Normal Gula Darah Semasa Puasa: Berapa Bacaan Sebenar Yang Dianggap Sihat?

Apa Itu Autophagy? Kenapa Ada Orang Puasa Makin Sihat, Ada Yang Makin Lemah

Scroll to Top