Ilmu Supermahal: Kuruskan Badan Dengan Vitamin C

Ni pasal kuruskan badan dengan vitamin C. Ilmu supermahal ni. Jadi baca betul betul dan ambil tindakan.

Macam tak percaya saja kan yang vitamin C boleh kuruskan badan dengan efisien. Sabar. Jangan meroyan dulu. Baca sampai habis.

Vitamin C rangsang tubuh untuk bakar lemak dengan lebih cepat. 

Bukan tu saja kerja vitamin C.

Vitamin C juga bantu cepatkan keluarnya lemak dari badan kita.

Baguskan macam tu. Bakar dan buang. Kalau bakar dan tinggal menyusahkan pula.

Macam orang bakar sampah. Balance sampah tu akan tertinggal lagi. Sakit mata dok tengok.

Ada satu rahsia luarbiasa lagi. Bakar lemak ni akan jadi lebih efektif kalau combine Vitamin C dengan senaman.

You read it right.

Kena bersenam untuk lebih efektif.

Cerita vitamin C bantu bakar lemak ni bukan saya sembang kari. Ni sembang dapatan saintifik. Sembang jurnal.

Jom baca sat kajian dari Journal of American College of Nutrition.  

Kajian tahun 2005. Kajian ni sebut ambil 500mg Vitamin C naikkan kemampuan tubuh bakar lemak.

Masa bila berlaku. Masa senaman baru mencecah antara 30%-40%. Menarik kan?

Vitamin C ni nama dalam buku ialah Ascorbic Acid.

Apa yang menarik untuk tubuh keluarkan Carnitine, tubuh perlukan Vitamin C. Carnitine ni lah yang akan convert lemak kita tu kepada energi.

Ada tak kajian lain pasal vitamin C dan bakar lemak ni?

Usih mestilah ada. Satu lagi kajian ada di jurnal Nutrition & Metabolism. Kajian ni di published pada tahun 2006.

Kajian ni sebut orang yang kurang vitamin C gunakan 25% kurang lemak semasa senaman

Beza dengan mereka yang tinggi vitamin C.

Satu lagi finding mereka ialah geng yang kurang vitamin C ni cepat letih. Sebab tu kot rasa malas nak bersenam sebab takut penat.

Apa yang kita boleh belajar dari 2 kajian jurnal ni?

Sebelum bersenam ambil vitamin C.

Kat mana nak dapat? Selain ambil suplemen vitamin C tinggi dalam:

Jambu Batu

Satu setengah cawan jambu batu ada lebih kurang 671mg vitamin C.

Mantaplah kan. 

Sebelum keluar senaman potong jambu batu satu setengah cawan dan makan.

Baca lanjut: 7 MANFAAT MAKAN JAMBU BATU

Kiwi

Satu setengah cawan ada 304mg Vitamin C.

Kalau tambah dua setengah cawan dapat lebih dari 500mg vitamin C.

Kalau ada masalah rambut menipis, pastikan vitamin cukup.

Tanganinya dengan ambil Makanan Ini.

Salah satunya adalah kiwi.

Capsicum Kuning

Sebiji setengah bekalkan lebih dari 500mg vitamin C. Menarik kan?

Kalau stres, boleh cuba ambil capsicum.

INI 7 CARA REDAKAN STRES

Oren

Buah oren tinggi vitamin C.

Mengandungi 70% vitamin C daripada nilai harian anda hanya dalam satu hidangan.

Vitamin C merupakan vitamin penting dalam pengeluaran kolagen badan.

Mampu lambatkan proses penuaan. Kulit jadi cantik dan muda.

Juga membantu mengurangkan risiko masalah sendi dan mencegah penuaan kulit.

Baca juga: 9 SEBAB BAHAYA MINUM JUS BUAH

Betik

Betik mempunyai banyak kandungan vitamin C, folat dan karotenoid

Betik merupakan satu-satunya sumber enzim pencernaan alami yang membantu pencernaan. 

Dalam 150 gram buah pepaya, mengandung vitamin C sebanyak 90 mg.

INI KELEBIHAN MAKAN BETIK

Strawberi

Strawberi adalah salah satu vitamin C powerhouse

Dalam 100 gram buah strawberry mengandungi 580mg vitamin c.

Kaya dengan lycopene, sejenis antioksidan yang dapat mencegah penyakit kanser.

Baca lanjut: 6 MAKANAN TINGGI ANTIOKSIDAN

Mangga

Dalam 100g mangga mengandungi 36.4mg vitamin c.

67% dari keperluan harian ada pada mangga. Banyak tu. 

Ambil waktu pagi semasa perut kosong sebelum bersenam.

Efek dia sangat power!

Kita dah top up dan sempurnakan keperluan tubuh untuk hari tu. 

Mesti tertanya kenapa perlu ambil waktu pagi ketika perut kosong?

INI SEBABNYA!

Anggur

Buah anggur mengandungi vitamin c tinggi iaitu 10,8 mg tiap 100 gram.

Lebih-lebih lagi anggur merah.

Mengandung zat besi, kalium, serat dan antioksidan yang tinggi.

Anggur ini bagus kalau tak mahu tubuh meragam. Dikategorikan dalam makanan 'rainbow food'

Kenapa perlu ambil 'Rainbow Food' ?

INI SEBABNYA!

Delima

Satu buah delima membekalkan 40% vitamin C dalam keperluan harian.

Delima juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin, vitamin A dan E.

Antosianidin dalam delima memiliki sifat antioksidan dan anti-inflamasi.

Mampu menurunkan kolesterol dan tekanan darah, melindungi gigi, mencegah osteoartritis, alzheimer, dan kanser payudara, leukemia.

Ada kajian pasal delima ini betapa hebatnya untuk otak dan tubuh.

BACA DISINI

Epal

Kandungan vitamin C dalam 100 gram buah epal adalah 5 mg.

Epal kaya dengan flavonoid antioksidan yang mengurangi risiko penyakit jantung, stroke dan kanser.

1 biji buah epal mengandungi sekitar 80 kalori.

Epal juga antara makanan berkhasiat patut di makan setiap hari.

Rasanya sedap. Rangup!

Bukan itu sahaja, epal sangat baik bagi yang sedang berdiet. 

Macam mana nak buat?

Cuba terus esok. Cari buah. Kalau tak ada ambil saja suplemen vitamin C. Kajian kat atas tu semua guna suplemen.

Amacam.. Boleh kan?

P/S: Tuan Puan dah dapatkan BUKU SIHAT ALAMI keluaran terbaru?

Sekarang tengah HARGA PRE-ORDER!

R̶M̶7̶9̶ RM49 sahaja!

Jom pre-order sekarang: KLIK DI SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top