Nasi Lemak Kategori Makanan Sihat – Ini Perkongsian Dr Rizal

Ada yang beritahu.

Tak elok makan nasi lemak sebab banyak lemak.

Kesitu pula yer.

Tapi nasi lemak tak bersalah dalam hal ni.

Yang salahnya orang yang makan tu.

Kenapa macam tu?

Kalau sekali makan tu pekena 2 pinggan mana nak eloknya.

Betul tak?

Nasi lemak ni elok. Cukup nutrisi khasiat.

Ada santan segar. Makan pula dengan telur. Sumber protein.

Ikan bilis. Kaya omega-3. Kacang. Bagus untuk kolesterol.

Lagi padu pekena nasi lemak buatan ibu. Buatan cikpuan isteri.

Nasi lemak juga ada lemak sihat. Unsaturated fats.

Yang tak sihat dipanggil saturated fats.

Kenapa sihat?

Sebab unsaturated fats ni lebih banyak badan guna untuk hasilkan tenaga.

Berbanding disimpan sebagai lemak.

Nasi lemak masuk dalam senarai 10 makanan sarapan pagi sihat untuk dimakan.

Kandungan ‘resistant starch’ bertambah apabila nasi dimasak bersama santan atau minyak kelapa.

Resistant starch bertindak sebagai serat dalam usus.

Dan akan keluar bersama najis kerana tak dihadam jadi glukosa.

Kalau makan French fries?

Ada saturated fats.

Badan lebih banyak simpan jadi lemak berbanding guna untuk tenaga.

Ada lemak sihat iaitu capric acid. Caprylic acid dan lauric acid.

Ejen tingkatkan metabolisma.

Ada MCTs dalan santan. Galakkan weight loss.

Turunkan selera ingin berkudap makanan manis berminyak.

Sebab itu makan pun kenyang lama.

Berat tak ganggu. Tak sebabkan kembung dan amat sesuai dijadikan sajian utama.

Tak ganggu usus.

Nasi lemak paling sedap dimakan dengan kangkung celur.

Nasi juga dimasak dengan daun pandan. Bukan untuk sekadar wangi.

Nigella Lawson iaitu seorang cef selebriti terkenal.

Dalam satu wawancara beliau ada cakap:

“Daun pandan adalah trend terbaru.

Dianggap ‘the new matcha’ selepas teh hijau dan avocado”.

Makin femes daun pandan terutama di negara AS.

Kalau kita mungkin pandang sebelah mata jer daun pandan.

Tumbuh pun meliar belakang rumah.

Nak tak nak guna masa nak buat onde onde atau nasi lemak.

Kalau tak biar saja.

Nak tahu khasiat pandan?

Ini 14 Khasiat Daun Pandan Selain Aroma Wanginya

 

ARTIKEL TRENDING:

Beras Basmati Dan Beras Biasa – Sama Ke?

10 Makanan Naikkan Sel Darah Putih

8 Khasiat ‘Superflower’ Bunga Telang

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top