5 Makanan ANTI-DIABETES Wajib Ada Dalam Diet

Persatuan Endokrin & Metabolik Malaysia (MEMS) mendapati,

Tahap pengetahuan dan kesedaran berkenaan diabetes

Masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Tengok kenyataan di atas.

Itulah realiti di mana masih ramai rakyat di negara kita yang ada mindset.

Di mana diabetes boleh dihindari.

Dengan hanya kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman manis.

Mereka masih tidak sedar bahawa diabetes bukan sekadar manis.

Tetapi merangkumi amalan cara hidup yang sihat untuk mencegah komplikasi.

Bagi penghidap diabetes.

Ada pantang larang yang perlu diikuti.

Elak meratah diri.

Ada yang cut terus sesetengah makanan.

Tapi tahu tak sebenarnya penghidap diabetes ni boleh jer makan seperti biasa.

Eh betul ke ni? 

Ya. Betul.

Sebab tu perlunya ilmu pemakanan yang betul.

Sebab kalau tak belajar memang tak tahu lah.

Saya akan kongsikan ilmu ni untuk tuan puan.

Tentang diet anti-diabetes. 

Tapi!

Kena faham SATU BENDA ni.

Makanan yang bergula tinggi amat tidak digalakkan.

Makanan yang diambil perlulah berupaya kawal kestabilan gula dalam darah.

Diabetes atau kencing manis.

Disebabkan oleh kandungan gula tinggi dalam darah. 

Apa contoh makanan yang kawal kandungan gula dalam darah, menjadikannya stabil?

Makanan ni dikenali sebagai makanan berglisemik rendah.

Apa pula glisemik rendah ni?

Baiklah.

Indeks Glisemik (GI) mengaplikasikan tahap.

Di mana ia ukur seberapa cepat makanan berkarbohidrat tingkatkan paras gula dalam darah.

Skala GI makanan diberi skala satu hingga seratus.

  • Indeks glisemik bernilai 1-55 =Rendah (Baik)

  • Indeks glisemik bernilai 55-69 =Sederhana

  • Indeks glisemik bernilai 70 ke atas = Tinggi (Tidak Baik)

Apa tips yang boleh diamalkan?

  1. Ganti beras biasa dengan beras basmati
  2. Ganti roti biasa dengan wholemeal
  3. Ganti jus/buah dalam tin dengan buah segar
  4. Pastikan ada 1 jenis makanan rendah GI dalam snek/hidangan utama

Berikut adalah jenis makanan yang mengandungi GI rendah;

1- Jagung

Ramai suka ganti nasi dengan jagung sebab jagung berglisemik rendah.

Rasanya manis. Dan berkacang.

Bila makan jagung, rasa craving makanan yang tidak sihat dapat diatasi.

Nilai glisemik jagung (GI=52).

Lebih rendah berbanding nasi (GI=73).

Jadi, jagung  ambil masa lebih lama untuk badan cerna.

Membuatkan kadar gula dalam darah tidak naik mendadak selepas makan.

Perut kenyang lebih lama.

Beras putih boleh ganti dengan 7 MAKANAN PENGGANTI NASI PUTIH 

Alternatif beras lain contohnya beras bario

2- Ubi keledek

Ubi keledek ni memang sinonim bagi mereka yang sedang berdiet.

Ia juga bagus untuk pesakit diabetes berbanding ubi kentang.

Mengapa ya?

Ini kerana nilai glisemik ubi keledek (GI=44).

Lebih rendah berbanding kentang(GI=80).

Dalam ubi keledek ni juga ada banyak serat, kalium, vitamin A dan C.

Pelbagai jenis cara masakan lebih sihat boleh dibuat guna ubi keledek.

Kukus, panggang, rebus, air fry dan sup.

3- Brokoli

Selain brokoli (GI=10), ini 4 sayuran disarankan untuk mereka yang menghadapi diabetes;

  • Kubis
  • Bokchoy
  • Bayam
  • Sawi

Sayuran hijau ni dikenali sebagai ‘penurun gula dalam darah’.

Kita kena tahu semua sayuran hijau TIDAK semestinya bagus untuk diabetes.

Ada juga sayuran yang berglisemik tinggi dan berkarbohidrat tinggi.

Contoh sayur yang tidak baik untuk diabetes seperti ubi bit dan bawang besar.

Jadi, ilmu nutrisi tu penting bagi elakkan pengambilan pemakanan yang salah.

4- Tomato

Kalau negara luar, tomato ni dikategorikan sebagai buah.

Tapi negara kita tomato dianggap sayur.

Kalau beli yang fresh tomato ni manis rasanya.

Boleh dimakan begitu saja.

Tomato ni memang sejak dulu dikenali kerana khasiatnya yang luar biasa.

Dapat tingkatkan mood.

Redakan kemurungan.

Stabilkan psiko-emosi dalam kalangan penghidap diabetes.

5- Kekacang

Ada pelbagai jenis kacang yang boleh dimakan untuk penghidap diabetes.

Kaya magnesium.

Sumber nutrisi kawal tahap gula dalam darah agar kekal stabil.

Tapi berpada-pada sebab kacang ni juga tinggi kalori.

Yang boleh sebabkan berat badan naik.

Ada juga yang tanya, penghidap diabetes ni boleh ke makan buah?

Buah ni kan ada kandungan gula berlainan bergantung kepada jenis buah.

Baiklah.

Buah ni juga sangat penting untuk penghidap diabetes sebab,

Ada 3 sumber penting iaitu vitamin, mineral dan serat.

Jadi, perlu dimasukkan dalam diet seharian.

Buah yang lebih manis, datang dari gula natural iaitu glukosa dan fruktosa.

TIDAK SEMESTINYA akan sebabkan kenaikan tahap gula mendadak.

Sangat penting untuk penghidap diabetes untuk JAGA portion makanan.

Jangan berlebihan.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top